Pages - Menu

Tuesday, December 15, 2015

DIY dapur mainan dari kotak

Assalamualaikum.

Nampaknya penyakit M sheila dah semakin sembuh. Rajin pulak beberapa hari ni nak update belog sheila ni. Alhamdulillah :)

Ha, korang pernah tak ternampak member2 share kat fb pasal kerja2 diy guna kotak? Mesti pernah kan. Sheila ni memang suka bebenor ber diy ni. Idea macam2. Tapi kadang2 tak berkesempatan nak merealisasikan.

Baru2 ni Sheila terRAJIN nak buat sesuatu untuk anak dara Sheila. Ternampak kotak kat opis, terus berangan nak buat dapur mainan untuk diorang.

Idea asal bukan main. Habis menggoogle. Save gambar dapur mainan yang maybe boleh jadik reference Sheila.





Hasilnya...


Ni step 1 kumpul kotak2 yang boleh mix & match jadik dapur mainan.


Step 2  Sheila dah siap potong bahagian bawah untuk buat oven. Lubangkan sebelah nak buat sinki dan dinding dapur tu plan nak buat rak dan tempat gantung. Yang sebelah tu nak buat peti ais. Hihi... tinggi cita2.


Step 3 Sheila cat warna putih. Dania sibuk nak kaler pink. Tapi kat rumah ada cat warna putih je. Tu pun minta worker kat opis, balance diorang cat opis. Hihi.. .

Dania dah excited nak main. So keluarkan jugak la bagi diorang main. Mula2 elok je main masak2, lama2 makin kreatif diorang.



Haha... jadik tempat main sorok2 diorang pulak sampai koyak pintu oven. Sabaw je la.

Plan memang nak cat atau cari kertas pink nak balut dapur tu. Tapi tak sempat lagi. Biarlah diorang main dulu. Nanti repair semula. Haha...

Kalau terlebih rajin, Sheila buatkan yang baru. Tapi rajin ke???

1 comment:

acu yuhan said...

nice sharing.. done folo, folo me back :)