Pages - Menu

Thursday, January 1, 2015

Selamat Datang 2015

Waa... Dah masuk 01.01.15... Tahun 2015. Alhamdulillah, kita dah selamat menempuh 2014. Tapi macam mana dengan cabaran 2015? Apa kata penganalisis ekonomi?

Jom kita baca perkongsian dari group whatsapp saya.

Ulasan ekonomi Malaysia oleh Prof Dr Hoo Ke Ping (Penganalisis Ekonomi) di rancangan Nasi Lemak Kopi O (27/12/14)

Negara kita semakin menghampiri krisis kegawatan ekonomi. Ekoran harga minyak dunia semakin menurun, ringgit Malaysia semakin tenat.

Nasihat beliau kepada semua rakyat Malaysia terutama muda mudi;

1. Berjimat cermat. Berbelanja bila perlu sahaja. Berhati hati dengan YES (YEAR END SALE) sebab pembaziran boleh berlaku di suasana SALE ini.
                  
2. Elakkan berhutang kerana di masa akan datang interest dari pihak bank akan naik. Kelak kita MATI untuk membayar interest yang tinggi.

3. JANGAN BELI PROPERTY dalam masa 2-3 tahun ini kerana harga rumah pasti akan turun seperti yang sudah berlaku di Singapura dan UK kerana 'OVERSUPPLY'.

Tambah beliau di sekitar Lebuhraya KESAS sahaja, sejumlah 20 ribu unit property dah mendapat CF namun hanya 20-30% sahaja yang terisi.

Oleh itu rancang untuk memiliki sebuah property apabila harga rumah turun dan EKONOMI semakin pulih.

4. Lakukan investment jangka panjang untuk mengembang wang. Pelbagai peluang investment ada seperti insurans, tabung haji, public mutual, saham, dll. Jangan hanya menabung dalam bank.

Selamat Menempuh tahun 2015 yang penuh mencabar ini.



Selamat Tahun Baru :)

No comments: