Pages - Menu

Wednesday, April 15, 2015

Tips simpan dan susun EBM

Alhamdulillah...

Syukur sangat2. Rezeki Medina. Dah hampir penuh freezer yang Sheila khaskan untuk stok susu EBM.

Selalunya setiap awal bulan Sheila akan mengemas stok susu. Cuma bulan ni terlambat pulak.




Tips menyimpan stok susu ibu / EBM
  1. Check kuantiti susu EBM yang nak di simpan / disejukbeku. Biasanya Sheila akan pastikan ada 12oz susu. So senang nak simpan dalam Autumnz milk storage 12oz dan tak membazir ruang.
  2. Dah cukup 12oz boleh lah simpan dalam Autumnz milk storage 12oz. Gunting bahagian atas plastik dan bukak double ziplock.
  3. Tuang susu dengan penuh berhati-hati. Jangan tumpah, membazir taw.
  4. Ketipkan double ziplock Autumnz milk storage. Pastikan ia nya telah rapat. Try terbalikkan susu.
  5. Masukkan susu tadi di bahagian atas freezer. Letak secara baring supaya ia meleper.
  6. Biarkan kurang lebih 2 hari. Pastikan susu dah beku, asingkan dan susun elok2 ye.
  7. Bila dah cukup bulan (biasanya Sheila buat awal bulan), pindahkan stok-stok susu dalam plastik. Masukkan dari stok 30hb ke 1hb. Nanti senang nak ambil bila nak cairkan.  ***Guna kaedah FIFO - First In First Out.
  8. Rearrange plastik stok susu mengikut bulan. Pastikan stok yang baru letak paling bawah. Guna kaedah FIFO jugak ye.


Kalau ada ibu-ibu yang mencari Autumnz milk storage, boleh beli dengan Sheila ye. COD area Sungai Buloh. Nak post pun boleh tapi kos post korang tanggung ye :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...