Pages - Menu

Saturday, December 27, 2014

Hashtag: Pray for pantai timur

Okei.. Done blogwalking untuk hari ini...

Comment-comment semua pun Sheila dah reply. Kalau ada yang terlepas pandang, esok lusa Sheila cek lagi ye... (Ceh, macam ramai je yang comment awak)(Tak apelah, sikit-sikit lama-lama jadi ramai...)

Hari ni member Sheila di UTM dulu update berita pasal banjir di pantai timur. Actually dia orang Kelate dan 2 hari lepas balik ke Kelantan untuk hantar sumbangan dari kawan-kawan officemate dia.

Kata member saya, banjir di pantai timur kali ini agak teruk dan tak pernah berlaku macam sekarang. Sebabnya kawasan rumah dia yang di kategorikan kawasan tinggi dan tak pernah banjir, air telah mula naik. Dari hari Khamis dia sampai Kelantan, air sungai dan parit memang dah mula nak melimpah. Malam tu dia kata terpaksa alihkan kereta, sebab air dah nak sikit. Dan semalam dia update lagi, air dah naik sampai buku lali. Tengah nak sibuk diorang nak selamatkan barang-barang penting, air dah paras lutut. Cepat betul air naik. Takutnya dengar berita tu.


Itu yang di kawasan rumah member Sheila. Belum lagi yang update kat tv, fb, internet. Macam mana lah keadaan diorang kan. Kesian sangat.

Nak bantu diorang kat sana, kita tak mampu. Apa yang dapat, kita doakan keselamatan mereka kat sana.

Pada yang ingin memberi sumbangan, Sheila ada dapat beberapa pihak yang ada buat kutipan untuk kumpul dan salurkan sumbangan pada mereka. Harap dapatlah serba sedikit membantu mereka.



#prayforpantaitimur

Bisnes kad murah-murah

Alhamdulillah.. satu lagi jalan rezeki Allah beri pada saya. Bumi Allah ni luaskan. Macam-macam jalan rezeki kita boleh cari. Antara nak atau tidak je.

Syukur juga. Sekurang-kurangnya dengan ilmu design yang saya belajar dalam bidang landskap, saya boleh explore pada bidang-bidang lain juga. Cuba mempelbagaikan peluang dengan ilmu yang ada.


Kepada kawan-kawan yang ada memerlukan kerja-kerja design and printing macam bisnes kad, flyers, kad kahwin, banting, banner, booklet atau apa saja yang seangkatan dengannya, bolehlah roger-roger saya ye. InsyaAllah saya akan cuba beri servis yang terbaik.

Untuk pembukaan bisnes baru ni, saya nak bagi SPECIAL PRICE untuk 10 orang yang terawal.

Wednesday, December 24, 2014

Wahai bumi telanlah airmu, Dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu

SAYA MOHON KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN....MOHON DOAKAN KESELAMATAN KAMI WARGA KG RUSILA MARANG TERENGGANU. ..supaya OMBAK LAUT CINA SELATAN INI BIARLAH REDA SIKIT.... SEKARANG INI AIR SEPERTI DAH NAK MACAM TSUNAMI... YA ALLAH... AMPUN DOSA KAMI... PIHAK BOMBA TENGAH BERJAGA JAGA SEKARANG INI...

*paste dr grup cikgu marang


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmaniarrahiim....

"Wahai bumi telanlah airmu, Dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Aminn ..
Suruh Hud 44

Ya Allah.. Redakan la bencana yang kami alami. Lindungi la kami semua. Elakkan la dari berlaku bencana-bencana yang lebih besarr dari biasa..
Kasihani la kami semua Ya Allah.. Sesungguhnya engkau la penentu segalanya..
Bantulah kami mangsa-mangsa bencana alam. Kami bermohon kepadamu. Engkau lah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Makbulkan lah doa kami Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin..





Kawan-kawan semua...share la doa-doa ni kepada rakan-rakan yang lain..supaya ramai yang mengaminkn doa ni..semoga dimakbulkan...

Resepi Sambal Udang senang dan sedap

Pergh.. cerita pasal sambal udang ni buat saya rasa lapar pulak. Memang sedap kan. Lagi-lagi kalau dapat makan dengan nasi lemak panas-panas. Memang terangkat habis.

Actually ni menu saya 2 hari lepas. Cik abang beli udang. Teringin nak makan le tu. Kalau makan kat luar, confirm harga mahal.

Oleh kerana saya ni isteri bekerjaya (cewah), kalau boleh saya nak cari kaedah memasak sambal udang yang paling senang, ringkas dan sedap. 

Kalau korang pun sama macam saya, meh cuba resepi ni. Campak- campak je. Senang! Sedap!

Bahan-bahan untuk Sambal Udang senang dan sedap:
  • Udang
  • Cili kisar
  • (saya memang dah prepare awal. Senang nak masak bila-bila masa je)
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Belacan
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak


Cara membuat Sambal Udang yang senang dan sedap:
  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak dan cili tu masak ye. Lama sikit pn tak apa.
  3. Masukkan belacan dan bawang putih. Kacau sebati.
  4. Masukkan bawang besar. Biar sampa hampir layu.
  5. Masukkan air sedikit. Ikut korang kalau nak berkuah, boleh air lebih.
  6. Masukkan garam dan gula. 
  7. Dah mendidih, baru masukkan udang. Udang tak perlu masak terlalu lama.
  8. Try rasa dulu. Kalau dah rasa sedap, boleh matikan api dan hidang.



Nyum nyum... Makan dengan nasi panas-panas mesti sedap giler kan.

Selamat mencuba!

Nikmat Allah itu luas

Hari ni saya nak berkongsi Tazkirah dari seorang kawan saya...

Kadangkala,
Allah sukarkan jodoh kita,
Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata.

Kadangkala,
Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
Tetapi Dia rezekikan suami /isteri yang memahami serta menerima kita apa adanya.

Kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan suami/ isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata.

Kadangkala,
Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka.

Dan kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang ada (di atas),
Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadaNya.

Dan ada juga ketikanya,
Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha.

Subhanallah,
Nikmat Allah itu luas. 

Kadangkala,
Tidak terjangkau dek akal fikir,
Namun membuat kita kerdil saat kita menyedarinya,
Lalu tinggal kita yang harus memilih,
Mahu menjadi orang biasa-biasa,
Atau menjadi Hamba Allah yang luar biasa,
Yang lebih kaya hati dan jiwanya berbanding emosinya...


Saturday, December 20, 2014

Cekodok pisang rangup

Sarap apa tadi?

Hari ni saya buat cekodok pisang. Mentua saya bagi pisang hari tu, tapi masing-masing tak makan. Last-last pisang tu lembik. So bila dah lembik, buat cekodok  pisang lah jawabnya.

Cekodok pisang kali ni saya buat special sikit. Hihi.. Penambahan satu bahan. Saya ada baca kat satu blog ni. Lupa pulak yang mana. Kalau ingat nanti saya bagi link ye.

Selalu kalau korang buat cekodok pisang ada masukkan soda bikarbonat tak? Kalau mentua saya ada. Kalau style mak saya pula tak ada. Memang pure rasa pisang tu.

Yang ni pulak style baru buat cekodok pisang.

Korang tak perlu masukkan soda bikarbonat, tapi tukarkan kepada margerin. Bukan hanya ia kembung dengan cantik, tetapi rangup. Yang penting cekodok pisang ni tak serap banyak minyak.


Bahan-bahan untuk Cekodok Pisang Rangup:

Pisang - anggaran 6 biji
Tepung setengah cawan
Marjerin 2 sudu
Gula 3-4 sudu
Minyak untuk goreng tenggelam.

Caranya:

Lenyekkan pisang dengan menggunakan tangan.
Masukkan marjerin dan gula. Gaul lagi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Biarkan sekejap anggaran setengah jam untuk mencairkan gula. (Lagi cantik kalau di biarkan semalaman)
Panaskan minyak dan goreng. Pastikan semasa goreng cekodok pisang tu tenggelam. Baru boleh dapat cekodok kembung.

Friday, December 19, 2014

RON95 dan diesel dijangka turun bawah RM2 seliter mulsi 1 Januari

Benarkah?


Mesti ramai yang suka berita ni. Harapnya memang turunlah harga minyak ni. 

Dari apa yang saya tahu (hihi.. ada gak google pasal ekonomi dunia), pengeluar minyak dunia iaitu negara Arab Saudi tak nak menghentikan pengeluaran. Walaupun sekarang ni permintaan minyak kurang. So bila production melebihi demand, harga akan jatuh. Itu yang terjadi pada harga minyak dunia. 

Dengan kejatuhan harga minyak dunia, semestinya kerajaan Malaysia turut berpeluang untuk menurunkan harga minyak di Malaysia. Kan? Kita sebagai rakyat dapat gak merasa kesan kejatuhan harga minyak ni dengan riang gembira.

Tapi... dengan penurunan harga minyak, adakah harga barang akan turun?

Yeah!! Roti panas-panas dari oven.

Tercapai pun hasrat saya nak membuat rroti. Yeah!!! Saya ni bukannya pandai sangat baking-baking ni. Saja suka-suka je. 

So hari ni lapang sikit. Dapatlah saya membuat roti. Resepi ni saya google dari sebelum bersalin lagi. Niat nak meroti ni dah lama. Cuma asyik terbantut je.

Dan malam ni dapatlah kami supper roti yang panas-panas dari oven.

Adik saya kata rupa roti ni scary. Haha... Tak kisahlah. Janji rasanya sedap. Nyum nyum... 

Resepi roti simple
C&P dari kak zalinzarina.

250gm tepung roti / high protein
50gm margerin (saya guna marjerin Pelangi)
50gm gula kastor
1 sk yis kering
1/2 sk bread improver
1 sk tepung susu / susu pekat
1/2 sk garam halus
1 biji telur gred B
105 ml/gm air suam (kalau uli guna mixer, guna air sejuk ye)

Cara-cara membuat roti:

Masukkan semua bahan-bahan dalam 1 bekas kecuali air, yis dan gula.
Sebelum tu kita kena bancuh air suam dan gula. Lepas tu baru letak yis. Kacau dan biar hingga berbuih..
Pastu kita masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi. Gaul rata. Kemudian kita keluarkan dan uli kat atas dulang...kalau kat rumah ada meja aluminium atau meja marmar lagi senang uli kat atas tu aje..tapi kalau takde, uli atas dulang pun boleh juga... uli guna tangan lebih kurang 5 minit.
Pastu tutup dengan plastik. Biarkan selama 30 minit..
Lepas 30 minit, doh pun dah kembang..
Bulat-bulatkan doh...lumurkan tangan dengan sedikit tepung untuk bagi tak melekat sangat kat tangan dan nak bagi doh tu nampak licin.
Bentukkan roti mengikut citarasa dan kreativiti korang. Kalau nak letak inti atau hotdog pun boleh.
Dah siap bentukkan, boleh susun dalam loyang yang dah dilengserkan dengan margerin. Tutup loyang dan biarkan selama 45minit - 1 jam..
Untuk sapukan atas doh tu, guna 1 biji telur campurkan 2 sudu besar air atau susu segar.
Bila doh dah kembang baru kita sapukan bancuhan telur tadi.
Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 18 darjah celcius atau mengikut kesesuaian suhu oven masing-masing..
Bila dah keluarkan dari oven, kita terus sapukan dengan sedikit margerin untuk bagi nampak berkilat..
Kalau rasa taknak makan habis, kita boleh simpan masuk bekas atau masuk dalam plastik dan selotepkan... macam kat kedai tu kan... 

Selamat Mencuba :)



Monday, December 15, 2014

Spend time sekejap baca ni ye..

Perkongsian untuk semua,


KIAMAT menurut Agama Islam di tandai dengan:
  • Kemunculan Imam Mahdi
  • Kemunculan Dajjal
  • Turunnya Nabi Isa (AS)
  • Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
  • Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
  • Pintu pengampunan akan ditutup
  • Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar,-benarnya
  • Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati sehingga mereka tidak perlu mengalami tanda-tanda kiamat lainnya
  • Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
  • Kemusnahan/runtuhnya Kabah
  • Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
  • Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
  • Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

         
Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
          "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku  buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
  

Allah berfirman : 
"jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
         
Itulah yg dimaksud dajjal yang bermata satu, hanya memikirkan duniawi daripada akhirat.


Wednesday, December 10, 2014

The BIG 12.12!

Yeah! Dapat email dari Lazada. Actually saya dapat email ni 5hb yang lepas. Baru hari ni dapat share.

Nak tau news apa yang Lazada nak btaw?



Revolution 12.12

Ingat tak Lazada pernah buat Revolution 11.11. Masa tu Lazada buat sale besar-besaran. Diskaun hingga 90%. Memang berbaloi la siapa yang shopping masa tu.

Kali ni Lazada buat Revolution 12.12 pula. So pada yang terlepas peluang 11.11, boleh grab pada 12.12 ni ya. Sehari je lagi.

Special untuk kengkawan belogsheila, saya nak share voucher istimewa.

Voucher Big 12.12

Voucher Code: 1212LAZ25
Voucher Amount: RM 25
Minimum Spend: RM150
Validity: 12.12

Pada yang nak shopping tu bolehlah guna voucher Lazada ni ye.

Kita shopping!

Lazada ooo Lazada

Siapa pernah shopping kat Lazada?

Angkat tangan!!!

SAYA!!!

Dah banyak kali gak saya shopping kat Lazada ni. Dah beribu gak habis. Hehe... Banyakkan..

Bukan saya kaki shopping pun. Tapi beli sebab keperluan. Lagi pun harga di Lazada ni memang murah after saya buat survey kat kedai-kedai.

Nak tau saya beli apa?

First saya beli wardrobe dan pampers Drypers Newborn.

Kalau nak tengok wardrobe yang saya beli ni, boleh tengok kat sini. Saja beli style wardrobe yang boleh buka pasang. Senang kalau nak pindah.

Yang pampers ni saya beli untuk baby baru. Antara checklist barang-barang bayi. Harga kat Lazada ni murah. Tu yang saya beli kat Lazada.

Pengalaman membeli kat Lazada?

Hmm.. Dari hasil pembelian saya yang pertama kat Lazada ni, agak puas hati.

Agak puas hati je?

Yelah. Saya dapat barang lambat sangat. Tu yang agak puas hati. Wardrobe saya dapat cepat. Cuma pampers yang lambat. Risau gak masa tu, takut tak sempat sampai sebelum saya bersalin. Bila saya call Lazada, baru saya tau pampers tu out of stock, dalam proses restock. Diorang akan update bila stok pampers tu sampai dan akan terus deliver pada saya.

Nasib baik selepas seminggu pampers tu pun sampai. Lega rasa. Dapatlah baby baru merasa.

Walaupun hanya 'agak puas hati' dengan servis Lazada ni. Tapi saya tetap bershopping lagi kat Lazada.

Apa lagi saya beli?

Hehe... Nanti saya share ye.

Kalau korang nak shopping kat Lazada ni, saya suggested. Banyak promosi tau. Harga boleh tahan murah. Lagi-lagi bila Lazada ada buat promotion. Macam promotion 11.11 bulan lepas. Dan bulan ni nantikan promosi 12.12 pula ye.

Oklah... Selamat bershopping kat Lazada :p

Sunday, December 7, 2014

Ikan cencaru di laut hitam

Ye ke ikan cencaru kat laut hitam?

Laut hitam? Ada ke? Saya pun tak tau...

Haha... Tajuk je gempak...

Sebenarnya nak share lauk Ikan Cencaru Masak Kicap je...

Biasalah hujung minggu, saya memang jarang ada di rumah. Kalau tak balik kampung di Tangkak, kami mesti balik ke Meru. Rumah mertua saya. Sebab dekatkan. So agak kerap kami balik sini.

Penuh jadual kondangan* mentua saya. Malam tadi saja ada 2 rumah. Siang ni ada lagi 3 rumah. Biasalah hujung tahun, ramailah yang busy nak mengawan* (hihi.. macam kasar je bahasa)...
Dan sebelum mentua saya keluar, sempatlah dia merasakan air tangannya yang sedap tu. Maka terhasillah Ikan Cencaru Masak Kicap.

Resepinya mudah saja. Potong, potong, potong dan campak. Orang yang tak pakar macam saya pun boleh buat. Apatah lagi korang yang dah tahap chef kan.


Bahan-bahan untuk resepi Ikan cencaru masak kicap:

Bawang besar
Bawang putih
Halia
Cili padi (pada yang nak pedas, boleh letak lebih ye)
Bunga lawang
Kicap manis Jalen
Saus manis ABC
Ikan cencaru (di salut kunyit dan garam untuk digoreng)
Garam secukup rasa
Minyak masak

Caranya;

Hiriskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi. Satukan dalam satu mangkuk bersama-sama dengan bunga lawang.
Goreng ikan cencaru yang dah di salut kunyit dan garam. Goreng sehingga masak dan garing. Ketepikan dalam pinggan berlainan.
Keluarkan lebihan minyak goreng ikan tadi.
Masukkan bawang, halia, cili dan bunga lawang. Biarkan sekejap sampai semuanya layu.
Masukkan saus manis ABC dan kicap manis Jalen.
Masukkan ikan cencaru yang dah di goreng.
Masukkan sedikit air bagi yang suka berkuah dan garam secukup rasa.
Biarkan ia masak. Cuba rasa sikit. Kalau dah sedap tu, boleh tutup api dan hidang.


Oklah.. Nak menjamu selera. Untuk korang saya jamu gambar ni... Sedapmya... Nyum Nyum Nyum!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...