Pages - Menu

Saturday, December 20, 2014

Cekodok pisang rangup

Sarap apa tadi?

Hari ni saya buat cekodok pisang. Mentua saya bagi pisang hari tu, tapi masing-masing tak makan. Last-last pisang tu lembik. So bila dah lembik, buat cekodok  pisang lah jawabnya.

Cekodok pisang kali ni saya buat special sikit. Hihi.. Penambahan satu bahan. Saya ada baca kat satu blog ni. Lupa pulak yang mana. Kalau ingat nanti saya bagi link ye.

Selalu kalau korang buat cekodok pisang ada masukkan soda bikarbonat tak? Kalau mentua saya ada. Kalau style mak saya pula tak ada. Memang pure rasa pisang tu.

Yang ni pulak style baru buat cekodok pisang.

Korang tak perlu masukkan soda bikarbonat, tapi tukarkan kepada margerin. Bukan hanya ia kembung dengan cantik, tetapi rangup. Yang penting cekodok pisang ni tak serap banyak minyak.


Bahan-bahan untuk Cekodok Pisang Rangup:

Pisang - anggaran 6 biji
Tepung setengah cawan
Marjerin 2 sudu
Gula 3-4 sudu
Minyak untuk goreng tenggelam.

Caranya:

Lenyekkan pisang dengan menggunakan tangan.
Masukkan marjerin dan gula. Gaul lagi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Biarkan sekejap anggaran setengah jam untuk mencairkan gula. (Lagi cantik kalau di biarkan semalaman)
Panaskan minyak dan goreng. Pastikan semasa goreng cekodok pisang tu tenggelam. Baru boleh dapat cekodok kembung.

6 comments:

LYAfrina said...

mesti sedap ni..
biasa buat x letak planta pom..blh cuba buat ni

Blog Santai said...

cantik...bolehlah cuba ni..kita tak suka sangat makan cekodok ni coz selalunya banyak minyak..

sheila mutalib said...

Try Lya.. Jgn tak try.. mmg sedappp..

sheila mutalib said...

Aah.. dulu sy bt pun serap myk.. tp yg ni mmg tak serap.. rangup pulak tu..

Papaglamz said...

Waaaaaa... Genus2 jer.. X macam Papaglamz punyer... Hitam legam..

sheila mutalib said...

Hihi.. Genus tu ape papaglamz?