Pages - Menu

Sunday, October 13, 2013

Jom puasa sunnat Arafah esok...

Di mulakan dengan بسم الله الرحمن الرحيم... Di sudahi dengan  الحمد لله‎...


Hehe.. macam nak bernasyid pulak aku ni..

Ok la.. Tahu tak esok hari apa? Kan sekarang tengah musim haji, dan lusa kita akan sambut Hari Raya Aidiladha @ Raya Qurban.. so, esok adalah 9 Zulhijjah.. Para haji yang sedang tunaikan ibadah haji akan berada di Arafah untuk buat wukuf..

Sebenarnya pada musim haji ni memang banyak kelebihan kalau kita buat baik.. pahalanya memang banyak.. 

Cuma sekarang ni aku nak ajak korang berpuasa sunnat esok.. namanya puasa sunnat Arafah.. kita yang tak berpeluang menunaikan haji ni sangat2 digalakkan berpuasa sunnat Arafah esok..



Niatnya senang je.. baca macam ni ye;


نويت صوم عرفة سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ARAFAH SUNNATAN LILLAHI TA'ALAH
Sahaja aku puasa sunnat Arafah esok hari, kerana Allah Taala


Okei, tu je aku nak share hari ni.. so, apa kata sebelum tidur ni kita niat puasa ye.. moga2 dosa lampau kita di ampunkan.. Amin...





No comments: