Pages - Menu

Tuesday, June 30, 2015

Ohsem nya Jun 2015

Promo Shaklee datang lagi. Macam biasa setiap bulan, Shaklee mesti nak bagi SIHAT dan JIMAT.

Lagi special bulan Jun ni, Shaklee bagi EXTRA... Ha, EXTRA apa tu?

EXTRA CANTIK!!! Kan dah nak raya... Opsss... Puasa pun belum lagi ye. Hihi...


Anda nak cantik?


PROMOSI  RAYA OHSEM!

Khas untuk kulit cantik berseri glowing di pagi raya.

1. Vitamin C untuk kesihatan kulit dan melambatkan penuaan

2. Vitamin E untuk mengurangkan garis halus,kedut, parut dan jerawat.

Nak tahu lebih banyak lagi khasiat Vitamin C dan Vitamin E ni, korang boleh klik je kat point no 1 dan 2 yang kat atas tu ye.

Kalau nak terus order, meh le PM Sheila. Kite sharing-sharing cerita.

Korang nak cantik tak?


Wednesday, June 17, 2015

Marhaban ya Ramadhan

Assalammualaikum...

Sempena bulan yang mulia  ini Sheila mohon maaf kalau2 ada melakukan kesalahan dan kesilapan tertulis ke tercomment ayat2 yang tak sepatutnya sepanjang Sheila berblog ni. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas...




Salam ramadhan untuk semua :)

Sunday, June 14, 2015

Resepi Kuih Ketayap gebu

#kongsiresepi

Hari ni Sheila nak share 1 resepi kuih tradisional, namanya Kuih Ketayap. Kuih Ketayap ni bukan Sheila yang buat. Ex-offimates yang buat. Dia share kat facebook. Geram Sheila tengok. Gebu-gebu...

Sheila pulak share kat sini. Senang. Kalau bila2 terasa nak buat kuih Ketayap ni, Sheila godek je la kat belogsheila ni.

Bahan2 untuk membuat Kuih Ketayap yang gebu:
1cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
Segenggam kelapa parut ( tak letak pun tak pe or leh ganti ngan santan cuma kurang kan sukatan air kepada 1 cawan )
Telur sebiji
Daun pandan
1 sudu kecik garam
1 sudu besar minyak masak
Pewarna hijau

Cara nak buat Kuih Ketayap ni mudah je,
Blender semua bahan di atas kemudian tapis, lenser minyak sikit kemudian letak adunan buat macam lempeng tapi lebih nipis buat sampai habis.

Selamat mencuba!


Note: Cara buat inti kelapa tu, member tak share pulak. Sebabnya tu extra inti kelapa dari dia buat roti / bun. Nanti Sheila risik2 resepi kat dia lagi.

Wednesday, June 10, 2015

Jalan-jalan cari Sotong Goreng di Morib

Ish.. ish.. apa lah nak jadi dengan Sheila ni. Asyik draft je, tapi tak publish-publish gak..

Actually post ni Sheila dah draft dari bulan lepas. Tapi last-last tak post gak. Teruk betul perangai semenjak 2menjak ni...

Oklah. Korang bacalah terus ye apa yang Sheila membebel hari tu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Berkesempatan hari ni nak share cerita.

Ahad lepas hari tu, Sheila ada kenduri kat rumah makngah en.suami kat Andalas Klang. Alang2 dah terlajak ke Andalas ni, ok gak kalau lajakkan terus ke Morib. Kitorang pun dah lama tak mencuci mata kat sana.

Perjalanan Andalas ---->> Morib mengambil masa dalam sejam lebih gak. Bergantung kepada cara pemanduan pemandu korang dan juga keadaan lalulintas ye.

Sebenar-benarnya Sheila dah lama merancang nak pergi ke Morib ni. Semuanya gara-gara dah tergoda dengan gambar sotong goreng yang officemate tayang kat Sheila minggu lepas. Dapat juga Sheila merasa sendiri sotong goreng yang crunch ala-ala ayam Uncle Bob.

Sedap wei!!! Puas hati. Harga nya pun tak lah mahal sangat. Berbaloi lah datang Morib dapat pekena sotong goreng ni.

Ha, ni Sheila ada tepek kan gambar masa kat Morib. Jemput tengok ye :)

Banyak yang dah berubah kat Morib. Seronok!
Memulakan misi UTAMA ke Morib
Sotong goreng XXL berharga RM12 sepinggan dan air mangga gelas besar (yang ni tak ingat berapa harga)
Driver tercinta nak pekena tahu bakar. Layan kan je lah, kalau tak kena tinggal nanti...


Dah habis makan, kitorang pun bergerak balik. Huh... Puas hati!
Misi MORIB berjaya!

Next time kita pergi jalan-jalan Morib lagi ye :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...