Pages - Menu

Showing posts with label Jualan murah. Show all posts
Showing posts with label Jualan murah. Show all posts

Wednesday, November 18, 2015

Tips berjimat dengan SmartShopper

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak share 1 application kat phone.. Application yang pada saya sangat membantu.. Lebih-lebih lagi dalam urusan kewangan. Yelah sekarang ni harga barang dah semakin mahal, jadi kita kena bijak berbelanja. Nak suruh jangan berbelanja, tak boleh jugak. Sebab kebanyakan barang ni barang keperluan. Nak tak nak, kena beli jugak. So untuk memudahkan pengurusan dan penjimatan duit korang, Sheila cadangkan korang install application SMATSHOPPER dalam Smartphone korang yang canggih tu.

Application ni korang boleh install dari Playstore bagi pengguna Android macam Sheila. Maybe Iphone ada jugak kot application ni. Sheila tak pasti sebab tak guna Iphone. Korang boleh try search ye. Kalau ada, boleh share kat sini.

Application SmartShopper ni bagus tau. Korang boleh check harga barang terkini dan kat mana nak dapat barang dengan harga murah.

*SmartShopper*




Ada banyak pilihan produk yang korang boleh check harga.. Macam harga susu, pampers, kertas, minuman, barang-barang baby dan banyak lagi..



Tengok kat atas ni.. Harga susu di pasaran. Korang bolehlah bandingkan harga-harga susu ni tanpa perlu pergi ke kedai atau shopping complex. Boleh lah korang bandingkan harga dari web shopping online macam Lazada, 11streets, Qoo10, Soukai dan macam2 lagi la. Sekarangkan dah banyak web untuk kita shopping online. So senang la nak buat price comparison.



Yang lagi best, kita boleh juga share harga barang kat tempat kita.. Boleh lah orang lain tahu harga kat tempat kita juga.. Kalau lagi murah dan dekat, bolehlah diorang datang dan beli kat tempat yang kita share ni.. Kita sama-sama dapat berjimat.. Kan.. Kan...

Opss.. Lupa pulak.. Korang nampak tak icon speaker kat atas tu.. Kalau ada apa-apa promotion terkini dari mana-mana shopping complex seperti Tesco, Giant, Econsave ke, SmartShopper ni akan update kat situ.. So korang takkan terlepas maklumat-maklumat harga murah..

Okaylah.. Korang mesti install application ni tau.. Sangat berguna!


P/s: Ni gambar lama. Sheila copy dari blog Shaklee sheila kat shelovevitamin. Sekarang dah berwajah baru. Kalau kerajinan yang melampau, Sheila akan screenshot dan share pada korang ye.

Friday, October 16, 2015

Beli rak DIY dari Qoo10

Assalamualaikum...

Selamat berhari Sabtu. Apa aktiviti hari ni? Hmm... Sheila hari ni rasanya nak settlekan mengemas stor. Malam tadi baru kemas separuh jalan je. 2 orang anak dara saya sibuk nak tolong jugak.. kiki...

Sheila baru je beli diy rack dari Qoo10. Oklah.. harganya murah je. RM45 kot. Pastu Sheila guna voucher discount 30% tambah duit shipping RM8, guna lagi coupon discount untuk shipping dapat kurang lagi RM2.50. So total semua RM32++.

Order hari Selasa, semalam dah sampai. Yeah...

Memang dah lama mencari rak. Sebab nak susun hadiah2 kahwin ada yang belum bukak lagi, tambah lagi kotak2 kasut... Huh... Banyak beno barang dalam stor tu. Masuk Dania dalam tu, habis dia tolong 'kemas'.

Rupa asal dari seller Qoo10

Senang je nak pasang. 

Siap! Model malu nak pandang kamera.

Ok lah. Medina pun dah tidur ni. Boleh start mengemas.

Monday, September 7, 2015

8 klik saja beli topup di Qoo10

Assalamualaikum...

Senang kan bila semua boleh di hujung jari. Nak beli itu ini semua klik, klik, klik. Then tibggu je barang sampai depan mata kita.

Sheila ni memang kaki shopping online. Dari facebook, Lazada, 11street dan sekarang Qoo10 pulak. Haha... Semua online shopping Sheila nak cuba.

Kali ni Sheila nak share beli topup Celcom secara online di Qoo10.

Sheila memang selalunya beli topup secara online. Biasanya beli melalui Maybank2u, Cimbclicks atau RHBonline. Tapi kali ni Sheila beli topup melalui Qoo10. Senang sangat tau.

Sheila beli topup Celcom10. Harga biasa RM10.60. Sheila guna point dari Qoo10, dapat discount RM1.

Sehingget je??!!!

OK la tu. Dapat jugak harga murah kan. Korang pun boleh dapat harga murah macam tu. Beli je kat Qoo10. Register kat Qoo10, then shopping!




Senangkan! Topup Celcom, Maxis, Digi dan Umobile. Semua ada...

Thursday, August 27, 2015

Jimat 11% + 20% + 30% di 11street

Assalamualaikum...

Korang... ni Sheila nak share ni. Dah lama screenshot. Cuma tak sempat je lagi nak tepek kat sini.

Ingat tak Sheila ada beritahu baru2 ni Sheila dah jatuh cinta kat 11street. Korang boleh baca kisah cinta Sheila kat sini. Tapi ceritanya tak habis lagi.

Kan Sheila ada beritahu 11street sekarang ada bagi voucher. 11%, 20% dan 30%. Ha, amekaw! Banyak kan. Kalau korang shopping dan guna voucher dari 11street ni, confirm boleh jimat banyak.


Macam mana nak dapatkan voucher 11street ni?

Senang je! Korang semestinya kena register dulu kat 11street. Then install app 11street kat smartphone. Korang tunggu jam 11 pagi. Bukak app 11street dan download voucher yang tersedia kat sini. Pilihlah antara 3 voucher yang ada.


Tapi ia nya tertakluk pada terma dan syarat jegak. Korang boleh baca selanjutnya kat website 11street.

Ok lah. Selamat bershopping!