Pages - Menu

Tuesday, January 6, 2015

3 perkara yang pasti dihadapi oleh setiap manusia yang hidup di dunia ini

Hari ni sheila nak share 1 sharing yang sheila dapat dari group whatsapp. Ni ayah sheila yang hantar. Ayah memang suka share ayat-ayat yang bermanfaat kat group family kitorang...

*******

3 PERKARA YANG PASTI DIHADAPI OLEH SETIAP MANUSIA YANG HIDUP DI DUNIA INI.

TIDAK KIRA WALAU SIAPA PUN KITA....
SAMA ADA KITA SUKA ATAU PUN TIDAK....
PASTI TIDAK AKAN DAPAT MENGELAKNYA...


1- KEMATIAN.

Tidak akan ada sesiapa pun yang mampu menahannya, dengan apa cara sekali pun.
Ia pasti akan datang....

Untuk itu.. tidak perlu takut dan mengelak darinya.

Apa yang perlu dilaksanakan adalah...
Membuat persiapan awal akan saat kehadirannya.
Serta sentiasa bersedia untuk menghadapinya.


2- MUSIBAH.

Tidak seorang pun yang akan terlepas dari di timpa musibah di dunia ini.

Hadirnya dengan berbagai rupa dan berbagai-bagai cara. Bergantung pada bahagian masing-masing..

Ada yang di timpa dengan kemiskinan dan ada pula dengan kecacatan tubuh badan.
Masaalah keluarga, masalah dengan kesakitan, dan ada 1001 jenis musibah yang akan datang sepanjang kehidupan di dunia ini.

Kerana Allah SWT mencipta manusia dan menghantarnya kedunia ini, untuk di uji, Sejauh mana ketaqwaannya, serta sifat sabarnya, redho, ikhlas, serta keyakinannya terhadap qada dan qadar Tuhan.

Maka itu.. tidak perlu takut serta tidak perlu untuk cuba lari dari sebarang bentuk masalah.

Kerana ianya pasti akan datang pada setiap manusia yang hidup di muka bumi ini.
Dan ianya tidak akan pernah habis selagi mana nyawa di kandung badan.

Belajarlah bagai mana cara untuk menyelesaikannya serta menghadapinya dengan tenang.


3- DIKATA OLEH ORANG LAIN.

Tidak ada sesiapa diantara kita yang mampu untuk memuaskan hati semua orang.

Sehebat mana pun kita..
Sebaik mana pun kita..
Sepandai mana pun kita..
Sekaya mana pun kita..
Tetap ada yang suka dan ada yang akan membencinya.

Oleh itu.. jangan hiraukan dengan apa orang lain nak kata.

Apabila satu-satu tindakan yang bakal kita lakukan itu sudah betul mengikut aturan agama... Teruskan tanpa perlu menghiraukan apa orang nak kata.

Yang perlu dicari semasa hidup di dunia ini, adalah redho serta kasih sayang Allah swt. Bukannya mencari redho makhluk semata-mata.

Semoga perkongsian ini,  sedikit sebanyak dapat membantu kita, agar lebih bersemangat serta tabah, dalam mengharungi  penghidupan yang singkat serta sementara di dunia ini...

In shaa Allah....

6 comments:

Unknown said...

sebagai hamba Allah kita hanya perlu lalui hari - hari kita bersama bekalan ibadah yang kita lakukan . kematian , musibah dan kata2 org tu mmg kita tak boleh nak elak ...

Saniah said...

Betul tu,, bukan semua org suka pada kita... anggap saja kalau orang tu tak suka pada kita.. ramai lagi orang lain yang suka pada kita..

puteri kasih said...

betul tu...memang kita akan berdepan dengan tiga perkara ini...bab kata-kata orang tu...mulut manusia memang tidak boleh ditutup kan :)

sheila mutalib said...

Betul tu.. bekalan tu yg akan kita bawak ke akhirat..

sheila mutalib said...

Aah anie.. makhluk Tuhan ni ramai..

sheila mutalib said...

Mulut tempayan boleh gak tutup.. kan puteri :D