Pages - Menu

Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Thursday, October 1, 2020

Covid 19 - Kes baharu meningkat semula !!

 Assalamualaikum semua

Sihat? Sheila tak berapa sihat sangat. Selsema batuk...

Tapi insyaAllah minta dijauhkan dari virus Covid. Bukan apa, sekarang kes dah semakin naik semula. Semalam saja ada 260 kes baru. Kebanyakannya dari mereka-mereka yang baru balik dari Sabah.. Ish Ish Ish.. Diorang ni tak ada kesedaran ke? Dah ler KKM bagi kelonggaran kuarantin hanya sehingga result swap keluar, lepas tu mereka bebas bergerak ke sini ke sana. No more quarantine for 14 days !!! Geram pulak rasa... Dan sekarang bila kes naik semula, sibuk up status - U want next PKP???


Ish.. ter type dalam keadaan geram pulak.. 

Plan tadi nak story benda lain.. Kesudahnya terjebak cerita Covid ni pulak...

Geram!!!

Geram pada golongan-golongan yang pentingkan diri sendiri dan tamak kuasa.. Dalam keadaan pandemic PKPP, masih lagi memikirkan ketamakan diri sendiri.. yang akhirnya memberi kesan buruk pada golongan lain yang susah, marhaen...

Kesan PKP sebelum ni pun masih terasa sakit. Baru rasa senang sikit nak bernafas, timbul pulak isu-isu dari golongan tamak kuasa..

Seronok ye mereka...

Tapi orang lain....

Ada yang dibuang kerja

Gaji kena potong

Syarikat2 yang masih belum terima bayaran

Kesian kan mereka2 ni... 

Kesan tu bukan sorang, tapi anak isteri pun terkesan...

Bila tak ada duit, apa akan jadi?

Marah Geram (macam yang Sheila rasa sekarang)

Panas hati baran

Jenayah-jenayah meningkat... Yela, masing-masing tertekan..


uhhhh.... Rasa sakit hati nak teruskan menaip ni.. 

Nanti mood ok Sheila story la benda yang Sheila nak story sepatutnya...

Dah pesan kat mertua.. Jangan keluar sangat..dah ada kluster Meru 

Hati-hati ye semua

Kita jaga kita

Wednesday, September 18, 2019

Jual Beli Hartanah by SheilaProp

Assalamualaikum...

Kerajinan macam makin terserlah...

Tak caya???

Meh korang cuci mata kat JualBeliHartanahbySheilaProp...



Kan Sheila sekarang tengah bergiat aktif dalam bidang yang baru Sheila ceburi...

Alhamdulillah.. Sheila suka dengan bidang ni.. masih baru dan banyak benda baru yang Sheila belajar.. Sebelum ni Sheila pernah beli rumah untuk diri sendiri.. Masa tu belum banyak ilmu lagi pasal property. Google serba sedikit proses beli rumah dan beranikan diri untuk beli rumah.

Ni Sheila nak beritahu ni...

Lepas dah jadi seorang Real Estate Negotiator / Perunding Hartanah ni, Sheila rasa lah..  ni pendapat Sheila la ye..

Bila korang ada plan nak beli rumah, korang mesti ada ilmu.. boleh google, beli buku hartanah, pergi expo2 perumahan.. kena buat research serba sikit.. opsss.... sebelum tu nak tahu jugak, beli untuk duduk atau disewakan. ini point penting sebab dari situ, korang boleh cari property yang sesuai dengan keperluan korang...

Dan korang boleh minta pendapat pada orang yang macam Sheila ni, Real Estate Negotiator / Perunding Hartanah.. Kitorang boleh suggest property yang sesuai untuk keperluan korang. Insya Allah kitorang cuba bantu...

Ok lah.. Sheila nak sambung masukkan listing kat Jual Beli Hartanah by SheilaProp...

Kalau korang ada nak cari property boleh tengok kat situ ye... kalau nak tanya detail lagi, boleh comment kat sini atau whatsapp kat no Sheila ye..

Yang belum follow tu, jemput LIKE Jual Beli Hartanah...

Assalamualaikum...

Tuesday, October 10, 2017

Selepas setahun...

Assalamualaikum...

haha.. 10.10.2017... hampir setahun menyepi.. tup tup hari ni menaip post kat belogsheila...

Hero Sheila pun dah nak dekat setahun. 21.10.2017 ni genap lah hero saya setahun...

Saya dah beritahu ke nama hero saya siapa? Nama dia Mohamad Fathan Mikael bin Mohamad Farhan. Boleh panggil Mikael, Fat-han atau lagi manja Mika... Tu nama glamour macam dalam drama Tuan Anas Mikael.. Kadang-kadang ada juga yang confius, Fa-than ke Fat-han... Kalau ikut sebutan ayahnya, Fat-han...

Tak apa lah... Sebut la macam mana pun. Janji maksudnya elok-elok belaka.

Gambar tak dapat nak upload sekarang. Sebab tulis post ni kat komputer office. Nanti lain masa saya post ye. Sekali gambar Mak Pak Kakak-kakak dia sekali.. Hehehe...

Ok lah.. Stop sini dulu. InsyaAllah akan cuba merajinkan diri semula ni.

Saturday, October 29, 2016

Gali ilmu kat blog Adlil Rajiah @ Jiji

Assalamualaikum.

Hmm... berhari2 kat hospital ni tak taw nak apa. Tak kan nak tolong doktor ngan nurse kat sini pulak. Nanti tak pasal Sheila kena penyepak kang. Sibuk kerja orang lain. Haha...

So bila dah terlepak je atas katil ni, aktiviti lain selain tido ialah men-scroll henpon la. Dari Whatsapp ke Facebook, lepas tu Lazada, lepas tu Google... Bosan lagi kita selfie ngan baby pulak. Itu jela aktiviti Sheila hari2 kat hospital. Kalau suami datang boleh la bercinta sekejap. Kalau tak, bergosip la dengan mak2 yang lain. Dah nama pun pompuan, gosip tu tak boleh tinggal. Haha...

Antara benda yang Sheila scroll kat Google tentang homescholling. Tetiba rasa nak mendidik anak2 kat rumah pulak. Yela, menghitung cuti pantang nanti, nak jugak ada aktiviti menarik ngan anak2 nanti. Especially Nia. Dia dah nak mula pergi pra-sekolah tahun depan. Sheila da mh register kan dia kat PASTI dekat2 dengan rumah Sheila.

Dan Sheila terjumpa blog yang best, banyak info pasal homescholling dan parenting.

Blog Adlil Rajiah ~ antara blogger yang memang glemer dengan sharing info parenting.

Ok. Sekarang tengah buat reverse osmosis kat blog Rajiah @ Jiji. Nak gali ilmu2 parenting yang lepas2.

Sunday, March 13, 2016

Komisyen dari SHOPBACK lagi

Assalamualaikum.

Nak share komisyen shopback lagi. Yeah!!! Sheila dah request payout dari Shopback. Komisyen dari Shopback utk kali ke2.

Seronok!

Sambil shopping, dapat jugak sikit komisyen dari Shopback. Sikit sikit lama lama jadi banyak. Sampai tempoh dah boleh redeem, boleh lah request payout. Minimum komisyen yang boleh kita request RM10. Ok la kan.

Pada yang belum register kat shopback. Baik korang cepat register dan mula menyopping melalui shopback. Untung!

Lagi untung kalau korang masukkan email Sheila (sheilamutalib@yahoo.com) dalam bahagian referer. Nanti korang boleh dapat bonus RM5. Kalau tak ada referer, korang takkan dapat bonus tu. Dah rugi...

So, apalagi. Moh le register shopback cepat. Cepat register, cepatlah korang dapat merasa komisyen.


Thursday, February 4, 2016

Adaptasi novel ke drama 'Cinta Si Wedding Planner'

Assalamualaikum.

Tak boleh tidur pulak mata malam ni. Gatal tekak nak minum kopi, padan la muka sheila tak boleh tidur sekarang. Haha!

Dah tak boleh tidur nak layan apa ek?

Cinta Si Wedding Planner

Haha... Drama tv3 yang tengah hot sekarang ni. Cinta Si Wedding Planner!

Novel ni bukan sheila punya. Officemate beli. So rezeki sheila la dapat pinjam. Huhu...

Sebenarnya dah lama gak Sheila tak study novel ni. Last study novel ni rasanya masa kat u. Maknanya kurang lebih 5 tahun jugak tak menghadap novel cintan cintun ni. Dok belek majalah Laman je selalu. Cari idea kononnya. Haha...

Sheila dah habis baca novel Cinta Si Wedding Planner ni. Baca lompong lompong sebab mood nak tidur tapi tak boleh tidur. Layan je lah novel ni sampai habis. Tapi nacam mana pun still rasa tak puas lagi. Nak kena tengok jugak dramanya sampai habis. Lain pulak feeling tengok Zara dengan Faris dalam tv.

Oleh kerana drama ni hanya adaptasi, so ada banyak jugak perbezaan jalan cerita antara novel dan drama. Tapi ok la. Sheila suka keseluruhan cerita ni.

Tak sabarnya nak tunggu ending. Lagi 2 minggu rasanya.

Tuesday, December 15, 2015

DIY dapur mainan dari kotak

Assalamualaikum.

Nampaknya penyakit M sheila dah semakin sembuh. Rajin pulak beberapa hari ni nak update belog sheila ni. Alhamdulillah :)

Ha, korang pernah tak ternampak member2 share kat fb pasal kerja2 diy guna kotak? Mesti pernah kan. Sheila ni memang suka bebenor ber diy ni. Idea macam2. Tapi kadang2 tak berkesempatan nak merealisasikan.

Baru2 ni Sheila terRAJIN nak buat sesuatu untuk anak dara Sheila. Ternampak kotak kat opis, terus berangan nak buat dapur mainan untuk diorang.

Idea asal bukan main. Habis menggoogle. Save gambar dapur mainan yang maybe boleh jadik reference Sheila.





Hasilnya...


Ni step 1 kumpul kotak2 yang boleh mix & match jadik dapur mainan.


Step 2  Sheila dah siap potong bahagian bawah untuk buat oven. Lubangkan sebelah nak buat sinki dan dinding dapur tu plan nak buat rak dan tempat gantung. Yang sebelah tu nak buat peti ais. Hihi... tinggi cita2.


Step 3 Sheila cat warna putih. Dania sibuk nak kaler pink. Tapi kat rumah ada cat warna putih je. Tu pun minta worker kat opis, balance diorang cat opis. Hihi.. .

Dania dah excited nak main. So keluarkan jugak la bagi diorang main. Mula2 elok je main masak2, lama2 makin kreatif diorang.



Haha... jadik tempat main sorok2 diorang pulak sampai koyak pintu oven. Sabaw je la.

Plan memang nak cat atau cari kertas pink nak balut dapur tu. Tapi tak sempat lagi. Biarlah diorang main dulu. Nanti repair semula. Haha...

Kalau terlebih rajin, Sheila buatkan yang baru. Tapi rajin ke???

Saturday, December 12, 2015

Komisyen dari Shopback

Assalamualaikum.

Haha... Lama sungguh Sheila bagi can labah2 bersawang kat sini. Kejap ada, kejap takde. Dah macam biskut pulak. Bila la perasaan rajin nak berbelog ni nak membuak-buak dan akhirnya melimpah ruah.

Ok. Ok. Staight to the point je la. Post Sheila kali ni nak share pasal reward yang baru je Sheila dapat baru2 ni. Huh.. teruja nak berkongsi dengan korang.

Reward ape la tu yek?

Hihi... reward tak banyak mana. Tapi Sheila nak share kat korang jugak. Supaya korang pun boleh dapat reward yg sama mcm Sheila.

Reward ni dari Shopback. First komisyen Sheila dapat dari Shopback. Best sangat2! Shopping shopping lepas tu dapat pulak komisyen.

Actually Sheila dah join dari bulan 10 rasanya. Tapi sebab nak pastikan kesahihannya, Sheila tunggu sampai dah merasa komisen dari Shopback, baru Sheila nak share kat sini.

Apa itu Shopback?



Shopback ni sama macam kita shopping online. Yang bestnya, kita akan dapat komisyen apabila kita buat sebarang pembelian melalui link Shopback. Jumlah komisyen bergantung kepada Online Shop.


Antara Online Shop yang ada dalam Shopback ialah Lazada, Zalora, Qoo10, Groupon, Agoda, Booking.com, dan beratus lagi Online Shop yang boleh korang explore. Huhu... Sesuai sangat untuk orang yang kaki online shopping macam Sheila. Haha!!!

Nak tayang bukti cashback dari Shopback. Walaupun tak banyak. Tapi berbaloi jugak.




Dah lah dapat jimat bila shopping online, tak keluar duit minyak. Lepas tu dapat pulak duit. Best tak? Best tak?

Mestilah BEST!!!

Kalau korang ni memang kaki shopping online macam Sheila ni, memang wajib sangat join Shopback ni. Korang boleh register dulu kat sini. Berbaloi wei...

Ok lah. Nak sambung shopping lagi. Hari ni kan sale 12.12. Rugi kalau tak shopping time ni. Haha...

Monday, September 7, 2015

8 klik saja beli topup di Qoo10

Assalamualaikum...

Senang kan bila semua boleh di hujung jari. Nak beli itu ini semua klik, klik, klik. Then tibggu je barang sampai depan mata kita.

Sheila ni memang kaki shopping online. Dari facebook, Lazada, 11street dan sekarang Qoo10 pulak. Haha... Semua online shopping Sheila nak cuba.

Kali ni Sheila nak share beli topup Celcom secara online di Qoo10.

Sheila memang selalunya beli topup secara online. Biasanya beli melalui Maybank2u, Cimbclicks atau RHBonline. Tapi kali ni Sheila beli topup melalui Qoo10. Senang sangat tau.

Sheila beli topup Celcom10. Harga biasa RM10.60. Sheila guna point dari Qoo10, dapat discount RM1.

Sehingget je??!!!

OK la tu. Dapat jugak harga murah kan. Korang pun boleh dapat harga murah macam tu. Beli je kat Qoo10. Register kat Qoo10, then shopping!




Senangkan! Topup Celcom, Maxis, Digi dan Umobile. Semua ada...

Sunday, May 3, 2015

SEGMEN JOM CATWALK BERSAMA PAPAGLAMZ

Macam biasa, sambil duduk hadap tv layan TV9 cerita Bunga Merah Punya, kita jalan2 blog orang ye. Blogwalking. Join contest. Join giveaway.

Dan hari ni giveaway yang pertama dari Papaglamz.

Nak join klik je banner kat atas tu ye.

Tujuan SEGMEN JOM CATWALK BERSAMA PAPAGLAMZ ini:

  1. Nak cari bloglist yang akan di letakkan di sidebar Papaglamz.com ni.
  2. Nak cari blogger yang bertuah untuk Papaglamz review di dalam blog Papaglam.com ni.
  3. Nak sediakan satu platform mudah buat blogger semua supaya mudah untuk Catwalk (Blogwalking) di Pentas Peragaan (blog) blogger-blogger yang lain.
  4. Menambah follower yang sedia ada dan juga menambah traffik blog sesama blogger.

So, jom join. Kita sama2 support blogger sesama kita.

Thursday, April 30, 2015

First time buat doddle

Hihi.. hari ni Sheila berjaya membuat doddle untuk pertama kalinya. Dan sekali harung membuat blog header untuk belogsheila.

Percubaan pertama yang agak berjaya. Ada gak rupa kiut miut gigurl. Haha... Sheila buat doddle ni guna photoshop je. Memang selalu edit-edit gambar guna photoshop.


Tak apa, lepas ni boleh cuba buat doddle lagi. Practice make perfect! 

Giveaway I AM Keychain by Hidayuayumie

Last minute join GA ni. Kalau korang sempat, boleh gak join. 30April 2015. Sebelum pukul 12 tengah malam ni.

I am SHEILA

Sorry, Sheila tak ada Instagram.