Pages - Menu

Wednesday, March 5, 2014

Ilmu ke arah Financial Freedom

Hallooo beb.. Apa khabar semua? Sihat tak? Al-maklum sekarang negara kita sedang dilanda musim panas kemarau.. Jadi tu yang aku tanya khabar korang.. Time-time cuaca begini, kena banyak minum air masak.. Ais tu kalau boleh kurangkanlah.. Memang le panas.. Tapi kesihatan tu kena jaga.. INGAT TU!!...

Haa.. kan dah membebel...

Mana aku tak membebel.. Orang kita ni, dah tahu musim panas kering.. Lagi pergi tambah aktiviti pembakaran terbuka.. Akibatnya hutan sekeliling pun terbakar juga tau..

Ee.. geram!..

Korang tengok la ni... Keadaan jalanraya time aku pergi kerja pagi tadi.. Teruk giler jerebunya.. Nampak kereta depan je.. Kereta depan lagi, dah tak nampak.. Akibatnya, aku terperangkap dalam jem kerana kereta tak dapat dipandu laju...

Ok.. aku dah melalut jauh dari tujuan asal aku tulis post hari ni..

Sebenarnya, aku nak share something kat korang.. Yang aku rasa ilmu sangat berguna.. Aku dapat ni pun hasil menggoogle cerita-cerita berkaitan pembelian rumah.. (ha.. topik ni aku share lain kali ye)

Sumber asalnya aku tak ingat.. Sebab jumpa je ilmu best, aku terus copy kat facebook or whatsapp.. So aku tak terlepas ilmu bermanfaat ni..

Jom fahami ilmu ni,

Mentaliti orang biasa, rumah pertama untuk dibeli mestilah rumah untuk tinggal sendiri. Kalau anda berfikiran macam ni, memang satu kesilapan kalau nak mengejar financial freedom.

Kenapa?

Bila nak beli rumah untuk tinggal sendiri, mesti pilih yang terbaik, tercantik, terbesar dan paling selesa. Rumah yang macam ni mesti mahal berbanding rumah untuk pelaburan. Memang saya pun akan pilih macam tu. Kita nak yang terbaik untuk diri dan keluarga kita. Rumah untuk tinggal sendiri tidak boleh menjana pendapatan.

Rumah pertama mestilah dibeli untuk pelaburan kerana:

Rumah tersebut akan dibayar oleh penyewa.Dapat pendapatan daripada lebihan sewa tadi.Lepas setahun, mungkin dah boleh refinance untuk pembelian rumah seterusnya tanpa rasa bersalah kerana kalau instalment naik pun, masih lagi akan dibayar oleh penyewa.



FINANCIAL FREEDOM!


Ni lah matlamat aku.. InsyaaAllah aku akan capai!

Ok lah.. aku nak tinggalkan korang dengan lagu yang ada menang dalam Juara Lagu 2013...


Kalau lah aku kaya......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...