Pages - Menu

Wednesday, June 10, 2015

Jalan-jalan cari Sotong Goreng di Morib

Ish.. ish.. apa lah nak jadi dengan Sheila ni. Asyik draft je, tapi tak publish-publish gak..

Actually post ni Sheila dah draft dari bulan lepas. Tapi last-last tak post gak. Teruk betul perangai semenjak 2menjak ni...

Oklah. Korang bacalah terus ye apa yang Sheila membebel hari tu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Berkesempatan hari ni nak share cerita.

Ahad lepas hari tu, Sheila ada kenduri kat rumah makngah en.suami kat Andalas Klang. Alang2 dah terlajak ke Andalas ni, ok gak kalau lajakkan terus ke Morib. Kitorang pun dah lama tak mencuci mata kat sana.

Perjalanan Andalas ---->> Morib mengambil masa dalam sejam lebih gak. Bergantung kepada cara pemanduan pemandu korang dan juga keadaan lalulintas ye.

Sebenar-benarnya Sheila dah lama merancang nak pergi ke Morib ni. Semuanya gara-gara dah tergoda dengan gambar sotong goreng yang officemate tayang kat Sheila minggu lepas. Dapat juga Sheila merasa sendiri sotong goreng yang crunch ala-ala ayam Uncle Bob.

Sedap wei!!! Puas hati. Harga nya pun tak lah mahal sangat. Berbaloi lah datang Morib dapat pekena sotong goreng ni.

Ha, ni Sheila ada tepek kan gambar masa kat Morib. Jemput tengok ye :)

Banyak yang dah berubah kat Morib. Seronok!
Memulakan misi UTAMA ke Morib
Sotong goreng XXL berharga RM12 sepinggan dan air mangga gelas besar (yang ni tak ingat berapa harga)
Driver tercinta nak pekena tahu bakar. Layan kan je lah, kalau tak kena tinggal nanti...


Dah habis makan, kitorang pun bergerak balik. Huh... Puas hati!
Misi MORIB berjaya!

Next time kita pergi jalan-jalan Morib lagi ye :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...