Pages - Menu

Wednesday, March 4, 2015

2 item PENTING untuk ibu yang menyusukan anak

Terasa nak berkongsi cerita...

Pada korang yang belum tahu, Sheila ni salah seorang ibu bekerjaya yang menyokong penyusuan susu ibu. Korang boleh baca serba sedikit perkongsian Sheila kat sini. Ada lah sikit-sikit cerita pengalaman penyusuan susu ibu yang pernah saya lalui semasa menyusukan Dania.

Dengan pengalaman Sheila yang tak banyak sangat tu, ada beberapa perkara yang Sheila nampak dan  rasanya perlu di ambil kira untuk lebih menjayakan lagi progam penyusuan yang kedua ni bersama dengan Medina.


1. Breast pump

Untuk penyusuan kali ini, Sheila tak ada beli breast pump yang baru. Masih menggunakan breast pump yang lama iaitu Spectra3. Cuma saya dah menghantar servis/repair ke kilang Spectra3. Bab ni nanti saya ceritakan macammana ye.

Saya suka breastpump Spectra3 ni sebab ia boleh digunakan untuk double pump. So ia menjimatkan masa saya untuk pump dalam waktu kerja. Lagi satu, breastpump Spectra3 ni mudah dilaras. Nak kuat boleh, perlahan pun boleh. Tapi jangan kuat sangat, nanti sakit pulak. Kalau tengok pada saiz pump, Spectra3 ni boleh di kategorikan sebagai pump yang besar. Tapi bagi saya tu bukan masalah, sebab saya ada Autumnz backpack. Muat untuk saya masukkan pump dan juga cooler bag.


2. Milk storage

Untuk penyimpanan stok susu, Sheila memang nak fikirkan perkara ni awal-awal lagi. Sebabnya, dulu saya duduk dengan mertua. Jadi, saya tumpang menyimpan stok susu dalam peti ais mertua saya. Peti ais mertua saya ada 2 pintu, yang saya punya satu pintu. Almaklum, beli masa bujang. Peti ais pun kecil je. So, masa tu segala stok makanan macam ikan, ayam atau makanan sejuk beku mertua akan simpan dalam peti ais yang 1 pintu tu. Tak ada lah bau makanan tu dengan susu bercampur.

Bila dah duduk sendiri ni, terpaksalah cari port untuk simpan stok-stok susu. Peti ais saya kan 1 pintu je. Stok susu tak boleh simpan banyak dan tak boleh simpan lama.

Jadi, setelah membuat kira-kira tambah tolak bahagi darab, Sheila dan suami pun membeli deep freezer khas untuk simpan stok susu. Alhamdulillah, dapat pun beli. Haa.. yang ni pun nanti Sheila cerita ye.

Tu baru part deep freezer.

Untuk milkstorage bottle, Sheila guna campur-campur, Fiffy dan Autumnz. Antara 2 brand ni, saya suka Autumnz. Kenapa?

  1. Botol susu Autumnz ni nampak solid/tebal.
  2. Boleh simpan 5oz. Banyak boleh dapat sekali pump.

Untuk packaging pula, Sheila suka guna plastik milkstorage Autumnz. Sheila pernah guna plastic Eve Love, tapi macam tak best je.

Review plastic milkstorage Autumnz:

  • Ia nampak tebal dan tak mudah koyak
  • Double ziplock, susu tak mudah keluar.
  • Senang nak susun sebab boleh ditindih-tindihkan.
  • Ada 2 size iaitu 7oz dan 12oz
  • Harga tak mahal sangat, RM12.90 untuk 25pcs.


Dah terlanjur cerita pasal topik breastfeeding ni, Sheila nak promote sikit.

Kalau korang ni salah seorang ibu yang sedang bersemangat kental macam Sheila.. Hihi.. Bersemangat nak memberikan susu ibu sepenuhnya atau campur, senang cerita nak buat stok susu. Sheila ada jual Plastic Milkstorage Autumnz ni. Jual murah-murah je. Sambil tu Sheila berjimat untuk diri sendiri jugak.

Kalau simpan susu guna Plastic Storage ni lagi jimat ruang.

Harga market macam Sheila beritahu kat atas tadi RM12.90.

Tapi untuk kawan-kawan blogger Sheila ni, harga istimewa untuk korang ye.

Beli 1-4 kotak = RM11
Beli 5 dan lebih = RM10
Harga ni belum termasuk pos.
Kalau nak COD pun boleh. Sekitar kawasan Sg. Buloh, Desa Coalfield, Puncak Alam dan Meru.
Kalau kat Johor pun boleh, tapi masa tak tentu. Sebab sebulan sekali Sheila akan balik Johor. Kawasan yang Sheila lalu ialah Tangkak dan Sagil. 

So, kalau korang nak boleh je comment kat bawah ye.
Nak email pun boleh... sheilamutalib@yahoo.com

Ibu Jimat! Anak Sihat!


#breastfeedingsupport

No comments: