Pages - Menu

Friday, March 13, 2015

The Captain Steamboat & Grill

Suka tak makan kat kedai Steamboat & Grill?

Sheila suka. Sebabnya sheila ni kuat makan. . Haha...

Rugi kalau pergi makan kat kedai steamboat & grill ni, kalau yang pergi jenis tak kuat makan. Nanti diorang makan sikit je dah kenyang. Rugi! Haha...

Nak jadi cerita, Januari 2 bulan lepas, mentua Sheila teringin nak makan steamboat. So, Sheila pun dengan pantas teruslah membuat google dan menerjah beberapa blogger yang ada story pasal kedai-kedai steamboat yang menarik sekitar Lembah Klang ni. Dan terjumpalah satu kedai steamboat ni.

The Captain Steamboat & Grill

Lokasinya dekat Jalan Kapar, tersangatlah dekat dengan Meru. So, kitorang sepakat nak makan steamboat kat situ. Hasil dari menerjah blogger lain, ramai yang suggest buat reservation, sebab takut penuh. Almaklum, kitorang nak pergi ni hari weekend kan. Part reservation ni, kitorang dah serahkan pada adik ipar. Dia buat call dan beritahu pukul berapa kitorang nak datang dan berapa orang.

Sesampainya kami di Captain Steamboat ni, tak ramai lagi masa tu. Baru pukul 8. Cari meja yang dekat dengan kipas. Takut baby panas, nanti dia tak selesa pulak.

Sheila dah meronda dulu, nak tengok menu-menu apa yang best. Haha... best! Best!

Ada 2 pilihan untuk steamboat; sup atau tomyam. Kami pilih 2-2, sebab ada 2 set. Boleh rasa-rasa.

Istimewa malam tu, ada nasi lemak dan bubur jagung.

Lain-lain macam biasa. Daging lembu, ayam, kambing, udang, sotong, hot dog, sayur-sayuran dan banyak lagi la. Pendek kata, huh... Puas perut ni.

Suasana kedai dari laluan masuk.

Simbolik captain bersempena nama kedai The Captain. Yang saya tahu, owner kedai ni Pilot. Tu yang nama kedai ni The Captain. 

Semua orang khusyuk tengok Juara Lagu 2014 malam tu.

Yang kecik ni pun seronok la.Ada port untuk kanak-kanak. Boleh la diorang main dalam tu sementara mak bapak nak mencekik...

Setelah 2 round Sheila melantak, fuh!!! Padat perut. Puas hati...

Sheila bagi 3.5 bintang kot.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...