Pages - Menu

Monday, October 28, 2013

Tewas akhirnya!

Haha... kerajinan aku nak membebel malam ni..

dan malam ni jugak aku tertewas..

Nak tahu tak aku tewas dengan siapa? Huhu.. punyalah aku buat dek je selama ni tengok orang post kat facebook.. last-last malam ni tergatal tangan meng-google Love You Mr. Arrogant !!

Baru je satu episod, tapi dah buat aku rasa nak tengok, tengok dan tengok episod lepas ni.. hero dan heroin aku rasa biasa, tapi macam best pulak jalan ceritanya.. tak pe lah, aku habiskan tengok dulu ye.. dah ending nanti, aku bagi comment aku ye..

Kalau korang nak tengok online, aku suggest korang tengok kat sini.. banyak gak cerita-cerita lain.. Kampung Girl pun aku tengok kat situ taw..

Ok la.. nak tangkap feeling sorang-sorang... :)



Jom Jadi Jenin!

Hi..

Assalamualaikum...

Jom Jadi Jenin? 

Ha.. Korang semua mesti tahu kan cerita pasal Mat Jenin ni.. Selalu sangat orang mengutuk Mat Jenin ni.. Yelah, kononnya kuat berangan je macam Mat Jenin ni, tapi last-last, ending nya dia jatuh pokok...

Tapi korang kena ingat, kalau kita tak berangan dulu, macam mana nak plan tu ini.. mestilah kena berangan dulu.. Macam aku.. Berangan dulu nak jadi kaya..haha... tapi kena lah plan dengan usaha.. barulah angan-angan jadi kenyataan.. tak gitu..


So, meh korang dengor lagu ni.. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.. Selamat berangan ye!




Aku sertakan sekali lirik.. boleh le korang berkaraoke sambil-sambil jadi Jenin...


[Verse 1]

Dengar citer orang dulu jadikan renungan
Pasal sorang mamat kononnya kerja asyik berangan
Baik duduk tengah makan atau petik buah kelapa
Tak habis-habis plan, cita-cita jadi kaya
Hasil petik kelapa dia nak beli banyak ayam
Biar biak jadi ladang pastu takyah jadi khadam
Boleh jadi tuan, cuma urus perniagaan
Perniagaan pun berkembang kaya sebagai balasan
Boleh kahwin puteri boleh dapat penghormatan
Itulah destinasi dia punya kejayaan
Watak tu memang punya perancangan yang cemerlang
Tapi aneh kenapa dia dimatikan terang-terang
Mesti ada sebab untuk kita semua fikir
Bukak mata bukak minda berfikiran kritis sikit
Mat Jenin mati dibunuh bukan sebab berangan
Penjajah tak mau tengok orang kita kehadapan


[Verse 2]

Pe dose Jenin dimati sedemikian
Kite lihat angan2 dia lihat mase depan
Dia ade impian imaginasi penuh visi
Bermula dgn mimpi dia karang strategi
Perancangan da jelas,cume tinggal usehe
Jenin dikebumikan, tak nak kita ikut die
Terkubur angan2 konon buat tauladan
Hidup la org kite,takut nak berwawasan
Dan terus ketinggalan,kabur penuh alasan

Pelan takde rancangan cume hanye bualan

Lihat sudut positif dalam cerita jenin
Impian milik kite klu kenal erti rajin
Imaginasikan hala tuju biar nampak jalan
Biar jelas biar nyata mana kiri mana kanan
Mesti ada sasaran baru kita boleh maju
Kemana hendak pergi tu perlu kita tahu
Kalau takda matlamat, kalau takda wawasan
Itu aku bagi korang sendiri la bayangkan


[Chorus]

Jom jadi Jenin berani berimaginasi
Jangan takut nak bermimpi janji ada usaha skali
Bayangkan semua target bayangkan cita-cita
InsyaAllah realiti, berpihak pada kita


[Verse 3]

Kalau takda angan mana wujud perancangan
Hanya perancangan menjayakan kenyataan
Lihatlah yang berjaya diorang semua punya mimpi
Mimipi bakar semangat azimat dalam diri
Cuba kita bayangkan kalau Jenin terus hidup
Bayangkan kalau semua perancangan dia ikut
InshaAllah berjaya capai semua yang dia cita
Kan lebih baik dari…tak rancang apa-apa
Renung balik hidup, cuba tanya balik diri
Kejayaan hari ni, mesti dulu pernah impi

[Chorus]

Okei.. last..last.. nak ajak lagi korang.. JOM JADI JENIN!

Sunday, October 13, 2013

Jom puasa sunnat Arafah esok...

Di mulakan dengan بسم الله الرحمن الرحيم... Di sudahi dengan  الحمد لله‎...


Hehe.. macam nak bernasyid pulak aku ni..

Ok la.. Tahu tak esok hari apa? Kan sekarang tengah musim haji, dan lusa kita akan sambut Hari Raya Aidiladha @ Raya Qurban.. so, esok adalah 9 Zulhijjah.. Para haji yang sedang tunaikan ibadah haji akan berada di Arafah untuk buat wukuf..

Sebenarnya pada musim haji ni memang banyak kelebihan kalau kita buat baik.. pahalanya memang banyak.. 

Cuma sekarang ni aku nak ajak korang berpuasa sunnat esok.. namanya puasa sunnat Arafah.. kita yang tak berpeluang menunaikan haji ni sangat2 digalakkan berpuasa sunnat Arafah esok..



Niatnya senang je.. baca macam ni ye;


نويت صوم عرفة سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ARAFAH SUNNATAN LILLAHI TA'ALAH
Sahaja aku puasa sunnat Arafah esok hari, kerana Allah Taala


Okei, tu je aku nak share hari ni.. so, apa kata sebelum tidur ni kita niat puasa ye.. moga2 dosa lampau kita di ampunkan.. Amin...





Thursday, October 10, 2013

Bicara hari Jumaat

Hmm.. menggoogle-google ayat besh,terjumpa ayat power ni.. nak kongsikan kat korang...

Jeng..jeng..jeng...

* Jika ada org bicara mengenai kita di belakang, itu adalah tanda bahawa kita sudah ada DI DEPAN...

* Saat org bicara merendahkan diri kita, itu adalah tanda bahawa kt sudah berada di tempat yg LEBIH TINGGI...

* Saat org Bicara dgn Nada iri mengenai kita, itu adalah tanda bahawa kt sudah jauh LEBIH BAIK dr Mereka...

*Saat org Bicara Buruk mengenai kita, padahal kt tidak pernah Mengusik kehidupan Mereka, itu adalah tanda bahawa khidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dari mereka...

Sunday, October 6, 2013

12 "JANGAN" yang perlu dihindari



1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu kian bahagia.


2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.


3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.


4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan...


5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahaminya, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.


6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis. tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.


7. Jangan menunggu projek baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.


8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.


9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah,. bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.


10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.


11. Jangan menunggu kejayaan baru bersyukur. tapi bersyukurlah, maka akan bertambah kejayaanmu.


12. Jangan menunggu berkemampuan baru melakukan, tapi lakukanlah! Kamu pasti berkemampuan!



" Law of the seeds - Apa yang kamu tanam itulah yg akan kamu tuai "



sumber: unknown (penulis asal kata-kata di atas, credit untuk anda)
credit: http://meniti-hari.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...