Pages - Menu

Showing posts with label 11street. Show all posts
Showing posts with label 11street. Show all posts

Wednesday, November 18, 2015

Tips berjimat dengan SmartShopper

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak share 1 application kat phone.. Application yang pada saya sangat membantu.. Lebih-lebih lagi dalam urusan kewangan. Yelah sekarang ni harga barang dah semakin mahal, jadi kita kena bijak berbelanja. Nak suruh jangan berbelanja, tak boleh jugak. Sebab kebanyakan barang ni barang keperluan. Nak tak nak, kena beli jugak. So untuk memudahkan pengurusan dan penjimatan duit korang, Sheila cadangkan korang install application SMATSHOPPER dalam Smartphone korang yang canggih tu.

Application ni korang boleh install dari Playstore bagi pengguna Android macam Sheila. Maybe Iphone ada jugak kot application ni. Sheila tak pasti sebab tak guna Iphone. Korang boleh try search ye. Kalau ada, boleh share kat sini.

Application SmartShopper ni bagus tau. Korang boleh check harga barang terkini dan kat mana nak dapat barang dengan harga murah.

*SmartShopper*




Ada banyak pilihan produk yang korang boleh check harga.. Macam harga susu, pampers, kertas, minuman, barang-barang baby dan banyak lagi..



Tengok kat atas ni.. Harga susu di pasaran. Korang bolehlah bandingkan harga-harga susu ni tanpa perlu pergi ke kedai atau shopping complex. Boleh lah korang bandingkan harga dari web shopping online macam Lazada, 11streets, Qoo10, Soukai dan macam2 lagi la. Sekarangkan dah banyak web untuk kita shopping online. So senang la nak buat price comparison.



Yang lagi best, kita boleh juga share harga barang kat tempat kita.. Boleh lah orang lain tahu harga kat tempat kita juga.. Kalau lagi murah dan dekat, bolehlah diorang datang dan beli kat tempat yang kita share ni.. Kita sama-sama dapat berjimat.. Kan.. Kan...

Opss.. Lupa pulak.. Korang nampak tak icon speaker kat atas tu.. Kalau ada apa-apa promotion terkini dari mana-mana shopping complex seperti Tesco, Giant, Econsave ke, SmartShopper ni akan update kat situ.. So korang takkan terlepas maklumat-maklumat harga murah..

Okaylah.. Korang mesti install application ni tau.. Sangat berguna!


P/s: Ni gambar lama. Sheila copy dari blog Shaklee sheila kat shelovevitamin. Sekarang dah berwajah baru. Kalau kerajinan yang melampau, Sheila akan screenshot dan share pada korang ye.

Thursday, August 27, 2015

Jimat 11% + 20% + 30% di 11street

Assalamualaikum...

Korang... ni Sheila nak share ni. Dah lama screenshot. Cuma tak sempat je lagi nak tepek kat sini.

Ingat tak Sheila ada beritahu baru2 ni Sheila dah jatuh cinta kat 11street. Korang boleh baca kisah cinta Sheila kat sini. Tapi ceritanya tak habis lagi.

Kan Sheila ada beritahu 11street sekarang ada bagi voucher. 11%, 20% dan 30%. Ha, amekaw! Banyak kan. Kalau korang shopping dan guna voucher dari 11street ni, confirm boleh jimat banyak.


Macam mana nak dapatkan voucher 11street ni?

Senang je! Korang semestinya kena register dulu kat 11street. Then install app 11street kat smartphone. Korang tunggu jam 11 pagi. Bukak app 11street dan download voucher yang tersedia kat sini. Pilihlah antara 3 voucher yang ada.


Tapi ia nya tertakluk pada terma dan syarat jegak. Korang boleh baca selanjutnya kat website 11street.

Ok lah. Selamat bershopping!

Wednesday, August 19, 2015

Jatuh cinta pada 11street pulak

Assalamualaikum...

Hihi... Cinta ku dah beralih arah.

Pada yang tak tahu, Sheila ni memang kaki shopping online. Dari beli barang kat fb ke blogshop ke, tukar ke Lazada. Dan sekarang dah mula jatuh cinta kat 11street pulak.

Asalnya nak try2 je.

Tapi kan, mula2 masa nak sign in kat 11street agak payah. Bila nak masukkan password je tak lepas. Banyak kali cuba, sampai dah hampir give up. Tapi akhirnya berjaya juga sign in kat 11street.

Bila dah sign in, macam biasa Sheila dapat voucher 10%. Hihi.. dalam kepala dah ada da barang yang nak di beli. Yang best kat 11street ni, 11street kerap tawarkan voucher. Pastu, boleh kumpul point. Point tu nanti boleh di tukarkan jadi voucher atau credit (kalau tak salah la ye. Sheila ni pun baru je berkenalan dengan 11street ni).

Ha, ni Sheila nak promote.

Untuk bulan Ogos ni, 11street ada 2 event yang menarik perhatian Sheila.

1. FREE SHIPPING! Actually ni bukan free ok. Voucher yang ni 11street nak bagi discount RM7 untuk penghantaran. So, kalau cas penghantaran adalah RM7, jadikan 'Free Shipping'. Korang boleh download kat sini ye.


2. Voucher 11%, 20% dan 30%.  Cara nak dapatkan voucher ni, korang kena tunggu pukul 11 pagi. Korang grab la mana voucher yang ada ye, tertakluk pada terma dan syarat.


Sheila dah merasa Voucher 30%, 20% dan 11% ni. Hihi... macam biasa, beli barang yang perlu saja.
Oklah. Korang jangan lepaskan peluang ni. Cepat2 sign in kat 11street. Pastu download lah segala macam voucher yang ada tu ye. 

Ingat! Beli apa yang perlu ye ;)