Pages - Menu

Wednesday, January 21, 2015

Tips memikat isteri, tapi....

Pagi ni suka pula Sheila nak share something.

Sharing dari fb Raja Syamri;

Tips memikat isteri :

Bangun awal pada isteri
Kejut isteri bangun tahajud
Kejut isteri bangun subuh
Imamkan solat selalu 
Baca doa untuk isteri salam cium dahi
Mintak maaf sebelum tidur atas segala nafkah yg terkurang setiap hari ...

Tolong masukkan baju kotor sendiri dan anak2 dlm bakul / washing machine ... jgn main campakk je ...

Tolong basuh pinggan

Tolong jangan baring buat bodoh je masa isteri penat kat dapur atau uruskan anak2

Tolong mandikan anak2 / mandi sama dgn anak2
Tolong pakaikan baju anak sikat rambut anak2
Tolong ajar anak mengaji 
Tolong teman anak2 buat kerja sekolah / membaca

pimpin tangan isteri shopping walaupun hanya barang dapur atau beli barang pasah kat pasar tani

Tolong jemur kain biarlah tak basuhpun
Tolong picit kaki isteri dan tangan dia sebelum tidur dan cakap "thank you" ... "i love you"

Hormat ibubapa isteri
Ngam dgn bapak isteri (mertua suami)
Jangan biadab dengan orang tua atau sesiapapun 
Jangan ganas dan darah panas (isteri suka lelaki yg sopan tapi tegas)

Tegas dalam buat keputusan 
Meminta maaf bila buat salah dan mengaku kesilapan
Tolong lah bersihkan badan dan berbau harum
Jangan boros ... pikirlah masa depan
Jangan kedekut 

Tolong cukur kemas janggut dan misai (termasuk bulu ketiak)

Potong kuku please

Jangan tinggal solat ... 
ajar dan didik isteri tentang agama
ajak isteri pergi dengar kuliah sama-sama

Tolong lipat selimut dan kemas cadar

Sabar bila isteri membebel 

Jangan kutuk masakan isteri

Sokong hobi isteri (tanam bunga / crostige etc.)

Tolong vacum karpet
Tolong tukar mentol yang padam
Tolong mesin rumput di halaman rumah
Tolong drill and gantung gambar2

Tolonglah jangan tinggikan suara di khalayak ramai

Panggillah dengan panggilan yang isteri suka

Jangan bandingkan isteri dengan kekasih lama / jiran / staff pejabat / isteri orang lain

Belikanlah hadiah walaupun murah
Suka bersedekah
Suka bantu orang susah

Mandi sama-sama
Solat sama-sama

Bincang dulu sebelum buat major decision

Selalu buat surprise yang isteri suka

Tolong isteri masak walaupun hanya potong bawang

hemmmmm ...

Banyak lagilahhhhhh rasanya ...

TAPIKAN ... SEKIRANYA SUAMI ISTERI ITU PAHAM, SEMUA PERKARA DI ATAS TAK PERLU TIMBUL ... SEBAB MATLAMAT PERKAHWINAN IALAH NAK CARI REDHA ALLAH ...

Jangan terlalu meminta semua perkara diatas dilakukan suami anda untuk anda kerana bila suami anda tak lakukannya maka pada masa itulah IBLIS AKAN MASUK untuk merasuk fikiran kaum ibu / isteri-isteri di luar sana untuk mula membenci / sakit hati / demand / komen suami masing-masing.

Sedangkan Allah itu maha agung maha pengasih maha pengampun ... mana ada lelaki dan perempuan yg sempurna.

Carilah kebaikan dalam diri suami masing2 bukan kelemahan. InsyaAllah ... kalian berdua akan mendapat redha Allah .. rumahtangga bahagia kekal selama-lamanya ...

Jangan cari kelemahan pasangan anda !

Cari kebaikan pasangan anda dan perbaiki kelemahan diri masing-masing.

Wallahu'alam !!

Ya! Jangan cari kelemahan pasangan masing-masing. Sheila setuju sangat. Alam perkahwinan ni lah permulaan kehidupan kita. Lebih-lebih lagi bila kita dah mempunyai anak. Semua yang kita buat, perlu fikirkan tentang suami/isteri, anak-anak, ayah emak dan juga mertua.

So, bagi Sheila, Kita jangan terlalu mengharap kebahagiaan dari orang lain, tapi biarlah diri kita sendiri yang berusaha mencipta kebahagiaan tu.

2 comments:

Papaglamz said...

Ok.. Nice sharing.. Kne buat ni.. Hehehe

sheila mutalib said...

Buat jangan tak buat.. baru lah blh jadi suami mithali :)