Pages - Menu

Monday, December 30, 2013

Istimewanya Hari Isnin

Selesai sudah menghebahkan tips-tips berguna kat shelovevitamin.com.. Korang pun jemputlah melawat shelovevitamin.com ye.. Ada macam-macam taw.. Memang rugi tak melawat..

Hmm.. Okei.. Bersempena hari ni hari ISNIN terakhir untuk tahun 2013, aku nak something special tentang hari ISNIN ni..


Istimewanya Hari Isnin ~

"Hari Isnin adalah hari Pelayaran & Perniagaan"

Kerana telah dijelaskan bahawa pada hari Isnin terdapat 7 peristiwa iaitu:


1. Nabi Idris, A.S. telah naik ke langit pada hari Isnin, 

2. Nabi Musa, as. Telah pergi ke bukit Thursina pada hari Isnin untuk menerima wahyu, 

3. Turunnya Dalil tentang ke-Esa-an Allah, 

4. Lahirnya Rasulullah Muhammad saw, 

5. Malaikat Jibril, as. turun untuk pertama kalinya bertemu Rasulullah, 

6. Semua amal perbuatan Umat diperlihatkan kepada Rasaulullah saw pada hari Isnin, 

7. Wafatnya baginda Rasulullah Muhammad S.A.W.


Itu saja.. jadi lepas ni tak nak lah mengeluh bila naik kerja hari ISNIN.. sebabnya ISNIN tu sangat istimewa..

Wallahualam :)

Wednesday, December 11, 2013

10 tips berguna dari Child Psychiatrist

Info ni aku dapat hasil sharing dalam group whatsapp.. panjang bebenor taw.. selalunye jarang aku nak baca.. tapi kali ni semangat aku baca sampai habis.. siap forward lagi dalam group whatsapp aku yang lain.. yelah. info-info macam ni bagus disebarkan.. bagus untuk para mak bapak semua..

Aku kan dah masuk group mak-mak.. kena ambil tahulah pasal ni...

Jemput baca sampai habis ye..

*****

Sebenarnya aku berfikir panjangggggggg nak update pasal benda ni.

Dah lama sebenarnya rasa nak share.
Sejak 4 bulan lepas lagi.
Tapi bila nak share je mesti rasa macam malu la, takut ada orang terasa la, takut orang misinterpret la, takut orang ingat macam bagus la.
Macam-macam.


Tapi lama-lama aku fikir, semuanya bergantung kepada niat.
Kalau niat nak sebarkan manfaat, ok je kan?
Apa orang nak fikir, lantakkan lah.
Yang penting, DAPAT SEBARKAN MANFAAT.
Tu je.


Amboi mukaddimah dia.
Macam.
Bagus.
Je.
Puih.

:D


Sebenarnya kan,
Beberapa bulan sebelum Haikal genap 2 tahun hari tu, kitorang ada jumpa Child Psychiatrist
Nama dia Dr. Sherine. Kalau kat Penang ni, Dr. Sherine ni memang well-known la. Korang boleh jumpa dia kat Hospital Gleneagles, Penang.
Kepada yang tak tahu, Child Psychiatrist ni ialah pakar brain development dan behavior kanak-kanak. Macam kalau dia tengok perangai sekian-sekian, dia dah boleh tahu apa masalah budak tu.
Gitu. 
  
Aku rasa macam tak perlu kot nak explain kat sini kenapa kitorang bawak Haikal jumpa Child Psychiatrist tu. Macam complicated pulak nak cerita sebab musabab nya.


So kita skip cerita tu.
Boleh naa?



Yang aku nak share kat sini ialah..
masa kitorang jumpa Dr. Sherine tu ada banyak sangat input yang berguna dia bagi.


Terutama anak-anak yang umur  0-3 years old. 
Seriously berguna like hell.
In fact aku dah praktikkan beberapa tips yang doktor tu bagi.
Dan Alhamdulillah memang berkesan. =)


Ok aku buat dalam point form la eh.
Senang korang nak hadam.


1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.


Credit photo


2. Don't expose to too much things in a box.

"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T


Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D


So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?


Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"


Gitu.
Takut aku. :D



Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.

So ini jawapan Dr.Sherine,

"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."
"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."
"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."
Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, 

Menurut Dr Sherine:

Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya. 
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik. 
So brain development pon berlaku dengan baik.


Gitu.


Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T


3) Stimulate their imitation skills.

Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.


So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.


Gitu.


Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).



Part ni aku terkedu.

Sebab Haikal memang tak merangkak langsung. 
Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T



Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat.
So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.


Bila anak jadi tiger, mak pon kena jadi tiger jugak ok.
Imitation skill. Ingat tu.
Tapi sorry gambar aku jadi tiger takde.
Garang sangat. Kang korang takut. ;D


4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.


Padahal aku pon banyak je belikan Haikal mainan otromen. T_T
Siap nak tidur pon, Haikal akan selimutkan otromen.
Mama dia dapat selimut sipi-sipi, sikit pon Haikal tak peduli. -..-


5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.

Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!" 
bukan 
"That is elephant!"
atau 
"Wow u see that big elephant?"

Camtu.

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.


Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,


"Eat." 
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."


"Sit."
bukan 
"Come and sit beside Mama" 
atau,
"Sit and keep quiet."


Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.


6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.


Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D



Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, 
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.

Gitu.


7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.

Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan?? 
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.


Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.

Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, 
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.


Kalau anak kau baring, kau pon kena baring.
Punya gigih nak mata satu level tadi kan. -..-


8) Overly-attached to one person is not a good sign.

Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.



9) Bila bermain, follow his interest. 
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.

Gitu.

Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan. 
Haruslah dimarahin dong.


10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.



Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"


Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.

So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam


"Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"



Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab. 

Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.



Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi.

Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.
Bukan keluar dari mulut aku ye.Bukan aku reka ke apa.
Cuma aku tulis ni ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham.


Niat aku satu je. 
Nak share supaya korang pon sama-sama dapat manfaat.
Sebab seriously semua tips ni aku dah try dan setakat ni Alhamdulillah,
aku nampak kesan positif pada Haikal.
Kesan dia sangat drastik ok.
Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu.
So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas. =)


Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah.
Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu.
Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita.
InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.
Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha bhai..

*****

Sharing from loving... aku share gak kat sini.. untuk sebarkan pada lebih ramai lagi...

Monday, December 9, 2013

Diriku terbelenggu

Em.. boleh tak terasa nak berjiwang pulak.. entah kenapa tetiba aku syok mencari lagu-lagu Francisca Peter.. Semua lagu-lagu dia best kan.. Liriknya perghh.. Memang menusuk kalbu..

Antara lagu yangmenjadi favourite aku ialah Diriku Terbelenggu.. Bait-bait liriknya.. Oh.. Aku terpesona.. haha...

Ish.. aku nak attach youtube tak boleh pulak.. tak pe la.. Korang klik kat sini ye.. (nak nyanyi)

Jom ler hayati liriknya...


Diri Ku Terbelenggu 
- Francisca Peter  

Tak faham sikapmu 
Kau bercinta seumpama menukar baju 
Kau turutkan hati 
Kata nasihat tak kau peduli  

Kau tahu hatiku 
Kerana kasih ku bersabar selalu 
Biarpun terluka 
Terus bertahan selagi terdaya  

Mengapa engkau kusayangi 
Mengapa kau ku nanti 
Mengapa ku rela disakiti 
Diriku ini terbelenggu di dalam kepuraanmu  

Telah terlalu lama kuhimpun doa-doa 
Semoga Tuhan memberikan hidayatNya 
Tapi kau tetap tak berubah tertutup hati 
Tak satu pengorbananku di hargai


Aku copy dari sini taw..

Thursday, December 5, 2013

Shopping baju anak-anak yok!

Korang suka shopping tak? Aku pun suka.. Suka sangat.. Tak dapat nak shopping, window shopping pun jadik lah...

Kalau hari ni terasa nak window shopping, apa kata korang bercuci mata dulu kat kidslovestyle.. banyak gak pilihan untuk anak-anak korang yang comel loteh tu..

Meh aku upload sikit antara yang baru je masuk pagi..

jumper

jumper

jumper

jumper

jumper

jumper

tshirt

tshirt

tshirt

Okei.. ni baru sikit.. kalau nak tengok banyak lagi klik kat kidslovestyle.. kot-kot ada terberkenan, grab la yer..

Selamat bercuci mata..

Wednesday, December 4, 2013

Dec'13 Product Promotion - Omega Guard Shaklee

Korang.. korang tahu tak bulan ni Shaklee promo apa?

Belum tahu lagi?

Ni aku nak kabo ni.. Bulan ni Shaklee promo OmegaGuard Shaklee...


Tahu tak apa tu?

Aku terangkan sikit ye...

OmegaGuard Shaklee ni best sangat.. sebabnya ia Minyak Ikan yang Terbaik di dunia.. ada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi.  

**Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3..

Omega-3 ni baik untuk perkembangan otak taw.. So, kalau korang pregnant ke menyusu ke, memang sesuai sangat ambil OmegaGuard ni.. bukan untuk korang je, untuk anak-anak korang gak...

Selain tu, Omega ni juga bagus untuk jantung.. Bolehlah bagi kat ayah ke emak ke.. diri sendiri pun boleh..

Haa, berita baik untuk yang dalam proses nak kuruskan badan. korang pun boleh amalkan Omega ni.. Omega ni boleh bantu pembakaran lemak, selain dari mengawal selera makan korang.. 

So. apa lagi.. Jom dapatkan OmegaGuard Shaklee bulan ni..

Nak dapat harga kasih sayang, korang order je kat shelovevitamin... memang berkasih sayang punya.. 

Percayalah! (versi dato' ct ye)


Ok lah.. grab bulan ni taw.. ada masa lebih kurang 30 hari je.. lepas tu harga asal RM136... Jangan nanti merayu nak harga kasih sayang pula masa tu.. memang tak dapat ler eden nak tolong..

Dadadaaaa.... Selamat bermandi minyak ikan bulan Disember ni!!!

Nak dress FREE?

Semua orang suka kalau dapat FREE kan.. tak kira lah free apa.. nama je free confirn orang serbu.. So kat sini aku nak promote contest yang nak bagi FREE dress yang cun melecun kat korang..

Suka kan!!!



*****************************************************

Sempena Anniversary #shelovestyle yang ke-3 ni, big boss berbesar hati nak bagi dress PERCUMA pada customer kami yang gorgeous2 ni...

CARANYA MUDAH SAJA:
1. Add FB She Lovestyle --> https://www.facebook.com/she.lovestyle3
2. LIKE fan pages #shelovestyle --> www.facebook.com/shelovestylepages
3. SHARE mana-mana gambar dalam album ini dan COMMENT 'SAYA NAK (dress pilihan korang), (tag 1 frenz) NAK?'


CONTEST : LIKE, SHARE, COMMENT & WIN


Syarat2nya:
1. Terbuka kepada semua.
2. Anda perlu pasti kan anda click Public tuk pilihan share, supaya pihak kami dapat view.
3. Tempoh contest 5.12.2013 hingga 31.12.2013
4. 1 Pemenang akan di pilih secara rawak.
5. Nama pemenang akan diumumkan pada 1.1.2014
6. Keputusan nama pemenang adalah muktamad.
7. Hadiah : DRESS PILIHAN (Sekiranya kehabisan stok, kami akan menukar dress lain dlm album yang sama)

Good Luck & Have Fun!!
Tq so much for the supports..

www.shelovestyle.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...