Pages - Menu

Tuesday, October 10, 2017

Selepas setahun...

Assalamualaikum...

haha.. 10.10.2017... hampir setahun menyepi.. tup tup hari ni menaip post kat belogsheila...

Hero Sheila pun dah nak dekat setahun. 21.10.2017 ni genap lah hero saya setahun...

Saya dah beritahu ke nama hero saya siapa? Nama dia Mohamad Fathan Mikael bin Mohamad Farhan. Boleh panggil Mikael, Fat-han atau lagi manja Mika... Tu nama glamour macam dalam drama Tuan Anas Mikael.. Kadang-kadang ada juga yang confius, Fa-than ke Fat-han... Kalau ikut sebutan ayahnya, Fat-han...

Tak apa lah... Sebut la macam mana pun. Janji maksudnya elok-elok belaka.

Gambar tak dapat nak upload sekarang. Sebab tulis post ni kat komputer office. Nanti lain masa saya post ye. Sekali gambar Mak Pak Kakak-kakak dia sekali.. Hehehe...

Ok lah.. Stop sini dulu. InsyaAllah akan cuba merajinkan diri semula ni.

Saturday, October 29, 2016

Gali ilmu kat blog Adlil Rajiah @ Jiji

Assalamualaikum.

Hmm... berhari2 kat hospital ni tak taw nak apa. Tak kan nak tolong doktor ngan nurse kat sini pulak. Nanti tak pasal Sheila kena penyepak kang. Sibuk kerja orang lain. Haha...

So bila dah terlepak je atas katil ni, aktiviti lain selain tido ialah men-scroll henpon la. Dari Whatsapp ke Facebook, lepas tu Lazada, lepas tu Google... Bosan lagi kita selfie ngan baby pulak. Itu jela aktiviti Sheila hari2 kat hospital. Kalau suami datang boleh la bercinta sekejap. Kalau tak, bergosip la dengan mak2 yang lain. Dah nama pun pompuan, gosip tu tak boleh tinggal. Haha...

Antara benda yang Sheila scroll kat Google tentang homescholling. Tetiba rasa nak mendidik anak2 kat rumah pulak. Yela, menghitung cuti pantang nanti, nak jugak ada aktiviti menarik ngan anak2 nanti. Especially Nia. Dia dah nak mula pergi pra-sekolah tahun depan. Sheila da mh register kan dia kat PASTI dekat2 dengan rumah Sheila.

Dan Sheila terjumpa blog yang best, banyak info pasal homescholling dan parenting.

Blog Adlil Rajiah ~ antara blogger yang memang glemer dengan sharing info parenting.

Ok. Sekarang tengah buat reverse osmosis kat blog Rajiah @ Jiji. Nak gali ilmu2 parenting yang lepas2.

Friday, October 28, 2016

Cerita hero saya

Assalamualaikum.

Sambung cerita pasal hero saya...

Malam tu saya kat wad dan baby dalam inkubator. Tak dapat kitorang tidur sewad berkenal2an. Sedih kan... Tak apa lah, janji Sheila tau baby sihat..

22.10.16

Pagi2 lagi Sheila dah bersiap nak naik ke wad 6C, nak tengok baby. Tapi... Sheila dapat tengok kejap je. Tak dapat pegang pun. Sebab Sheila tengah sakit mata. Makin le menyedihkan. Sheila turun semula ke wad. Menunggu doktor meronda, harap2 Sheila boleh discharge la.

Sheila tak ada masalah, dan boleh discharge petang tu. Baby masih lagi kena wad.

23.10.16

Sheila berpantang di rumah mentua, berurut untuk kali pertama. Tak ke hospital hari tu, sebab Sheila still tak ada susu, tak dapat nak hantar ke baby. Sheila pun memang tak boleh pegang baby sebab mata still merah lagi. Risau nya dalam hati ni. Macam mana lah baby kat hospital kan...

24.10.16

Sheila ke hospital. Tengok baby. Alhamdulillah, dapat pegang dan susukan. Dari pukul 11 sampai pukul 4 petang berkepit je la dengan baby. Nurse beritau boleh dapat katil kalau nak wad dengan baby. Baby dah boleh kua dari inkubator. Dah cabut dah segala salur2 getah kat kaki baby. Lega bila tengok baby dah tak ada semua tu. Tapi Sheila kena balik hari tu. Nak settle kan urut lagi 1 kali. And esok boleh lah bersama2 baby wad di hospital.

25.10.16

Sheila datang lagi ke hospital, tengok baby. Berat baby turun 1.6 kg. Kesiannya... Sheila dah ready nak wad dengan baby. Barang2 semua dah bawa. So malam pertama dengan baby. Lega! Tapi menjerit hati ni nak balik. Nak bawa baby balik...

26.10.16

Pukul 5 pagi, siapkan baby. Lap badan, pusat. Susukan. Dan timbang. Naik 1.66 kg. Alahai! Naik sikit je. Takpelah. Janji naik. Kena tambahkan effort menyusu baby lagi...

Baby tak mau tido je. Wake up! Wake up!

28.10.16

Hari yang di tunggu2. Ada timbang hari ni. Lepas ke tak berat baby?

Tapi...

Sedih... 1.73 kg... Lagi 0.02 kg je lagi nak capai berat discharge. Bertuah betul timbang ni. Bagi la berat baby 1.76 kg. Boleh lah Sheila keluar dari hospital dengan senang hati.

Dan sekarang kena overtime nak bagi susu kat baby. Baby tak mau malas2 ye. Tak mau tido je. Nanti berat da ok, ade pulak kuning. Tak mau la ye nak. Semua kat rumah tu tak sabar nak jumpa hero sulung ni. Lagi2 kakak Nia.

So kita tunggu Isnin ni. Harap2 berat baby naik dan naik lagi... Amin...

Friday, October 21, 2016

Selamat datang hero Sheila!

Assalamualaikum.

Lama tak post kat sini. Ada je cerita nak share, cuma asik jadi draft je.. haha..

Tapi hari ni Sheila nak kongsi cerita. Bukan hanya untuk pembaca yang tersinggah kat belogsheila ni. Tapi untuk kenangan sheila sendiri...

Sekarang ni Sheila ni HTAR Klang. Alhamdulillah, Sheila dah selamat melahirkan baby lelaki semalam jam 6.03 petang. Secara normal tapi induce. Berat baby cuma 1.7 kg. Sheila terpaksa admit awal 36w6d sebab baby SGA (boleh baca kat sini) dan air ketuban kurang.

Flashback cerita semalam.

21.10.16 - Sheila ada appoiment dengan pakar untuk buat ultrasound. Ni ultrasound yang ke2. Sebelum ni pada 13.10.16.. Sheila memang ada masalah baby kecil atau SGA.. Nak kata risau, tak jugak. Sebab Medina dulu pun SGA, lahir berat 2.13kg.. Dhaniyah pun tak besar mana, 2.45kg je masa lahir.. Ibu Ayah nya comel, tu yang baka2 sume comel belaka..

Doc beritahu result ultrasound yang saiz baby still kecil 1.9kg je.. dan yang merisaukan air ketuban kurang.. sangat kurang doc kata. So Sheila kena terpaksa di admit segera dan induce untuk paksa bersalin.. YaAllah! Masa tu tak taw perasaan Sheila macam mana. Walaupun anak ke3, tapi nervous still ada. Minggu ke36. Rasa macam awal lagi. Barang nak ke hospital memang da siap. Tapi tak bawa lg. Haha.. kononnya lambat lagi. Refer kes Medina, minggu 38 baru kena admit.

Suami terpaksa balik hantar Dhaniyah dan Medina ke rumah mertua kat Meru dan ambil barang kat rumah. Nasib baik la dekat dengan mertua..

Lebih tragis, henpon Sheila tertinggal dalam kereta masa suami nak balik. Huh.. berkejaran Sheila nak call suami. Nasib baik ada sorang uncle india ni bagi pinjam henpon dia. Dapatlah call suami minta hantar telefon..

Masuk semula ke bilik ultrasound, tunggu nurse untuk bawa masuk ke wad.. siap daftar semua, pkl2 Sheila dah start CTG.. Doc beritahu induce hari ni jugak sebelum pukul 5. Harap2 suami dapat sampai sebelum tu.

3 petang

Doc check bawah. Tiada laluan. Dan terus masuk ubat induce. Kena baring selama sejam. Tak boleh bangun dan kencing.

4.15 petang

CTG semula. Huh.. Masa tu construction da makin kerap. Suami pun da sampai masa tu. Alhamdulillah, suami ada teman masa dah terasa sakit.. Balik semula ke katil. Makan nasi ayam sebab dari tgh hari tak makan lagi. Lapa tapi tak ada selera. Sakit da makin kerap. Makan pun tak habis. Suami beli coklat sneekers. Nak bagi bertenaga. Risau tak makan banyak tadi.

5 petang

Contruction makin kerap. Alhamdulillah, ubat induce ni memang cepat kesannya pada Sheila. Ada orang kadang sampai terpaksa masuk ubat 2 - 3 kali.. lebih kurang 5.15 camtu, Sheila dah terasa ada air keluar. Sheila agak tu air ketuban. Suami panggil nurse, terus kena ke katil CTG. Sepatutnya nak buat CTG lagi dan masukkan apa ntah untuk tambah air ketuban. Doc ingat just leaking. Tapi nurse minta cek jalan. Masa tu kepala dah terasa. Jalan dah bukak 8cm. Huh... terus arahan tolak ke labour room. Suami follow je. Tapi tak dapat masuk. HTAR Klang memang tak benarkan suami masuk kecuali ada kes tertentu.

Sheila di tolak ke labour room. Sampai di labour room Sheila dah bersedia nak bersalin. Check jalan, nurse suruh tahan dulu. Waa.. tak boleh tahan. Rasa nak push je. Nurse stand by alas semua, dan ready untuk push. Push! Push! Rasanya 2 x push. Dan Alhamdulillah baby selamat keluar. Dan lagi2 bersyukur, Sheila dapat baby boy. Memang tak sangka sangat. Sebab semua kata perut Sheila sama macam pregnant sebelum ni. Sheila pun tak alami rasa pregnant yang terlalu berbeza dari sebelum2 ni. Cuma terlebih penat, Sheila ingat tu faktor umur. Dah 3 series la kononnya.. haha.. Baby boy! Mesti suami happy sangat dah ada geng..

Nurse nak keluarkan uri. Check laluan. Nasib baik kali ni langsung tak ada koyak dan tak perlu jahit. Happy nya Sheila. Baby comel sangat 1.7kg..

Tapi sedih :(

Baby Sheila dikategorikan baby pramatang. So terpaksa masuk dalam inkubator. Sheila cuma dapat cium dan lepas tu dah tak tengok lagi... sedihnya!!!

Sambung next post~

Friday, May 13, 2016

Sambal hitam orang Pahang

Assalamualaikum.

Whoooo.... tiup habuk ni banyak sangat da kat belogsheila. Sebulan lebih tak mengupdate. 'Rajin' sangat. Hahaha...

Dan malam ni terlebih rajin.

Siapa kat sini suka makan Sambal Hitam Pahang? Angkat tangan! Sheila suka sangat. Tapi bukan Sheila buat sendiri pun. Order dengan member. Nak buat sendiri? Huh.. tengok resepi pun dah rasa jenuh, apatah lagi nak membuat sambal hitam tu.

Baca share2 dari orang yang dah membuatnya, lama nak merebus belimbing buluh tu. Boleh sampai hitam buntut periuk. Kakngah Sheila pernah buat, dia guna tin susu anak dia. Sebab tak nak periuk hitam. Tu yang terbantut tangan ni nak membuat sambal hitam tu.

So kalau air liur dah meleleh nak makan sambal hitam tu Sheila order je dengan member.

Tayang sikit gambar sambal hitam pahang. Bagi air liur korang meleleh...

Sambal hitam pahang yang sedap dap dap dap - RM 6 untuk 100gm

Sambal hitam pahang vs Sambal ikan bilis rangup
2 2 sedap pedas meletop... Sheila sukaaaaa!

Zoom sambal ikan bilis rangup - RM 7 untuk 100gm

Dua makanan ni sedap pedas meletop ni Sambal hitam pahang dan Sambal ikan bilis rangup ni member Sheila jual. Kalau korang nak rasa boleh je order melalui Sheila. Tak pun tengok kat facebook tauke Sambal sedap pedas meletop ni kat sini.

Mana yang ada area Sungai Buloh boleh pick up kat rumah je. Mana yang luar kawasan, tauke sambal ni boleh pos taw. Dah pusing 1 semenanjung dah Sambal hitam dengan Sambal ikan bilis ni.

Bak kata Dania; "Tak beli, RUGI!!!"

Wednesday, March 16, 2016

Resepi Kuih Lepat Ubi

Assalamualaikum.

Tadi check post2 lama dari belogsheila. Rak sangka, resepi kek pisang tanpa telur paling tinggi jumlah viewer. Ramai yang nak buat kek pisang agaknya. Hihi...

Sheila pun tak sangka gak. Kek pisang yang Sheila buat hari tu, rasa sedap bangat. Rupa kek pisang tu pun cantik je. Dapat pujian dari officemate sheila. Hihi... kembang hati ni.

Kali ni Sheila nak share Resepi Kuih Lepat Ubi.

Kejadian ni berlaku 2 bulan lepas. Masa Sheila balik kampung di Johor cuti raya cina. Ayah ada beli ubi, banyak gak. Separuh Sheila dah rebus malam tu, pekena dengan sambal tumis ikan bilis air tangan mak. Sedapnya!

Lagi separuh ubi ubi tu nak buat apa ye?

Tetiba terlintas kat kepala ni nak buat lepat. Ok jugakkan. Bahan2 semua ada kat rumah. Mula2 mak kata nak buat petang, tapi Sheila dengan adik nak buat cepat sikit, sebab adik nak balik seremban maghrib tu. Takut tak sempat pulak kalau tunggu mak balik dari balairaya.

Semangat sheila google resepi Lepat ubi.

Resepi Kuih Lepat Ubi

Bahan2 nya:

5 cawan Ubi siap blend (kalau rajin korang sagat, kalau tak rajin korang potong kecik2 dan blend.. cara nak cepat, haha!!!)
2 cawan Kelapa parut
1/2 cawan Santan pekat
1 1/2 cawan gula pasir
5 sb Tepung ubi
1 1/4 cawan Gula merah (masakkan dulu dengan 1/2 cawan air dan tapis)
1 sk Esen vanila
Secubit garam
Daun pisang untuk balut.

Cara buat kuih lepat ubi ni tak susah sangat pun. Ok la untuk first timer macam Sheila dengan adik nak buat.

1. Potong kecik2 ubi dan blend.
Tapis ubinya. Air tapis tu jangan buang dulu. Nak ambil mendakan ubi tadi.
Campurkan ubi yang dah tapis dengan mendakan ubi. Gaul sebati.
2. Masukkan kelapa parut, santan, gula pasir, tepung ubi, air gula merah, esen vanila dan garam. Gaul sebati semua. Hampir siap da tu.

3. Potong daun pisang, layurkan dan lap.

4. Masak air untuk kukusan.
5. Mula membungkus kuih lepat ubi. Caranya masukkan 2 sudu besar campuran ubi tadi, dan lipat. Cara lipat ni tak tahu nak ajar macam mana. Korang imagine je lah kuih lepat kat kedai ye. Haha...


6. Habis bungkus semua campuran ubi tadi. Bolehlah kukus selama 40 minit dengan api sederhana.

7. Sejukkan dan dah boleh hidang.

Yeah! Berjaya membuat Kuih Lepat Ubi. Boleh buat lagi lepas ni.



Sunday, March 13, 2016

Komisyen dari SHOPBACK lagi

Assalamualaikum.

Nak share komisyen shopback lagi. Yeah!!! Sheila dah request payout dari Shopback. Komisyen dari Shopback utk kali ke2.

Seronok!

Sambil shopping, dapat jugak sikit komisyen dari Shopback. Sikit sikit lama lama jadi banyak. Sampai tempoh dah boleh redeem, boleh lah request payout. Minimum komisyen yang boleh kita request RM10. Ok la kan.

Pada yang belum register kat shopback. Baik korang cepat register dan mula menyopping melalui shopback. Untung!

Lagi untung kalau korang masukkan email Sheila (sheilamutalib@yahoo.com) dalam bahagian referer. Nanti korang boleh dapat bonus RM5. Kalau tak ada referer, korang takkan dapat bonus tu. Dah rugi...

So, apalagi. Moh le register shopback cepat. Cepat register, cepatlah korang dapat merasa komisyen.