Pages - Menu

Wednesday, November 18, 2015

Tips berjimat dengan SmartShopper

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak share 1 application kat phone.. Application yang pada saya sangat membantu.. Lebih-lebih lagi dalam urusan kewangan. Yelah sekarang ni harga barang dah semakin mahal, jadi kita kena bijak berbelanja. Nak suruh jangan berbelanja, tak boleh jugak. Sebab kebanyakan barang ni barang keperluan. Nak tak nak, kena beli jugak. So untuk memudahkan pengurusan dan penjimatan duit korang, Sheila cadangkan korang install application SMATSHOPPER dalam Smartphone korang yang canggih tu.

Application ni korang boleh install dari Playstore bagi pengguna Android macam Sheila. Maybe Iphone ada jugak kot application ni. Sheila tak pasti sebab tak guna Iphone. Korang boleh try search ye. Kalau ada, boleh share kat sini.

Application SmartShopper ni bagus tau. Korang boleh check harga barang terkini dan kat mana nak dapat barang dengan harga murah.

*SmartShopper*




Ada banyak pilihan produk yang korang boleh check harga.. Macam harga susu, pampers, kertas, minuman, barang-barang baby dan banyak lagi..



Tengok kat atas ni.. Harga susu di pasaran. Korang bolehlah bandingkan harga-harga susu ni tanpa perlu pergi ke kedai atau shopping complex. Boleh lah korang bandingkan harga dari web shopping online macam Lazada, 11streets, Qoo10, Soukai dan macam2 lagi la. Sekarangkan dah banyak web untuk kita shopping online. So senang la nak buat price comparison.



Yang lagi best, kita boleh juga share harga barang kat tempat kita.. Boleh lah orang lain tahu harga kat tempat kita juga.. Kalau lagi murah dan dekat, bolehlah diorang datang dan beli kat tempat yang kita share ni.. Kita sama-sama dapat berjimat.. Kan.. Kan...

Opss.. Lupa pulak.. Korang nampak tak icon speaker kat atas tu.. Kalau ada apa-apa promotion terkini dari mana-mana shopping complex seperti Tesco, Giant, Econsave ke, SmartShopper ni akan update kat situ.. So korang takkan terlepas maklumat-maklumat harga murah..

Okaylah.. Korang mesti install application ni tau.. Sangat berguna!


P/s: Ni gambar lama. Sheila copy dari blog Shaklee sheila kat shelovevitamin. Sekarang dah berwajah baru. Kalau kerajinan yang melampau, Sheila akan screenshot dan share pada korang ye.

1 comment:

Aju Mohit said...

mudah semuanya hujung jari je kan sheila

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...