Pages - Menu

Saturday, January 31, 2015

Resepi kuih keria

Yeah.. hari ni hari Sabtu..

Tapi Sheila kerja :(

Tapi tak apa. Sebelum memulakan kerja kita baca bismillah dulu. Lepas tu buat 1 post kat blog... hihi...

Ini cerita 2 minggu lepas. Masa beli barang-barang dapur, ternampak pulak keledek. Terus cik abang kata nak beli.

Ha.. Apa lah yang terlintas kat kepala dia tu?

Rupanya nak minta isteri dia yang comel ni buat kuih keria. Haha... Sheila ni tak reti sangat buat kuih. Tapi bila dah duduk rumah sendiri ni, explore la macam-macam. Tapi dont worry. Sekarang kan semua hujung jari...

Tada... ni lah hasilnya...


Nak buat kuih keria ni tak ada lah susah sangat. Senang lah, walaupun Sheila ni first timer.

Bahan-bahan nak buat kuih keria:

1. Mestilah keledek. Keledek oren boleh, keledek purple pun boleh.
2. Garam
2. Tepung gandum
3. Ada yang campur tepung ubi sesudu. (Saya tak letak, sebab tak ada stok tepung ubi kat dapur)~ orang kata ni untuk melembutkan lagi kuih keria korang tu.
4. Sesudu besar marjerin. (Yang ni saya pepandai tambah.. hihi)
5. Gula dan air untuk sira.

Proses pembuatan kuih keria:

1. Rebus keledek sehingga lembut. Jangan lupa masukkan garam sesudu ye.

2. Bila keledek dah empuk, buang air rebusan dan biarkan keledek sejuk.

3. Lenyek keledek. Sheila guna lesung je.. haha.. Senang..


4. Masukkan marjerin sesudu.

5. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit.

6. Uli sehingga tepung lekat di tangan.

7. Bentukkan seperti gelang. Opsss..  sapu dulu tapak tangan dengan tepung untuk elakkan bancuhan lekat di tangan.


8. Bila dah siap semua, bolehlah goreng ye.

9. Untuk sira, masukkan 3 sudu gula dan 2 sudu air. Masak sehingga keluar buih. Kemudian masukkan terus keria yang dah goreng tadi. Gaul gaul sampai gula kering.

10. Siap untuk di makan.

Wednesday, January 28, 2015

NEW YEAR GIVEAWAY BY HAZIMAH

Assalamualaikum dan hai semua :)

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Nama: Noor Sheila A.Mutalib
Nama Facebook: Sheila Mutalib
Nama Instagram: Tiada
Nama Twitter: Tiada


CERITAKAN SEDIKIT TENTANG BLOG DAN TULIS AZAM 2015 UNTUK BLOG

www.belogsheila.blogspot.com. Ini adalah blog personal Sheila. Post yang pertama Sheila tulis pada 11 Ogos 2008. Tapi macam biskut Chipmore. Kejap aktif kejap senyap. Hihi... 

Untuk AZAM 2015 ni, Sheila nak kembali aktif di dunia blog ni, berkongsi lebih banyak cerita, menambah lebih banyak kenalan dan kalau berpeluang Sheila nak merasa pendapatan lebih lagi dari blog ni.

----------

 SENARAI HADIAH

Hadiah Misteri x1 by Liya Winchester
Buku Nota Mini x1 by Nurhazimah Hanan

Topup RM5 x1 by Muhammad Khairil
Topup RM5 x1 by Nurul Farhanah
Topup RM5 x2 by Dayana Edie
Topup RM10 x1 by Aiman Liyana
Topup RM10 x1 by Fatin Vavavoom
Topup RM10 x2 by Amalia Zakiah
Topup RM10 x3 by Mek Zombie

Review x3 by Farhanah Adzlan
Review x2 by Delaila Delyana
Review x4 by Nurhazimah Hanan
Review x5 by Syuhaidah Ayub
Bloglist x5 by Farhanah Adzlan
Bloglist x4 by Nur Khairiah
Bloglist x5 by Delaila Delyana
Bloglist x3 by Syira Lokman
Bloglist x2 by Liyana Zulkefly
Bloglist x2 by Aina Nabila
Bloglist x5 by Syuhaidah Ayub
Bloglist x5 by Nafisa Nurulain

Novelcomel Rahsia Hati Mr. Lobak-lobak x1 by Fawwaz Dalila
Novel Mr. Right Berkopiah x1 by Nurul Farhanah
Novel Terima Kasih, Adik-adikku! x1 by Nurhazimah Hanan
Novel Blink Book x2 by Deena Hassan

Blog Full Edit x1 by Fawwaz Dalila
Doodle x2 by Dayang Deno
Simple Header x1 by Liyana Zulkefly
Header x2 by Aina Nabila
Header x1 by Illie Saffiya
Gambar Sidebar x1 by Illie Saffiya
Cursor Nama x2 by Noor Izwani Eliyana
Gelang Loombands x1 by BudakVanilla Islam
Gelang x 1 by Nur Yusra
Vitamin C Shaklee x2 by Mashitah Mamat
Kapur Kasut Putih x1 by Nurin Aqilah
Brooch x1 by Button and Cuteness
Bloglist selama lima bulan untuk semua peserta by Nurhazimah Hanan

Hadiah Misteri x1 by Nurhazimah Hanan
Review Blog x1 by Nurhazimah Hanan
Bloglist selama lima bulan untuk semua sponser by Nurhazimah Hanan


MANGSA TAG:

Sedih sebab Skynet

Pagi ni dah terasa angin 1 badan. Apa tak nya, barang yang saya order dari Lazada dah berapa hari delay delivery.

Pelik saya!

Tiga barang saya order. Di alamat yang saya. Masa collect dari Lazada pun pada hari dan masa yang sama. Tapi bila dah sampai ke Skynet, penghantarannya jadi asing-asing.


1 barang dapat petang semalam.
1 lagi baru hari may be akan dapat hari ni, tu pun tak tau pukul berapa.(semalam saya call, diorang kata akan hantar sebelum pukul12. Tapi hari ni kol tak tau lagi pukul berapa sampai)
1 lagi may be esok baru dapat.

Geramnya!!!

Lazada, next time kalau saya order lagi, tolonglah pos guna Gdex. Cepat sikit saya dapat barang.

Huwaaa!!! Dah excited nak merasa barang baru :(

Tuesday, January 27, 2015

Segmen Bloglist Februari - Jun by Cik Manis

Jom join segmen Cik Manis

 Sorry, Sheila tak ada instagram.

Nak join gak?
Klik je banner Cik Manis yang manis tu ye...

Wish me luck!

Monday, January 26, 2015

Mini Giveaway By azhafizah.com

Sambil tunggu save kerja ni, curi masa sikit join segmen. Segmen kali ni senang je nak join. Korang klik je banner yang comel tu ye.


Wish me luck :D

CNY RED HOT SALE 2015

Hari ni Lazada ada buat SALE besar-besaran untuk Chinese New Year.

Nak tau lebih detail lagi berkenaan CNY RED HOT SALE 2015, klik je banner yang MERAH membara tu.


Apa lagi....

Kita SHOPPPPIIINNGGGG!!!

Sunday, January 25, 2015

Malu la...

Jika korang rasa orang sekeliling tak tahu yang korang ada buat bisnes sekian-sekian..
Itu sebab korang tak beritahunya..

Tentu banyak alasan kenapa korang tak beritahunya kan?
Dan selalunya alasan yang paling top
Sebab MALU! 

Ni namanya malu tak bertempat. 

Malu nak start cakap..
Malu takut kena reject
Malu sebab kita jual produk biasa-biasa je..

Apakata..

Start SEKARANG
Buang sifat malu tak bertempat tu..
"cakap memang la senang...nak buangnya susah laa.."

Kalau macam tu..

Korang SMS atau whatsapp no ni sekarang:



Cakap yang korang perlukan bisnes kad 

Apa pulak kaitan bisnes kad dengan malu tadi?

Kalau korang nak tahu, bisnes kad mampu menghilangkan sifat malu tak bertempat tu..
Dengan kadar peratusan yang amat tinggi !

Percaya tak..?
Mulut korang akan pot-pet pot-pet tak henti-henti
Lepas dia DAH TANYA ?? 
Macam dah tak tau malu dah...

hahahaa :P

Saturday, January 24, 2015

Gatal tangan di petang hari

Hihi.. Gatal tangan petang ni..

Tershopping pulak kat Lazada.

Ni semua gara-gara penangan FIREWORK VOUCHER.

Kita shoppppiiiingggg!

Sebenarnya memang Sheila dah survey lama barang-barang yang Sheila nak beli kat Lazada ni. Memang tunggu je Ladaza post voucher ni. Hihi.. Dah petang baru Sheila perasan ada FIREWORK voucher. Tapi voucher ni boleh digunakan bila kita beli dari smartphone.

Beli RM150 dapat discount RM25.
Beli RM300 dapat discount RM50.
Beli RM600 dapat discount RM100.
Beli RM1000 dapat discount RM150.
Beli RM1500 dapat discount RM250.

Haa.. banyak gak discount yang Lazada offer. Tu yang Sheila jatuh hati kat Lazada. 

Hihi...

Lazada... Sheila beli ye :D

Hantar barang Sheila cepat-cepat taw...

Wednesday, January 21, 2015

Musim limau dah mula

Meriah buah limau. Sebulan lagi masaklah buah tu.

Tanglung pun dah bergantung-gantung

Tengoklah. Lambakan pokok-pokok limau kat nursery Sheila. Apa maknanya?

Maknanya tak lama lagi dah nak Chinese New Year. Kan...

Bulan Februari ni kan raya cina. So, dah mula peniaga-peniaga nursery ni mengeluarkan stok pokok-pokok limau. Pokok limau ni lambang kekayaan diorang. Tu yang diorang mesti letak dalam rumah.
Dan...

Bukan lambakkan pokok limau saja....

Kerja-kerja Sheila ni pun melambak. 

Sebabnya bila dah dekat nak Chinese New Year ni, ramai tuan rumah ni sibuk gak nak mencantikkan rumah masing-masing. Yang letihnya Sheila la. Kelam-kabut nak settlekan semua sebelum diorang beraya...

Yeah!!!.... Kerja saya melambak!!!

Tips memikat isteri, tapi....

Pagi ni suka pula Sheila nak share something.

Sharing dari fb Raja Syamri;

Tips memikat isteri :

Bangun awal pada isteri
Kejut isteri bangun tahajud
Kejut isteri bangun subuh
Imamkan solat selalu 
Baca doa untuk isteri salam cium dahi
Mintak maaf sebelum tidur atas segala nafkah yg terkurang setiap hari ...

Tolong masukkan baju kotor sendiri dan anak2 dlm bakul / washing machine ... jgn main campakk je ...

Tolong basuh pinggan

Tolong jangan baring buat bodoh je masa isteri penat kat dapur atau uruskan anak2

Tolong mandikan anak2 / mandi sama dgn anak2
Tolong pakaikan baju anak sikat rambut anak2
Tolong ajar anak mengaji 
Tolong teman anak2 buat kerja sekolah / membaca

pimpin tangan isteri shopping walaupun hanya barang dapur atau beli barang pasah kat pasar tani

Tolong jemur kain biarlah tak basuhpun
Tolong picit kaki isteri dan tangan dia sebelum tidur dan cakap "thank you" ... "i love you"

Hormat ibubapa isteri
Ngam dgn bapak isteri (mertua suami)
Jangan biadab dengan orang tua atau sesiapapun 
Jangan ganas dan darah panas (isteri suka lelaki yg sopan tapi tegas)

Tegas dalam buat keputusan 
Meminta maaf bila buat salah dan mengaku kesilapan
Tolong lah bersihkan badan dan berbau harum
Jangan boros ... pikirlah masa depan
Jangan kedekut 

Tolong cukur kemas janggut dan misai (termasuk bulu ketiak)

Potong kuku please

Jangan tinggal solat ... 
ajar dan didik isteri tentang agama
ajak isteri pergi dengar kuliah sama-sama

Tolong lipat selimut dan kemas cadar

Sabar bila isteri membebel 

Jangan kutuk masakan isteri

Sokong hobi isteri (tanam bunga / crostige etc.)

Tolong vacum karpet
Tolong tukar mentol yang padam
Tolong mesin rumput di halaman rumah
Tolong drill and gantung gambar2

Tolonglah jangan tinggikan suara di khalayak ramai

Panggillah dengan panggilan yang isteri suka

Jangan bandingkan isteri dengan kekasih lama / jiran / staff pejabat / isteri orang lain

Belikanlah hadiah walaupun murah
Suka bersedekah
Suka bantu orang susah

Mandi sama-sama
Solat sama-sama

Bincang dulu sebelum buat major decision

Selalu buat surprise yang isteri suka

Tolong isteri masak walaupun hanya potong bawang

hemmmmm ...

Banyak lagilahhhhhh rasanya ...

TAPIKAN ... SEKIRANYA SUAMI ISTERI ITU PAHAM, SEMUA PERKARA DI ATAS TAK PERLU TIMBUL ... SEBAB MATLAMAT PERKAHWINAN IALAH NAK CARI REDHA ALLAH ...

Jangan terlalu meminta semua perkara diatas dilakukan suami anda untuk anda kerana bila suami anda tak lakukannya maka pada masa itulah IBLIS AKAN MASUK untuk merasuk fikiran kaum ibu / isteri-isteri di luar sana untuk mula membenci / sakit hati / demand / komen suami masing-masing.

Sedangkan Allah itu maha agung maha pengasih maha pengampun ... mana ada lelaki dan perempuan yg sempurna.

Carilah kebaikan dalam diri suami masing2 bukan kelemahan. InsyaAllah ... kalian berdua akan mendapat redha Allah .. rumahtangga bahagia kekal selama-lamanya ...

Jangan cari kelemahan pasangan anda !

Cari kebaikan pasangan anda dan perbaiki kelemahan diri masing-masing.

Wallahu'alam !!

Ya! Jangan cari kelemahan pasangan masing-masing. Sheila setuju sangat. Alam perkahwinan ni lah permulaan kehidupan kita. Lebih-lebih lagi bila kita dah mempunyai anak. Semua yang kita buat, perlu fikirkan tentang suami/isteri, anak-anak, ayah emak dan juga mertua.

So, bagi Sheila, Kita jangan terlalu mengharap kebahagiaan dari orang lain, tapi biarlah diri kita sendiri yang berusaha mencipta kebahagiaan tu.

Sunday, January 18, 2015

RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ

Papaglamz, Sheila nak join Giveaway ye...

Di sini sheila tepekkan banner Papaglamz yang memang glam ala ala red carpet gitu.


Facebook Papaglamz, Sheila dah LIKE...
Instagram Sheila tak ada...

Korang yang blogwalking sampai sini pun boleh join gak.

Klik je banner Papaglamz yang glam kat atas tu. Kot boleh dapat Vitamin C Shaklee tu. Memang best lah!

Khasiat Vitamin C memang dah sedia tahu memang bagus untuk kesihatan dan kecantikan. Nak tahu lebih lagi pasal Vitamin C ni, boleh la tanya kat Sheila atau Papaglamz. Atau pun korang boleh je baca kat sini.

Okei lah. Doakan Sheila menang giveaway ni ye. Aamin... :D

Thursday, January 15, 2015

Tuesday, January 13, 2015

#wordless - Yang baik-baik saja

Wordless :D

Giveaway Lestari 2015

Join GA lagi :D

Bulan ni kerajinan Sheila join GA. Mana tau ada yang tersangkut nanti. Best jugak.

Kali ni GA dari Kasih Lestari Abadi.

~Sheila tak ada instagram~
Korang pun boleh join. Tarikh tutup lambat lagi, 31hb Januari 2015. Ada masa lagi tu.

Klik je kat banner KLA yang colorful kat atas tu ye.

Selamat bersegmen :D

Monday, January 12, 2015

Orang meniaga WAJIB ada!

Ramai peniaga adakalanya tertanya-tanya...

"Macamana aku nak start cakap pasal bisnes aku ni pada dia"

Padahal orang tu sebenarnya memang tengah cari barang yang kita niagakan...

Akhirnya orang tu berlalu macam tu je...
Dan kita bagi alasan..."ala, dah bukan rezeki aku"


Boleh ke beralasan tanpa ada usaha ???


Jadi untuk elakkan rasa malu nak cakap,
apakata mulai sekarang kita start bagi..

"BISNES KAD"

"BISNES KAD"

Bila kita start bagi bisnes kad, perbualan mengenai bisnes kita akan berlaku,
Tanpa kita sedar yang kita tengah buat sales...

Dan kita juga sedar ramai orang lari kalau kita buat sales...
Padahal dia dah tersangkut secara dia tak sedari...

Amacam, ada berani ?

Tempah Bisnes Kad sebanyak 10 Box atau bersamaan 1000pcs.

dengan hanya RM65 sahaja..

Boleh beri at least 2 keping pada setiap orang yang kita jumpa...


Sebab apa 2 keping???


Satu untuk dia simpan, satu untuk dia bagi pada kawan dia...
Yang boleh jadi kita tak kenal pon kawan dia...


Maklumat lanjut hubungi:

Botol OoO Botol

Tertarik pulak dengan sharing dari member Sheila ni....

Perihal tentang seBOTOL... 



Botol oOo Botol... 🍢🍢

1. Kalau diisi air mineral, harganya RM1...πŸ’°

2. Kalau diisi jus buah, harganya RM8...πŸ’°πŸ’°

3. Kalau diisi Madu Yaman, harganya RM200...πŸ’°πŸ’°πŸ’°

4. Kalau diisi minyak wangi odd, harganya RM1000.πŸ’°πŸ’°πŸ’°πŸ’°πŸ’°

5. Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yg suka.πŸ’ΈπŸ’Έ

Botol yg sama tetapi harganya berbeza sebab apa yang terisi di dalamnya adalah berbeza...

Begitu juga kita...kita semua sama...kita .semua manusia...yang membezakan kita antara satu sama lain adalah IMAN & AMAL yang ada dalam diri kita...yang akan menyebabkan kita berharga di sisi ALLAH atau kita dipandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka...

Renungan untuk hari ini...

#1 GIVEAWAY FROM LANGKAWI BY MISS YANA

Done blogwalking untuk hari ni.

Sebelum tidur Sheila curi masa sikit join GA by Miss Yaya ni. Kot boleh dapat ole-ole dari Langkawi. Ok gak tu. Sheila pun dah lama tak berjalan-jalan ke Langkawi tu.

First pergi Langkawi masa umur 9tahun. Kecik je lagi. Yang kedua, pergi sana masa Form5, dapat free trip sebab menang sofbol.


Korang pun boleh join gak. Klik je banner Miss Yaya kat atas tu. Tarikh tutup 25hb January 2015. Ada masa lagi tu.

Good luck :D

Saturday, January 10, 2015

Giveaway Preloved Books

http://budaksukavanilla.blogspot.com/2014/12/giveaway-preloved-books.html
Giveaway Preloved Books ini ditaja oleh :

 

Pemenang :

1 Top Referral :  4x buah buku

Random org :
15x buku = 15 pemenang 
1x komik + 4x shiseido mask = 1 pemenang
2x shawl = 2 pemenang
2x topup RM10 = 2 pemenang
1x flower crown = 1 pemenang (dipilih oleh sponsor)

TAMAT 1 FEBRUARI 2015 =

click banner untuk join :)


Mini Lucky Draw Blog XDramaQueen #3

Dari duduk santai kat rumah pengantin ni, baik isi masa lapang ni dengan perkara yang berfaedah kan.

So Sheila pun join segmen lain pula.

Kali ni segmen dari Ayuni Rafilah. Hadiah pun best gak.

*Sorry, saya tak ada instagram.

Jom lah korang, join sama.  Klik je kat banner Ayuni tu ye.

Selamat bersegmen :)

Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan

Hi uols..

Selamat berhari Sabtu :)

Sabtu ke2 dalam bulan Januari ni. Sheila cuti hari ni. Ada kenduri kahwin belah suami. Kenalah datang merewang. Tapi sheila duduk-duduk jela. Ada anak kecil kan, mestilah dapat keistimewaan bersantai-santai. Hihi...

Sambil nak tidurkan Medina ni, sempat juga blogwalking. Sampailah tersinggah kat blog Ema. Rupanya Ema ada buat segmen. Closed 19 Januari. Yeah! Dapatlah join. Hadiah pun boleh tahan. Mana tahu ada rezeki Sheila kan..

Korang pun boleh join gak. Klik je kat banner Ema tu ye. Lepas tu ikut syarat simple yang Ema beri tu. Senang je.

*Sorry, saya tak ada instagram.


Oklah. Selamat bersegmen :)

Tuesday, January 6, 2015

3 perkara yang pasti dihadapi oleh setiap manusia yang hidup di dunia ini

Hari ni sheila nak share 1 sharing yang sheila dapat dari group whatsapp. Ni ayah sheila yang hantar. Ayah memang suka share ayat-ayat yang bermanfaat kat group family kitorang...

*******

3 PERKARA YANG PASTI DIHADAPI OLEH SETIAP MANUSIA YANG HIDUP DI DUNIA INI.

TIDAK KIRA WALAU SIAPA PUN KITA....
SAMA ADA KITA SUKA ATAU PUN TIDAK....
PASTI TIDAK AKAN DAPAT MENGELAKNYA...


1- KEMATIAN.

Tidak akan ada sesiapa pun yang mampu menahannya, dengan apa cara sekali pun.
Ia pasti akan datang....

Untuk itu.. tidak perlu takut dan mengelak darinya.

Apa yang perlu dilaksanakan adalah...
Membuat persiapan awal akan saat kehadirannya.
Serta sentiasa bersedia untuk menghadapinya.


2- MUSIBAH.

Tidak seorang pun yang akan terlepas dari di timpa musibah di dunia ini.

Hadirnya dengan berbagai rupa dan berbagai-bagai cara. Bergantung pada bahagian masing-masing..

Ada yang di timpa dengan kemiskinan dan ada pula dengan kecacatan tubuh badan.
Masaalah keluarga, masalah dengan kesakitan, dan ada 1001 jenis musibah yang akan datang sepanjang kehidupan di dunia ini.

Kerana Allah SWT mencipta manusia dan menghantarnya kedunia ini, untuk di uji, Sejauh mana ketaqwaannya, serta sifat sabarnya, redho, ikhlas, serta keyakinannya terhadap qada dan qadar Tuhan.

Maka itu.. tidak perlu takut serta tidak perlu untuk cuba lari dari sebarang bentuk masalah.

Kerana ianya pasti akan datang pada setiap manusia yang hidup di muka bumi ini.
Dan ianya tidak akan pernah habis selagi mana nyawa di kandung badan.

Belajarlah bagai mana cara untuk menyelesaikannya serta menghadapinya dengan tenang.


3- DIKATA OLEH ORANG LAIN.

Tidak ada sesiapa diantara kita yang mampu untuk memuaskan hati semua orang.

Sehebat mana pun kita..
Sebaik mana pun kita..
Sepandai mana pun kita..
Sekaya mana pun kita..
Tetap ada yang suka dan ada yang akan membencinya.

Oleh itu.. jangan hiraukan dengan apa orang lain nak kata.

Apabila satu-satu tindakan yang bakal kita lakukan itu sudah betul mengikut aturan agama... Teruskan tanpa perlu menghiraukan apa orang nak kata.

Yang perlu dicari semasa hidup di dunia ini, adalah redho serta kasih sayang Allah swt. Bukannya mencari redho makhluk semata-mata.

Semoga perkongsian ini,  sedikit sebanyak dapat membantu kita, agar lebih bersemangat serta tabah, dalam mengharungi  penghidupan yang singkat serta sementara di dunia ini...

In shaa Allah....

Monday, January 5, 2015

Saya dah mula kerja

Arghhhh.... hari first bekerja selepas cuti pantang selama 2 bulan.

1. Drive sendiri selepas 2 bulan menjadi Mem Besar kat belakang. Rasa kekok pula. Nasib baik kereta auto.. hihi...


2. Arghh... menimbun kerja menanti. Sebundle asbuilt drawing nak kena buat. Belum lagi projek design and built. Parah leeee untuk sebulan ni nak settlekan semua.

3. Misi mengepam susu diteruskan. Yeah!!! Semangat nak beri juga susu ibu untuk Medina. Dania dulu Alhamdulillah merasa juga susu ibu sampai setahun. Harapnya Medina pun sama. Biar terlajak, jangan terkurang.


4. Hari first lagi dah kena buli dengan boss pergi site. Dah le petang. Terlambatlah sikit hari ni balik. Dah rindu kat 2 orang budak muchuk tu... :(


Ok. Tu saja untuk hari first...

Harapnya dapatlah saya menempuh hari-hari akan datang dengan jaya.

Semangat 2015~

Saturday, January 3, 2015

Januari ni dengan Vivix, Alfalfa dan Vitalea Kids

Hmm... Hari ni nak share promosi Januari ni. Pada yang tak taw, saya ni seorang SID ID890281. Dah hampir 2 tahun saya join. Ambil peluang jaga kesihatan sambil berbisnes sikit.

Macam tahun-tahun sebelum ni, tahun 2015 ni Shaklee masih lagi meneruskan Promosi untuk produk-produk Shaklee. Yang lagi best, bulan ni Shaklee bukan saja bagi promosi untuk 1 produk, bukan 2 produk tapi 3 produk.

VIVIX
ALFALFA COMPLEX
VITALEA FOR KIDS


Khasiat untuk ketiga-tiga produk Shaklee ni korang boleh baca kat sini (VivixAlfalfaVitalea for kids). Ramai yang dah berpuas hati dengan khasiat masing-masing.

Dengan promosi 3 produk Shaklee ni mesti ramai yang akan suka gile. Bolehlah berjimat sakan. Lebih-lebih lagi kalau beli Vivix. Yelah,beli 6 percuma 1. Harga retail Vivix RM475, dengan promosi Januari ni korang boleh dapat free 1 botol Vivix yang berharga RM475.

Jadi apalagi. Jangan lepaskan peluang hebat Januari 2015 ni. Untung nanti berbulan-bulan.

Cara nak order?
Boleh pergi je kat blog www.shelovevitamin.blogspot.com...

Siakap stim halia yang sedap

Haha.. title post puji diri sendiri!

Hari ni pergi beli barang-barang basah sikit. Terada pula ikan siakap. Apa lagi en.suami terus je beli. Teringin la tu... 
Haha...

Nak masak apa ye?

En.suami suruh masak siakap 3 rasa. Tapi banyak pula bahan yang tak ada. Nenas tak ada. So memang tak lengkap pula nanti siakap 3 rasa tu.

Jadi menu pilihan seterusnya...

Siakap stim halia

Habis dah saya google, semua resepi siakap stim halia ada jus limau nipis. Tapi dalam peti tu tak ada stok limau nipis pula. Jadi kena fikir cara masak stim halia tanpa menggunakan jus limau nipis.

Fikir punya fikir, saya pun try cara masak stim halia guna asam jawa. Janji ada rasa masam-masam sikit.

Meh saya share cara masak siakap stim halia guna asam jawa. Tak adalah susah sangat pun. Masuk je semua bahan-bahan, kukus...

Bahan-bahan siakap stim halia:
Ikan siakap
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Cili padi
Lobak
Sos tiram
Air asam jawa setengah cawan je (tak payah pekat sangat)
Garam dan gula secukup rasa

Cara masak siakap stim halia:
Siang ikan siakap dulu ye. Kalau malas, boleh suruh orang kedai tu siangkan siap-siap.
Hiris halia, bawang besar, bawang putih, lobak.
Cili padi ketukkan saja.
Masukkan semua bahan tadi, sos tiram, air asam jawa, gula dan garam dalam loyang.
Gaul sebati dan perapkan sekejap.
Sediakan periuk kukus, bila dah didih bolehlah kukus ikan siakap tu ye.
Kukus lebih kurang 20-25 minit.
Ikan siakap stim halia sedia untuk dimakan.


Nyum.. Nyum.. En.suami puji sedap macam kat kedai. Huh.. Bangganya!

Kad jemputan cute je :)

Ada tak pembaca blog saya nak buat kenduri dalam masa terdekat ni? Apa kata korang tiru macam sorang customer saya ni. Dia request buat kad jemputan size bisnes kad je. Cute je. Murah pun murah...



Kad Jemputan Bersaiz Bisnes Kad 

============================

Tak perlu bazirkan kos kewangan
dengan keluarkan modal beratus-ratus ringgit.

Hanya untuk tempah kad jemputan je..

Sebab "Keperluannya" hanyalah untuk jemput orang sahaja.

Daripada bazir macam tu sahaja..

Lebih baik salurkan duit tu kepada yang lebih memerlukan seperti mangsa banjir.

Korang boleh tiru gaya customer saya ni...
Bisnes Kad a.k.a KAD JEMPUTAN.

Customer saya ni request untuk saya designkan kalendar di kad jemputannya.

So kad jemputan 1000 pcs hanya RM65..

Untuk bakal-bakal pengantin..
Untuk bakal-bakal ibubapa..
Untuk mak ayah yang nak buat kenduri nak buat doa selamat atau aqiqah..

Korang boleh jimatkan kos jemputan..

Minimum tempahan 2 box atau 200 pcs ya
2 box RM40 sahaja.

Cara nak order?


Senang je...

Email, sms, whatsapp kepada saya :)


Thursday, January 1, 2015

Harga baru petrol 2015

Berita gembira di awal tahun 2015!


Alhamdulillah.. Di awal tahun 2015 rakyat Malaysia mendapat bonus penurunan harga minyak petrol. Dengan penurunan harga minyak petrol ni, diharap dapat menurunkan harga barang.

Dan rakyat Malaysia akan lebih gembira. Yeah!!!

Selamat Datang 2015

Waa... Dah masuk 01.01.15... Tahun 2015. Alhamdulillah, kita dah selamat menempuh 2014. Tapi macam mana dengan cabaran 2015? Apa kata penganalisis ekonomi?

Jom kita baca perkongsian dari group whatsapp saya.

Ulasan ekonomi Malaysia oleh Prof Dr Hoo Ke Ping (Penganalisis Ekonomi) di rancangan Nasi Lemak Kopi O (27/12/14)

Negara kita semakin menghampiri krisis kegawatan ekonomi. Ekoran harga minyak dunia semakin menurun, ringgit Malaysia semakin tenat.

Nasihat beliau kepada semua rakyat Malaysia terutama muda mudi;

1. Berjimat cermat. Berbelanja bila perlu sahaja. Berhati hati dengan YES (YEAR END SALE) sebab pembaziran boleh berlaku di suasana SALE ini.
                  
2. Elakkan berhutang kerana di masa akan datang interest dari pihak bank akan naik. Kelak kita MATI untuk membayar interest yang tinggi.

3. JANGAN BELI PROPERTY dalam masa 2-3 tahun ini kerana harga rumah pasti akan turun seperti yang sudah berlaku di Singapura dan UK kerana 'OVERSUPPLY'.

Tambah beliau di sekitar Lebuhraya KESAS sahaja, sejumlah 20 ribu unit property dah mendapat CF namun hanya 20-30% sahaja yang terisi.

Oleh itu rancang untuk memiliki sebuah property apabila harga rumah turun dan EKONOMI semakin pulih.

4. Lakukan investment jangka panjang untuk mengembang wang. Pelbagai peluang investment ada seperti insurans, tabung haji, public mutual, saham, dll. Jangan hanya menabung dalam bank.

Selamat Menempuh tahun 2015 yang penuh mencabar ini.



Selamat Tahun Baru :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...