Pages - Menu

Saturday, January 3, 2015

Siakap stim halia yang sedap

Haha.. title post puji diri sendiri!

Hari ni pergi beli barang-barang basah sikit. Terada pula ikan siakap. Apa lagi en.suami terus je beli. Teringin la tu... 
Haha...

Nak masak apa ye?

En.suami suruh masak siakap 3 rasa. Tapi banyak pula bahan yang tak ada. Nenas tak ada. So memang tak lengkap pula nanti siakap 3 rasa tu.

Jadi menu pilihan seterusnya...

Siakap stim halia

Habis dah saya google, semua resepi siakap stim halia ada jus limau nipis. Tapi dalam peti tu tak ada stok limau nipis pula. Jadi kena fikir cara masak stim halia tanpa menggunakan jus limau nipis.

Fikir punya fikir, saya pun try cara masak stim halia guna asam jawa. Janji ada rasa masam-masam sikit.

Meh saya share cara masak siakap stim halia guna asam jawa. Tak adalah susah sangat pun. Masuk je semua bahan-bahan, kukus...

Bahan-bahan siakap stim halia:
Ikan siakap
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Cili padi
Lobak
Sos tiram
Air asam jawa setengah cawan je (tak payah pekat sangat)
Garam dan gula secukup rasa

Cara masak siakap stim halia:
Siang ikan siakap dulu ye. Kalau malas, boleh suruh orang kedai tu siangkan siap-siap.
Hiris halia, bawang besar, bawang putih, lobak.
Cili padi ketukkan saja.
Masukkan semua bahan tadi, sos tiram, air asam jawa, gula dan garam dalam loyang.
Gaul sebati dan perapkan sekejap.
Sediakan periuk kukus, bila dah didih bolehlah kukus ikan siakap tu ye.
Kukus lebih kurang 20-25 minit.
Ikan siakap stim halia sedia untuk dimakan.


Nyum.. Nyum.. En.suami puji sedap macam kat kedai. Huh.. Bangganya!

6 comments:

Cik Yaya said...

as'salam..

sedapnyer tgok..yaya pulak bru semlm mkn siakap bakar.heee

mycahayacinta@gmail.com said...

pernah cuba sedap dan terbaik.menu diet kurus juga ni ekekee...

Sheila Mutalib said...

Siakap bakar pun sedap. Cicah dgn air asam kan...

Sheila Mutalib said...

Aah kan.. diet tak yah nak goreng2..

yoorin melacolea said...

bagus betul.. kalau tengok cite masterchef memang dia bgtau, guna apa je yg ada..takkan sebab 1 barang tak cukup x menjadi lauk tu kann.. heeee.. bijak2..

Sheila Mutalib said...

Hihi.. kite yg bt die.. janji boleh telan kan.