Pages - Menu

Tuesday, October 7, 2014

Pampers Drypers MURAH giler!!!

Suka tak kalau dapat beli barang MURAH???

Mestilah suka kan...

So, hari ni aku nak share 1 lagi barang yang aku dah dapat beli dengan harga MURAH...

Tadaaaa....

Pampers Drypers Newborn!!!

Ini antara list-list barang untuk baby kedua aku...

Setelah habis men-survey, akhirnya aku jumpa gak pampers ni dengan harga MURAH...

So, kalau korang pun teruja nak dapat pampers Drypers ni dengan harga MURAH, jom lah join sekaki dengan aku.... Beli kat sini je ------->> Pampers Drypers MURAH giler!!!


Thursday, October 2, 2014

Saya berpantang cara moden

Haa.. aku sekarang dah masuk 8 bulan.. Ada lebih kurang sebulan lebih je lagi nak bersalin...

Segala barang-barang keperluan baby aku dah prepare.. Tinggal sikit-sikit je lagi.. Antaranya Set Pantang...

Berpantang untuk anak pertama, aku guna Set Pantang Mustika Ratu.. Kononnya nak ala-ala traditional.. Hihi.. Last-last aku tak habis guna pun.. Yang pilis, parem dengan apa ntah lagi yang kena sapu kat kepala dengan badan, ada juga aku guna.. Tapi yang part jamu tu, 2 botol aku tak usik langsung.. Sebabnya risau baby tak serasi.. Yelah, orang kata jamu ni panas.. Nanti kesian pula kat baby...

So, di penghujung aku berpantang, aku telah berjumpa dengan set menyusu Shaklee.. 

Setelah habis mengkaji segala testimoni orang lain, aku pun membeli Set Trial Ibu Menyusu.. Dengan harapan dapat memenuhi misi aku nak full breastfeeding.. Alhamdulillah.. Dapat juga aku bagi susu ibu sepenuhnya pada Dania sampai Dania umur setahun...

Dan untuk berpantang kali ini, aku dah tak yah survey-survey Set Pantang lagi.. Aku teruskan je menggunakan Shaklee.. Sebabnya aku dah register sebagai Ahli...

Lagi pun Shaklee ni jimat.. Dari vitamin untuk pantang, boleh teruskan untuk menyusu pula..

Harga pun boleh dikategorikan murah.. Tak percaya??? Meh baca kat sini...





Ni testimoni jujur dari sorang ibu yang dah guna Set Pantang Shaklee..

Aku sendiri dah amalkan Set Pantang ni.. Walaupun dah terlambat masa tu, tapi aku memang puas hati.. Bagi aku Set Pantang Shaklee ni sesuai untuk ibu-ibu moden macam aku ni.. Memang aktif je.. Ada je benda yang aku nak buat walaupun time pantang.. So Shaklee ni memudahkan.. Yelah, pengambilan pil ni senang je kan...

Selalunya aku ambil waktu pagi.. Zinc complex kena ambil sebelum makan atau perut kosong.. untuk melancarkan penyerapan khasiatnya.. so lepas ambil sarapan, boleh ambil Vitalea, B complex dan Vitamin C pulak..

So, apa lagi.. Jom berpantang dengan Shaklee..Set vitamin semulajadi yang tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi..lebih selamat dan terjamin..

Nak tahu harga?

Klik je kat www.shelovevitamin.com.. okei..

Selamat berpantang larang ye..

Elegant Multifunctional Wardrobe

Assalamualaikum...

Hari ni rasa nak sharing 1 produk kat Lazada...

Elegant Multifunctional Wardrobe








Bagi aku produk ni sesuai sangat untuk orang bujang atau yang dah berkeluarga dan kerap berpindah-randah.. Yelah, tak payah lah korang nak mengangkut perabot besar bagai time pindah.. Betul tak? Dah jimat bab lori sewa nanti..

Pilihan color pun superbeb!.. Elegant! Moden!

Pink, Purple, Red dan Coffee Brown.. Semuanya color yang menawan hati aku...

Harga?

Itu yang paling aku suka.. Tak sampai RM100 beb... RM99 ONLY!!! Harga asal RM259.. Tapi pihak Lazada dengan baik hati memberi diskaun 62%.. 


Detail pasal Almari serbaguna yang menawan hati aku ni:
  • Spacious and convenient Waterproof material 
  • Colours: Purple, Red, Coffee Brown, Pink 
  • Size: 172cm x 128cm x 45cm 
  • Weight: 3.5kg 
  • Material: Non-woven fabric with anti-rust steel pipe 
  • Max. weight capacity: Approx. 300kg


So ini target item aku bulan ni... Elegant Multifunctional Wardrobe atau Almari pakaian Serbaguna yang bergaya!!!

Kalau korang pun tengah mencari wardrobe macam ni, jom join aku.. Order kat Lazada je.. Online!.. 




Wednesday, March 5, 2014

Ilmu ke arah Financial Freedom

Hallooo beb.. Apa khabar semua? Sihat tak? Al-maklum sekarang negara kita sedang dilanda musim panas kemarau.. Jadi tu yang aku tanya khabar korang.. Time-time cuaca begini, kena banyak minum air masak.. Ais tu kalau boleh kurangkanlah.. Memang le panas.. Tapi kesihatan tu kena jaga.. INGAT TU!!...

Haa.. kan dah membebel...

Mana aku tak membebel.. Orang kita ni, dah tahu musim panas kering.. Lagi pergi tambah aktiviti pembakaran terbuka.. Akibatnya hutan sekeliling pun terbakar juga tau..

Ee.. geram!..

Korang tengok la ni... Keadaan jalanraya time aku pergi kerja pagi tadi.. Teruk giler jerebunya.. Nampak kereta depan je.. Kereta depan lagi, dah tak nampak.. Akibatnya, aku terperangkap dalam jem kerana kereta tak dapat dipandu laju...

Ok.. aku dah melalut jauh dari tujuan asal aku tulis post hari ni..

Sebenarnya, aku nak share something kat korang.. Yang aku rasa ilmu sangat berguna.. Aku dapat ni pun hasil menggoogle cerita-cerita berkaitan pembelian rumah.. (ha.. topik ni aku share lain kali ye)

Sumber asalnya aku tak ingat.. Sebab jumpa je ilmu best, aku terus copy kat facebook or whatsapp.. So aku tak terlepas ilmu bermanfaat ni..

Jom fahami ilmu ni,

Mentaliti orang biasa, rumah pertama untuk dibeli mestilah rumah untuk tinggal sendiri. Kalau anda berfikiran macam ni, memang satu kesilapan kalau nak mengejar financial freedom.

Kenapa?

Bila nak beli rumah untuk tinggal sendiri, mesti pilih yang terbaik, tercantik, terbesar dan paling selesa. Rumah yang macam ni mesti mahal berbanding rumah untuk pelaburan. Memang saya pun akan pilih macam tu. Kita nak yang terbaik untuk diri dan keluarga kita. Rumah untuk tinggal sendiri tidak boleh menjana pendapatan.

Rumah pertama mestilah dibeli untuk pelaburan kerana:

Rumah tersebut akan dibayar oleh penyewa.Dapat pendapatan daripada lebihan sewa tadi.Lepas setahun, mungkin dah boleh refinance untuk pembelian rumah seterusnya tanpa rasa bersalah kerana kalau instalment naik pun, masih lagi akan dibayar oleh penyewa.



FINANCIAL FREEDOM!


Ni lah matlamat aku.. InsyaaAllah aku akan capai!

Ok lah.. aku nak tinggalkan korang dengan lagu yang ada menang dalam Juara Lagu 2013...


Kalau lah aku kaya......


Monday, February 24, 2014

Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Waa... Lamanya tak menconteng arang kat sini.. bukan setakat kat sini.. Dekat tempat lain pun dah lama aku tak menconteng.. Nak kata busy, rasanya tak pun.. Buat-buat busy adalah.. MALAS??? Ntah lah.. aku rasa tak malas.. Aku sentiasa rajin.. hehe.. Rajin mengadap benda lain..

Nak tahu apa aku rajin sekarang???
.
.
.
.
.
Tadaaaa....
.
.
.
.
.
Aku rajin tengok cerita BUKAN KERANA AKU TAK CINTA.. dah tersangkut kat cerita ni pulak.. tak tahu ler macam mana boleh sangkut.. nak kata hero dan heroin nya aku suka, rasanya tak.. biasa-biasa je hero-heroin dalam cerita tu.. Shanaaz Ahmad dengan Nelyda Rose..

Jalan cerita?

Mungkin juga.. tapi biasalah, cerita dari novel.. jalan cerita mesti best punya.. baca pun boleh jatuh cinta, inikan pulak dah jadi drama.. lagi la bercinta kat cerita tu..

Ok... sekarang ni aku tengah tengok episod 30.. terlambat 4 episod dari yang asal...

Aku nak buat ringkasan cerita Bukan Kerana Aku Tak Cinta ni secara ringkas.. 

Cerita ni mengisahkan seorang gangster, Jebat yang dah bertaubat.. dia dah berubah jadi seorang yang berguna.. dan ketika itu pulak si heroin Nelyda Rose telah jatuh cinta pandang pertama kat Jebat.. maka bermulalah aksi gedik-gedik manja si heroin ni nak mengurat si hero.. Gedik punya gedik, akhirnya hero yang gagah perkasa itu pun tewas.. hahaha...

Di pendekkan cerita, mereka pun berkahwin.. dalam tempoh diorang berkahwin ni, Jebat tak pernah pun cerita kisah silam dia.. kisah dia ni seorang gangster, bertatoo kat badan.. Semuanya lah Jebat tak cerita.. Sampai lah nanti pada satu tahap, Jebat pun ceritalah kat isterinya Mas...

Oklah.. baru sampai sini aku tengok.. selebihnya korang tengok sendiri ye.. boleh tengok kat dailymotion.com atau pun dfm2u.com.. pilih je mana-mana, janji dapat tengok sampai ending.. 

Jomlah kita tengok sama-sama.. bosan pulak tengok sorang-sorang ni...


Wednesday, February 12, 2014

Anak suka menconteng?

Salam 1 Malaysia!

Siapa kat sini anaknya suka menconteng?.. Habis satu rumah kena conteng??!!.. Ohh.. Peningnya!!.. Dah kena cat baru nanti nak raya.. JANGAN RISAU!!!.. Aku baru jumpa penyelesaian bagi masalah korang!!!...


Removable Sticker Board (black/white)

Just Peel & Stick!!!
No Paint, No Glue, No Tools Needed!!!
45cm x 200cm Big Size
Approximately 1.5ft x 6.6ft (17.72in x 78.4in)
Cut Your Own Size and Shape
Easily Wipe Off
Free 5 Chalks
(2White+1blue+1pink+1yellow)
1 set of 2 pieces
1 Whiteboard Sticker
&
1 Blackboard Sticker
Those are completely Suitable for Office and Home!!!
Perfect Educatioal Materials for Kids with Fun~~!!!

Harganya cuma RM 39.00 (belum masuk postage)
Lagi banyak beli, lagi banyak discount!!!


Sonang je kan.. korang just lekatkan kat dinding.. then dah boleh lah anak-anak korang menconteng sesuka hati beliau...

Ni beberapa contoh gambar yang dapat aku google untuk korang... Maybe boleh gunakan idea diorang untuk sticker ni..


Monday, February 10, 2014

Tanda-tanda IMAN ditarik dari hati

"Tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."  -  mafhum riwayah

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...

Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...

Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..

Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...

Kenapa...

kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita..
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...
kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

Sahabat yang ku sayang..

Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.

Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia.

Ketahuilah wahai sahabat

Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibuk kan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.

Ya Allah, cintailah aku dan keluargaku.janganlah Kau berpaling dari kami...

Pilihlah kami sebagai tempat pemberian  nikmat-nikmatMu.

Aamiin."


#ingat mengingati utk diri sendiri dan kawan;-)