Pages - Menu

Thursday, April 23, 2015

Google Earth Day Quiz ~ Kamu ni haiwan apa?

Nia, Dina tidur awal malam ni. So sheila dapat le kelapangan masa malam ni. So tadi jalan2 kat blogger yang singgah sini. Menyinggah le kat blog Madparihh. Ni antara pengkomen yang rajin mengkomen kat sini.

Sheila terbaca 1 post madparihh ni. Macam best pulak...

Google Earth Day Quiz --->  Kamu ni haiwan apa?

Sheila dah try. Dapat haiwan Mantis Shrimp.


Haha.. Sheila pun tak pernah dengar nama haiwan ni. So Sheila pun tanya kat pakcik google. Dan sheila jumpa ni...


Sumber: The Patriots

10 FAKTA TENTANG PEACOCK MANTIS SHRIMP

1. Nama saintifiknya adalah Odontodactylus Scyllarus yang membawa maksud "tooth-like fingers hermit crabs" secara literal.

2. Terdapat 400 jenis spesies peacock mantis shrimp yang mempunyai pelbagai jenis warna, dari kepelbagaian warna kusam seperti kelabu sehingga warna yang lebih menyerlah seperti warna kuning neon.

3. Peacock mantis shrimp diklasifikasi berdasarkan jenis senjata yang dimiliki, yang dikenali sebagai 'raptorial appendages'. Raptorial appendages ini adalah sepasang 'tangan' dibahagian hadapan yang digunakan untuk membunuh mangsa. Terdapat dua klasifikasi umum mantis shrimp : 

i) Yang menggunakan senjata seakan lembing - menujah dan menikam mangsa dengan menggunakan appendages yang berbentuk seperti lembing bersabit.

ii) Yang menggunakan senjata seakan belantan - mempunyai sepasang 'tangan' yang berbentuk seperti belantan yang digunakan untuk menghentak atau menumbuk mangsa sehingga cangkerangnya pecah.

Fakta tentang tumbukan mantis shrimp :

-- i) Tumbukannya mampu menghasilkan daya dengan kekuatan sebanyak 1,500 Newton (2,500 kali ganda berat badannya). Untuk bayangkan kekuatan ini, jika manusia mempunyai 1/10 daripada daya 1,500 Newton ini, manusia tersebut mampu melontarkan sebiji bola besbol sehingga melepasi orbit Bumi.

-- ii) Tumbukan mantis shrimp ini mempunyai kelajuan kira-kira 12 - 23 meter/saat. Ini bermaksud ia mempunyai kelajuan MELEBIHI kelajuan peluru pistol .22 kaliber. 

-- iii) Tumbukan mantis shrimp ini adalah unik dan sangat hebat. Apabila mantis shrimp melepaskan satu tumbukan, air yang berada disekeliling belantannya itu akan mendidih akibat dari kepantasan pergerakan belantan tersebut. Proses ini dikenali sebagai supercavitation. Supercavitation ini bermaksud, sesuatu objek didalam air yang bergerak dengan kepantasan yang amat laju sehingga menyebabkan tekanan air dibelakang objek tersebut menjadi rendah, dan menghasilkan satu poket buih (kaviti) yang melapisi objek tersebut. Ini akan mengurangkan geseran antara objek dengan air lalu menghasilkan pecutan yang bertambah laju.

>> Teknik supercavitation digunakan dalam pergerakan propeller kapal dan bedilan super-tornado.

-- iv) Buih supercavitation ini seterusnya akan mula meledak ketika menyentuh kulit cangkerang mangsa. Ledakan ini akan menghasilkan satu 'shockwave' kecil yang akan memberikan tekanan pada cangkerang tersebut sehingga pecah. Ini bermaksud, seandainya tumbukan dengan daya 1,500 Newton itu tidak kena pada sasaran, ledakan supercavitation ini tetap akan membunuh mangsa. 

>> Ledakan supercavitation ini mampu membentuk lubang pada besi dalam jangkamasa lama, terutamanya jika digunakan pada propeller kapal.

-- v) Shockwave yang dinyatakan tadi pula mampu menghasilkan tiga jenis tenaga, iaitu cahaya, haba dan bunyi. Proses penghasilan cahaya ini dikenali sebagai sonoluminescence. Haba yang dihasilkan pula mampu mencecah kira-kira beberapa ribu Kelvin. Namun begitu, jangka masa berlakunya kedua-dua tenaga ini terlalu singkat sehingga tidak dapat diukur dengan betul. Kedua-dua tenaga ini juga hanyalah 'side-effect' daripada tumbukan mantis shrimp dan tidak mempunyai apa-apa kesan signifikan pada teknik pembunuhan si mangsa.

vi) Proses membunuh ini berlaku mengikut empat fasa hentakan singkat iaitu, tumbukan appendage kanan, supercavitation appendage kanan, tumbukan appendage kiri, dan akhir sekali supercavitation appendage kiri.

vii) Kesemua proses ini berlaku dalam masa kira-kira 800 mikrosaat atau 0.0008 saat sahaja. Kelajuan ini boleh dibandingkan dengan kira-kira 50 kali ganda lebih laju daripada satu kerdipan mata manusia.

viii) Appendages mantis shrimp mempunyai 5 lapisan sel yang sama jenis dengan sel tulang manusia. Ini akan menyebabkan appendages mantis shrimp ringan tetapi kuat dan kukuh. Ia juga mampu tumbuh semula jika terdapat kecederaan atau appendagesnya hilang / rosak. Sistem pertahanan ini kini sedang ditiru oleh saintis untuk menghasilkan perisai badan yang lebih kuat dan lebih ringan.

4. Sistem penglihatan peacock mantis shrimp.

i) Dalam sistem penglihatan, terdapat 2 jenis sel yang memainkan peranan penting, iaitu sel rod (untuk melihat cahaya serta mengesan pergerakan) dan sel kon (untuk melihat warna). Bagi seekor anjing, ia mempunyai dua jenis sel kon iaitu sel yang mampu melihat warna HIJAU dan BIRU sahaja. Manusia pula mempunyai tiga jenis, iaitu MERAH, HIJAU dan BIRU. Ketiga-tiga sel kon (RGB) ini yang membantu manusia melihat pelbagai jenis warna didalam dunia, hasil cantuman ketiga-tiga warna asas ini. Bagi rama-rama, ia mempunyai 5 jenis sel kon, 3 daripadanya adalah RGB manakala 2 lagi adalah warna yang kita tidak ketahui. Bagi peacock mantis shrimp, ia mempunyai ENAM BELAS JENIS SEL KON. Bayangkanlah betapa banyaknya warna yang mampu dilihat.

ii) Mantis shrimp mampu melihat kira-kira 100,000 jenis warna termasuk cahaya ultraviolet dan juga cahaya polarized. Dengan keupayaan melihat cahaya polarized, mantis shrimp mampu membezakan antara sel normal dengan sel kanser. Kelebihan penglihatan ini cuba ditiru oleh para saintis untuk menghasilkan mesin yang mampu mengesan sel kanser dalam badan manusia.

5. Mantis shrimp aktif pada waktu siang dan malam. Tidak seperti crustacean laut yang lain, mantis shrimp lebih gemar melakukan buruan daripada menunggu mangsa. 

6. Mantis shrimp membunuh dengan teknik, samaada, menghentak mangsa sehingga pecah isi dalaman atau menikam mangsa sehinga terburai.

7. Mantis shrimp tidak boleh disimpan didalam tangki akuarium bersama haiwan laut yang lain kerana ia pasti akan membunuh haiwan tersebut. Malah, ia tidak boleh dibela didalam tangki akuarium kerana ia mampu memecahkan gelas kaca akuarium tersebut. 

8. Walaupun mempunyai badan dan ekor berwarna-warni seperti pelangi, mantis shrimp tidak boleh dibela berdekatan dengan mantis shrimp yang lain yang mempunyai jantina yang sama. Pertelingkahan pasti akan berlaku kerana ia bersifat territorial.

9. Ia telah disenaraipendekkan kedalam senarai 10 haiwan paling ganas / merbahaya oleh National Geographic.

10. 10 Mei disambut sebagai hari International Shrimp Day.


Cantik!

Tapi Sheila pun tak tahuvapa ciri-ciri Sheila yang sama dengan Mantis Shrimp.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...