Kadang-kadang kita tak sedar kan...
*****
"Kita sering terdengar keluhan si isteri ,
bahawa dialah yang paling banyak berkorban dalam rumahtangga....
tidak kurang juga sang suami ...
ada yang mengeluh panjang
kerana perlu berkorban banyak perkara.
Tetapi sebenarnya,
anak-anaklah yang paling banyak berkorban!
Setiap hari, mereka lepaskan ibu dan bapa pergi,
tinggallah mereka sendiri,
mencorak hidup tanpa pedoman hakiki,
sedar-sedar mereka sudah tahu berdikari!
Malangnya lagi,
bila mereka tersilap mengecilkan hati ,
mereka akan dimarah
bagai tiada keampunan lagi.
Pagi ini,
buat pertama kali,
mohonlah maaf dari mereka,
bisikkan ke telinga mereka
bahawa mereka akan faham segalanya
suatu hari nanti!"
- Ustazah Nik Salida Suhaila
No comments:
Post a Comment