Pages - Menu

Tuesday, March 24, 2015

Kami nak bercuti

Lost World Of Tambun!!!

Mu tunggguuuu aku datang...

Haha.. Dah menghitung hari ni. Tak sabar gile nak pergi bercuti. Planning bercuti kali ni dengan family mertua.

Actually Sheila dan husband nak bawa pak dan mak mertua pergi Sungkai. Encik abang memang suka pergi Sungkai ni, tempat relax2 sambil kaki rendam dalam kolam air panas... Huh.. bestnya.. Rasanya dah 4-5 kali jugak kitorang berjalan ke sana.

Tapi...

Sebab date yang kitorang nak pergi ni Sungkai dah full booked, terpaksa la tukar destination. Cuti tetap cuti OK! Adik ipar suami isteri dah apply cuti.

So, Sheila terfikir nak ke Lost World of Tambun.

Buat research sikit pasal Lost World of Tambun ni. Baca kat sini, sini, sini... Ramai blogger yang dah pergi dan buat review pasal Lost World of Tambun ni.

Nampak macam menarik dan best. Dan yang penting ada kolam air panas. Haa... Itu le point utama Sheila pilih Lost World of Tambun ni.

Sheila check kat Agoda.com. Date yang kitorang nak pergi ni masih available. Tapi tak beli lagi.

Buka la facebook Lost World of Tambun. Kot diorang ada promote voucher murah-murah. Then ternampak gambar bawah ni.

Harga lagi murah dari harga asal.


So, kena lah pergi Matta Fair!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...