Waaa.. tajuk post macam dapat sponsor dari Umobile je.
Actually dah lama Sheila nak story pasal Umobile ni. Sheila dah beralih arah ke line Umobile. Lebih kurang 3 bulan. Dari asalnya Celcom tukar ke Digi, tukar semula ke Celcom dan sekarang ke Umobile. Nombor Sheila masih kekalkan nombor lama, sebab sayang kan nak tukar2 nombor lain. Nanti susah kawan-kawan lama nak contact. Lagi la sekarang ni dah kerja, tak ada lah nanti client tak dapat nak cari.
Selepas 3 bulan bertukar ke Umobile ni, Sheila rasa setakat ni sangat puas hati dengan servis yang Umobile bagi. Pakej line Umobile yang murah dan berbaloi. Ada banyak pakej tau. Paling murah pakej U28. Ni husband Sheila pakai. Sheila pakai pakej Hero atau P70. Pakej2 ni masing2 ada dapat sms atau minit panggilan percuma.
![]() |
| Yang ni Sheila dapat masa nak tukar ke Umobile. So sheila pilih pakej P70. Bolehlah bergayut lama2. |
Macam mana nak pastikan nombor kita dah tukar ke Umobile?
Ha, nanti bila Umobile dah sumbit ke syarikat telco asal kita, Umobile akan bagi sms dan telco yang lama pun akan bagi sms. Korang boleh lagi guna simkad lama sehinggalah line tak dapat. Bila dah tak dapat line tu maknanya dah tamatlah servis telco lama tu. Korang bolehlah masukkan simkad baru Umobile yang korang dapat hari tu. Dan gunalah line Umobile dengan penuh keseronokkan!!!...
Kalau korang tak sempat nak ke Pusat Servis Umobile, korang still boleh tukar ke Umobile tau. Boleh daftar di website Umobile. Ada step-step untuk daftar secara on9. Kalau tak salah, Umobile akan pos simkad baru ke kita. Atau kita boleh beli simkad baru Umobile di mana-mana kedai dan daftar secara on9 untuk kekalkan nombor lama.
Kalau korang rasa musykil atau was-was, korang boleh call Servis Centre Umobile atau email. InsyaAllah diorang akan reply.
Macam mana nak bayar bil Umobile?
Yang ni Sheila share lain kali ye. Tapi make sure korang tukarlah ke Umobile ni. Puas hati sangat!!!
Sheila bagi 5 bintang ***** !




