Pages - Menu

Friday, December 19, 2014

Yeah!! Roti panas-panas dari oven.

Tercapai pun hasrat saya nak membuat rroti. Yeah!!! Saya ni bukannya pandai sangat baking-baking ni. Saja suka-suka je. 

So hari ni lapang sikit. Dapatlah saya membuat roti. Resepi ni saya google dari sebelum bersalin lagi. Niat nak meroti ni dah lama. Cuma asyik terbantut je.

Dan malam ni dapatlah kami supper roti yang panas-panas dari oven.

Adik saya kata rupa roti ni scary. Haha... Tak kisahlah. Janji rasanya sedap. Nyum nyum... 

Resepi roti simple
C&P dari kak zalinzarina.

250gm tepung roti / high protein
50gm margerin (saya guna marjerin Pelangi)
50gm gula kastor
1 sk yis kering
1/2 sk bread improver
1 sk tepung susu / susu pekat
1/2 sk garam halus
1 biji telur gred B
105 ml/gm air suam (kalau uli guna mixer, guna air sejuk ye)

Cara-cara membuat roti:

Masukkan semua bahan-bahan dalam 1 bekas kecuali air, yis dan gula.
Sebelum tu kita kena bancuh air suam dan gula. Lepas tu baru letak yis. Kacau dan biar hingga berbuih..
Pastu kita masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi. Gaul rata. Kemudian kita keluarkan dan uli kat atas dulang...kalau kat rumah ada meja aluminium atau meja marmar lagi senang uli kat atas tu aje..tapi kalau takde, uli atas dulang pun boleh juga... uli guna tangan lebih kurang 5 minit.
Pastu tutup dengan plastik. Biarkan selama 30 minit..
Lepas 30 minit, doh pun dah kembang..
Bulat-bulatkan doh...lumurkan tangan dengan sedikit tepung untuk bagi tak melekat sangat kat tangan dan nak bagi doh tu nampak licin.
Bentukkan roti mengikut citarasa dan kreativiti korang. Kalau nak letak inti atau hotdog pun boleh.
Dah siap bentukkan, boleh susun dalam loyang yang dah dilengserkan dengan margerin. Tutup loyang dan biarkan selama 45minit - 1 jam..
Untuk sapukan atas doh tu, guna 1 biji telur campurkan 2 sudu besar air atau susu segar.
Bila doh dah kembang baru kita sapukan bancuhan telur tadi.
Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 18 darjah celcius atau mengikut kesesuaian suhu oven masing-masing..
Bila dah keluarkan dari oven, kita terus sapukan dengan sedikit margerin untuk bagi nampak berkilat..
Kalau rasa taknak makan habis, kita boleh simpan masuk bekas atau masuk dalam plastik dan selotepkan... macam kat kedai tu kan... 

Selamat Mencuba :)



Monday, December 15, 2014

Spend time sekejap baca ni ye..

Perkongsian untuk semua,


KIAMAT menurut Agama Islam di tandai dengan:
  • Kemunculan Imam Mahdi
  • Kemunculan Dajjal
  • Turunnya Nabi Isa (AS)
  • Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
  • Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
  • Pintu pengampunan akan ditutup
  • Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar,-benarnya
  • Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati sehingga mereka tidak perlu mengalami tanda-tanda kiamat lainnya
  • Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
  • Kemusnahan/runtuhnya Kabah
  • Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
  • Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
  • Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

         
Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
          "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku  buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
  

Allah berfirman : 
"jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
         
Itulah yg dimaksud dajjal yang bermata satu, hanya memikirkan duniawi daripada akhirat.


Wednesday, December 10, 2014

The BIG 12.12!

Yeah! Dapat email dari Lazada. Actually saya dapat email ni 5hb yang lepas. Baru hari ni dapat share.

Nak tau news apa yang Lazada nak btaw?



Revolution 12.12

Ingat tak Lazada pernah buat Revolution 11.11. Masa tu Lazada buat sale besar-besaran. Diskaun hingga 90%. Memang berbaloi la siapa yang shopping masa tu.

Kali ni Lazada buat Revolution 12.12 pula. So pada yang terlepas peluang 11.11, boleh grab pada 12.12 ni ya. Sehari je lagi.

Special untuk kengkawan belogsheila, saya nak share voucher istimewa.

Voucher Big 12.12

Voucher Code: 1212LAZ25
Voucher Amount: RM 25
Minimum Spend: RM150
Validity: 12.12

Pada yang nak shopping tu bolehlah guna voucher Lazada ni ye.

Kita shopping!

Lazada ooo Lazada

Siapa pernah shopping kat Lazada?

Angkat tangan!!!

SAYA!!!

Dah banyak kali gak saya shopping kat Lazada ni. Dah beribu gak habis. Hehe... Banyakkan..

Bukan saya kaki shopping pun. Tapi beli sebab keperluan. Lagi pun harga di Lazada ni memang murah after saya buat survey kat kedai-kedai.

Nak tau saya beli apa?

First saya beli wardrobe dan pampers Drypers Newborn.

Kalau nak tengok wardrobe yang saya beli ni, boleh tengok kat sini. Saja beli style wardrobe yang boleh buka pasang. Senang kalau nak pindah.

Yang pampers ni saya beli untuk baby baru. Antara checklist barang-barang bayi. Harga kat Lazada ni murah. Tu yang saya beli kat Lazada.

Pengalaman membeli kat Lazada?

Hmm.. Dari hasil pembelian saya yang pertama kat Lazada ni, agak puas hati.

Agak puas hati je?

Yelah. Saya dapat barang lambat sangat. Tu yang agak puas hati. Wardrobe saya dapat cepat. Cuma pampers yang lambat. Risau gak masa tu, takut tak sempat sampai sebelum saya bersalin. Bila saya call Lazada, baru saya tau pampers tu out of stock, dalam proses restock. Diorang akan update bila stok pampers tu sampai dan akan terus deliver pada saya.

Nasib baik selepas seminggu pampers tu pun sampai. Lega rasa. Dapatlah baby baru merasa.

Walaupun hanya 'agak puas hati' dengan servis Lazada ni. Tapi saya tetap bershopping lagi kat Lazada.

Apa lagi saya beli?

Hehe... Nanti saya share ye.

Kalau korang nak shopping kat Lazada ni, saya suggested. Banyak promosi tau. Harga boleh tahan murah. Lagi-lagi bila Lazada ada buat promotion. Macam promotion 11.11 bulan lepas. Dan bulan ni nantikan promosi 12.12 pula ye.

Oklah... Selamat bershopping kat Lazada :p

Sunday, December 7, 2014

Ikan cencaru di laut hitam

Ye ke ikan cencaru kat laut hitam?

Laut hitam? Ada ke? Saya pun tak tau...

Haha... Tajuk je gempak...

Sebenarnya nak share lauk Ikan Cencaru Masak Kicap je...

Biasalah hujung minggu, saya memang jarang ada di rumah. Kalau tak balik kampung di Tangkak, kami mesti balik ke Meru. Rumah mertua saya. Sebab dekatkan. So agak kerap kami balik sini.

Penuh jadual kondangan* mentua saya. Malam tadi saja ada 2 rumah. Siang ni ada lagi 3 rumah. Biasalah hujung tahun, ramailah yang busy nak mengawan* (hihi.. macam kasar je bahasa)...
Dan sebelum mentua saya keluar, sempatlah dia merasakan air tangannya yang sedap tu. Maka terhasillah Ikan Cencaru Masak Kicap.

Resepinya mudah saja. Potong, potong, potong dan campak. Orang yang tak pakar macam saya pun boleh buat. Apatah lagi korang yang dah tahap chef kan.


Bahan-bahan untuk resepi Ikan cencaru masak kicap:

Bawang besar
Bawang putih
Halia
Cili padi (pada yang nak pedas, boleh letak lebih ye)
Bunga lawang
Kicap manis Jalen
Saus manis ABC
Ikan cencaru (di salut kunyit dan garam untuk digoreng)
Garam secukup rasa
Minyak masak

Caranya;

Hiriskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi. Satukan dalam satu mangkuk bersama-sama dengan bunga lawang.
Goreng ikan cencaru yang dah di salut kunyit dan garam. Goreng sehingga masak dan garing. Ketepikan dalam pinggan berlainan.
Keluarkan lebihan minyak goreng ikan tadi.
Masukkan bawang, halia, cili dan bunga lawang. Biarkan sekejap sampai semuanya layu.
Masukkan saus manis ABC dan kicap manis Jalen.
Masukkan ikan cencaru yang dah di goreng.
Masukkan sedikit air bagi yang suka berkuah dan garam secukup rasa.
Biarkan ia masak. Cuba rasa sikit. Kalau dah sedap tu, boleh tutup api dan hidang.


Oklah.. Nak menjamu selera. Untuk korang saya jamu gambar ni... Sedapmya... Nyum Nyum Nyum!!!

Monday, October 20, 2014

Saya dah register 'Job di rumah'

Wow.. finally saya register juga.. just try it.. mana tahu ia mendatangkan hasil.. tak salahkan kalau mencuba..

Korang nak tahu apa yang aku nak bebel kali ni?

Jom join!



Pasal Job Di Rumah.. atau nama pendeknya JDR.. saya dah banyak kali baca pasal artikel JDR ni.. dah ramai juga blogger-blogger yang join.. part time atau kerja lain yang kita boleh buat di rumah atau di mana-mana saja, selagi ada line internet..

Nak bebel lebih-lebih pun tak boleh, sebabnya saya baru je register.. belum dapat pun duit gaji dari JDR ni. Tapi dari hasil pembacaan saya dari mereka yang dah join, memang ramai yang berpuas hati dan dah rasa duit gaji dari JDR ni.. 

Korang sendiri boleh baca kat website JDR kat sini.. testimoni pun dah banyak. Yang join pun dah ramai.. so, saya rasa boleh cuba peluang ni.. nanti saya dah dapat gaji, saya show off kat sini ye.. 

Ok lah.. nak explore account JDR saya. Kot-kot ada job yang bersesuaian, bolehlah aku grab.. mana tahu boleh dapat bonus lebih bulan ni.. da da..

Thursday, October 9, 2014

Wardrobe Comel saya~

Ingat tak baru-baru ni saya ada share pasal Multipurpose Wardrobe yang sememangnya elegant..

Memang misi memburu wardrobe tu...

Tapi disebabkan oleh ada item lain yang nak di beli sekali tak ada stok, terpaksalah saya menangguhkan misi saya tu...

So sekarang item yang saya nak tu dah restock.. Boleh lah saya meneruskan misi saya ni...

Tapi saya terjumpa 1 lagi wardrobe yang sama comel dengan wardrobe yang sebelum ni... Yang lagi best, harganya lagi MURAH taw...

Cuma RM65.00 sahaja!

Nak beli color HIJAU?

Nak beli color GREY?

Nak beli color PURPLE?

Size: 169cm x 45cm x 118cm
Size yang satu lagi: 
172 x 128 x 45

So, korang pilih lah nak yang mana? Yang pasti 2-2 multipurpose dan comel..