Assalamualaikum...
Lepas je bersegmen dengan Ayu Insyirah, Sheila jengah2 blog Mek Zumbie, Babyshambles
Alkisahnya, tadi kat office saja je Sheila mengemas meja. Terasa banyak sangat stok recycle paper kat dalam laci. Kemas punya kemas terjumpa lah kerja2 lama. Hihi.. Tak ade la lama sangat. Kalau tak salah projek tahun 2012. Sekarang dah 2015. 3 tahun jugak.
Huh... projek yang tak akan Sheila lupa. Projek paling sadis setakat ni yang Sheila pernah handle. Sampai menangis2. Haha...
Actually ni projek landskap untuk developer Hicom. Nama projeknya Glenmarie Garden. Ada sesiapa yang pernah lalu tak?
Sheila ni sebagai kontraktor lanskap untuk projek tu. So segala bagai landskap dalam Glenmarie Garden tu, Sheila dan pekerja2 Sheila la yang buat. (Haha.. bangga le tuwww).
Meh Sheila tayang sikit hasil kerja kami.
Opss... gambar belum save dlm hp lg. Nanti Sheila update ok!
Nak tengok lebih2 boleh je lalu2 kawasan Glenmarie Garden tu. Lalu je la. Nak beli, makcik tak mampu. 8 juta kot harganya. Mana lah nak korek kan... T_T
Showing posts with label Bunga-bunga Cinta. Show all posts
Showing posts with label Bunga-bunga Cinta. Show all posts
Friday, September 4, 2015
Sunday, August 30, 2015
Tuesday, April 21, 2015
Loropetalum chinensis
Pernah dengar tak nama bunga ni?
Loropetalum Chinensis
Ni nama komersial atau nama saintifik. Nama biasa Loropetalum ni Sheila tak tau. Sebab ni kategori bunga baru.
Sejak kebelakangan ramai yang gemarkan Loropetalum ni di taman mereka.. Warna daunnya yang ala-ala campuran purple dan maroon memang memberikan kelainan dalam taman. Bunganya seperti bunga rampai berwarna pink pekat sangat menarik.
Penanaman Loropetalum ni memerlukan kawasan yang mendapat cahaya matahari sepenuhnya.

Penggunaannya dalam lanskap sangat luas. Boleh tanam sebagai pagaran / hedges. Boleh di trim menjadi bonsai, tapi harganya agak mahal. Boleh juga ditanam di dalam pasu.
![]() |
| Kalau musim panas, Loropetalum ni meriah dengan bunganya. |
![]() |
| Zoom in Loropetalum. Cantik kan! |
| Loropetalum dalam pasu |
![]() |
| Macam-macam bentuk dan cara tanam Loropetalum |
Loropetalum transform to bonsai
|
Oleh kerana Loropetalum ni cantik, harganya pun agak mahal. Anggaran size 1 kaki tinggi pun harga dah RM15 rasanya. Ke mahal lagi?
Tuesday, April 14, 2015
Segmen baru di belogsheila ~ Bunga-bunga Cinta
Assalamualaikum
Selamat hari Selasa
Malam tadi sambil dok melayan cerita cina, tetiba Sheila terfikir nak create 1 segmen baru kat sini. Something yang berkaitan dengan kerjaya Sheila.
Korang tahu tak kerjaya Sheila apa?
Sheila ni sebenornye Landscape Architect tak berdaftar... haha.. tak berdaftar dengan ILAM maksud Sheila.
So segmen ni Sheila bagi nama 'Segmen Bunga-bunga Cinta' aka BBC. Kat segmen BBC ni Sheila nak share serba sedikit pasal landskap, pokok, bunga, idea2 yang terlintas kat kepala hotak Sheila dan dan dan Sheila nak share certain projek yang Sheila pernah design dan telah terbina dengan jayanya.
Untuk post yang pertama bagi Segmen Bunga-bunga Cinta ni, Sheila nak share tentang Bunga Raya.
Saja Sheila pilih Bunga Raya sebab Bunga Raya adalah bunga Rasmi Malaysia.
Nama biasa: Bunga Raya
Nama inggeris: Hibiscus
Nama saintific: Hibiscus rosa sinensis
Yang memusykilkan Sheila, kenapa Bunga Raya ni dijadikan bunga rasmi Malaysia? Nama 'sintesis' tu melambangkan Bunga Raya ni berasal dari China. Hmm... tapi ia jadi bunga rasmi Malaysia? Pelik kan? Sedangkan banyak lagi bunga yang berasal dari Malaysia ni.
Oleh kerana Bunga Raya ni adalah bunga rasmi Malaysia, jadi setiap pembangunan landskap sesebuah kawasan diwajibkan menanam Bunga Raya ni. Kalau korang tak caya, try ronda kawasan perumahan korang mesti akan jumpa bunga raya ni.
Bunga Raya ni ada banyak jenis dan warna. Nama bunga raya ni pun berbeza-beza. Ni antara Bunga Raya yang ada kat nursery Sheila yang sedang kembang mekar berbunga.
Ok lah. Tu saja untuk hari ni. Lain hari Sheila share pasal bunga lain pulak ye.
MAJULAH LANDSKAP UNTUK NEGARA!

Subscribe to:
Posts (Atom)