Pages - Menu

Tuesday, April 14, 2015

Segmen baru di belogsheila ~ Bunga-bunga Cinta

Assalamualaikum
Selamat hari Selasa

Malam tadi sambil dok melayan cerita cina, tetiba Sheila terfikir nak create 1 segmen baru kat sini. Something yang berkaitan dengan kerjaya Sheila.

Korang tahu tak kerjaya Sheila apa?

Sheila ni sebenornye Landscape Architect tak berdaftar... haha.. tak berdaftar dengan ILAM maksud Sheila.

So segmen ni Sheila bagi nama 'Segmen Bunga-bunga Cinta' aka BBC. Kat segmen BBC ni Sheila nak share serba sedikit pasal landskap, pokok, bunga, idea2 yang terlintas kat kepala hotak Sheila dan dan dan Sheila nak share certain projek yang Sheila pernah design dan telah terbina dengan jayanya.

Untuk post yang pertama bagi Segmen Bunga-bunga Cinta ni, Sheila nak share tentang Bunga Raya.



Saja Sheila pilih Bunga Raya sebab Bunga Raya adalah bunga Rasmi Malaysia.

Nama biasa: Bunga Raya
Nama inggeris: Hibiscus
Nama saintific: Hibiscus rosa sinensis

Yang memusykilkan Sheila, kenapa Bunga Raya ni dijadikan bunga rasmi Malaysia? Nama 'sintesis' tu melambangkan Bunga Raya ni berasal dari China. Hmm... tapi ia jadi bunga rasmi Malaysia? Pelik kan? Sedangkan banyak lagi bunga yang berasal dari Malaysia ni.

Oleh kerana Bunga Raya ni adalah bunga rasmi Malaysia, jadi setiap pembangunan landskap sesebuah kawasan diwajibkan menanam Bunga Raya ni. Kalau korang tak caya, try ronda kawasan perumahan korang mesti akan jumpa bunga raya ni.

Bunga Raya ni ada banyak jenis dan warna. Nama bunga raya ni pun berbeza-beza. Ni antara Bunga Raya yang ada kat nursery Sheila yang sedang kembang mekar berbunga.




Ok lah. Tu saja untuk hari ni. Lain hari Sheila share pasal bunga lain pulak ye.


MAJULAH LANDSKAP UNTUK NEGARA!






5 comments:

kisah_hearty said...

baru tau bunga raya dr cina..before ni buat tak endah je..hehe

syira yaya said...

Bunga raya bunga kebangsaan..heee :)

Sha Nikitasakura said...

Salam Seila..rajin nya..cantik..ceria kaler bunga2 raya tu..

sharifah maznah said...

Jual ank pokok x?

sharifah maznah said...

Jual ank pokok x?