Arghhhh.... hari first bekerja selepas cuti pantang selama 2 bulan.
1. Drive sendiri selepas 2 bulan menjadi Mem Besar kat belakang. Rasa kekok pula. Nasib baik kereta auto.. hihi...
2. Arghh... menimbun kerja menanti. Sebundle asbuilt drawing nak kena buat. Belum lagi projek design and built. Parah leeee untuk sebulan ni nak settlekan semua.
3. Misi mengepam susu diteruskan. Yeah!!! Semangat nak beri juga susu ibu untuk Medina. Dania dulu Alhamdulillah merasa juga susu ibu sampai setahun. Harapnya Medina pun sama. Biar terlajak, jangan terkurang.
4. Hari first lagi dah kena buli dengan boss pergi site. Dah le petang. Terlambatlah sikit hari ni balik. Dah rindu kat 2 orang budak muchuk tu... :(
Ok. Tu saja untuk hari first...
Harapnya dapatlah saya menempuh hari-hari akan datang dengan jaya.
Semangat 2015~
4 comments:
selamat kembali bertugas :)
Thanx puteri :)
Selamat kembali bertugas. Semoga dimudahkan urusan.
Time kasih :D
Post a Comment