Pages - Menu

Showing posts with label Covid19. Show all posts
Showing posts with label Covid19. Show all posts

Thursday, October 1, 2020

Covid 19 - Kes baharu meningkat semula !!

 Assalamualaikum semua

Sihat? Sheila tak berapa sihat sangat. Selsema batuk...

Tapi insyaAllah minta dijauhkan dari virus Covid. Bukan apa, sekarang kes dah semakin naik semula. Semalam saja ada 260 kes baru. Kebanyakannya dari mereka-mereka yang baru balik dari Sabah.. Ish Ish Ish.. Diorang ni tak ada kesedaran ke? Dah ler KKM bagi kelonggaran kuarantin hanya sehingga result swap keluar, lepas tu mereka bebas bergerak ke sini ke sana. No more quarantine for 14 days !!! Geram pulak rasa... Dan sekarang bila kes naik semula, sibuk up status - U want next PKP???


Ish.. ter type dalam keadaan geram pulak.. 

Plan tadi nak story benda lain.. Kesudahnya terjebak cerita Covid ni pulak...

Geram!!!

Geram pada golongan-golongan yang pentingkan diri sendiri dan tamak kuasa.. Dalam keadaan pandemic PKPP, masih lagi memikirkan ketamakan diri sendiri.. yang akhirnya memberi kesan buruk pada golongan lain yang susah, marhaen...

Kesan PKP sebelum ni pun masih terasa sakit. Baru rasa senang sikit nak bernafas, timbul pulak isu-isu dari golongan tamak kuasa..

Seronok ye mereka...

Tapi orang lain....

Ada yang dibuang kerja

Gaji kena potong

Syarikat2 yang masih belum terima bayaran

Kesian kan mereka2 ni... 

Kesan tu bukan sorang, tapi anak isteri pun terkesan...

Bila tak ada duit, apa akan jadi?

Marah Geram (macam yang Sheila rasa sekarang)

Panas hati baran

Jenayah-jenayah meningkat... Yela, masing-masing tertekan..


uhhhh.... Rasa sakit hati nak teruskan menaip ni.. 

Nanti mood ok Sheila story la benda yang Sheila nak story sepatutnya...

Dah pesan kat mertua.. Jangan keluar sangat..dah ada kluster Meru 

Hati-hati ye semua

Kita jaga kita

Monday, April 13, 2020

Malaysia PKP kerana Covid19

Assalamualaikum...

Bersiaran lagi... banyak yang Sheila nak share sebenarnya.. cuma kadang ketermalasan timbul, tu yang ketersangkutan nak bebel kat sini...

Sekarang ni 1 Malaysia sedang PKP - Perintah Kawalan Pergerakan.. Dah Fasa ke 3.. Baru Sheila nak update kat sini.. Semua ni berpunca dari Virus Corona @ Covid19... Jahat sangat virus ni.. bukan 1 Malaysia yang terkena.. Tapi 1 dunia.. Kes meningkat setiap hari... Jumlah kematian pun meningkat (sedihnya)

Nak tahu status terkini Covid19, korang boleh tengok di page Kementerian Kesihatan Malaysia KKM... atau pun follow telegram Majlis Keselamatan Negara MKN - https://t.me/MKNRasmi dan KKM - https://t.me/sihatmilikbersama...

Huhhh... selama hidup 34 tahun, ni lah kali pertama merasa PKP.. lebih kurang macam isytihar Darurat.. Semua orang tak boleh keluar sesuka hati.. Hanya boleh keluar beli barang keperluan, tu pun hanya seorang... Janganlah degil ye kawan-kawan... Stay at home!!!

Virus penyakit ni bukan kita boleh nampak macam batu... Batu kalau nak kena muka kita nampak, boleh nak elak.. Virus ni micro... Kecik sangat nak tengok dengan mata manusia... Jadi seeloknya kita ikut je arahan kerajaan..

STAY AT HOME!!! STAY AT HOME!!! STAY AT HOME!!!

Jangan degil tau..

Sheila share info terkini setakat malam tadi 13/4/2020...



Walaupun jumlah semakin meningkat, tapi alhamdulillah di Malaysia masih dalam kawalan,,,

Kita semua kena kuat.. Kena hapuskan Covid19 ni dari bumi Malaysia.. Kalau boleh 1 dunia bebas dari Covid19.. Baru kita boleh kembali hidup yang dulu...

Ok la.. Setakat ni dulu... Sheila ni nak share resepi sebenarnya... Dah PKP ni duduk rumah je kan, memang masak jela manjang... Pagi, tengah hari, petang, malam... Kadang tengah malam pun ada.. Haha.. ni tambahan berat badan ni kiki...

Nanti kerajinan, Sheila membebel lagi ye...

Bye...
Assalamualaikum...