Pages - Menu

Monday, February 24, 2014

Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Waa... Lamanya tak menconteng arang kat sini.. bukan setakat kat sini.. Dekat tempat lain pun dah lama aku tak menconteng.. Nak kata busy, rasanya tak pun.. Buat-buat busy adalah.. MALAS??? Ntah lah.. aku rasa tak malas.. Aku sentiasa rajin.. hehe.. Rajin mengadap benda lain..

Nak tahu apa aku rajin sekarang???
.
.
.
.
.
Tadaaaa....
.
.
.
.
.
Aku rajin tengok cerita BUKAN KERANA AKU TAK CINTA.. dah tersangkut kat cerita ni pulak.. tak tahu ler macam mana boleh sangkut.. nak kata hero dan heroin nya aku suka, rasanya tak.. biasa-biasa je hero-heroin dalam cerita tu.. Shanaaz Ahmad dengan Nelyda Rose..

Jalan cerita?

Mungkin juga.. tapi biasalah, cerita dari novel.. jalan cerita mesti best punya.. baca pun boleh jatuh cinta, inikan pulak dah jadi drama.. lagi la bercinta kat cerita tu..

Ok... sekarang ni aku tengah tengok episod 30.. terlambat 4 episod dari yang asal...

Aku nak buat ringkasan cerita Bukan Kerana Aku Tak Cinta ni secara ringkas.. 

Cerita ni mengisahkan seorang gangster, Jebat yang dah bertaubat.. dia dah berubah jadi seorang yang berguna.. dan ketika itu pulak si heroin Nelyda Rose telah jatuh cinta pandang pertama kat Jebat.. maka bermulalah aksi gedik-gedik manja si heroin ni nak mengurat si hero.. Gedik punya gedik, akhirnya hero yang gagah perkasa itu pun tewas.. hahaha...

Di pendekkan cerita, mereka pun berkahwin.. dalam tempoh diorang berkahwin ni, Jebat tak pernah pun cerita kisah silam dia.. kisah dia ni seorang gangster, bertatoo kat badan.. Semuanya lah Jebat tak cerita.. Sampai lah nanti pada satu tahap, Jebat pun ceritalah kat isterinya Mas...

Oklah.. baru sampai sini aku tengok.. selebihnya korang tengok sendiri ye.. boleh tengok kat dailymotion.com atau pun dfm2u.com.. pilih je mana-mana, janji dapat tengok sampai ending.. 

Jomlah kita tengok sama-sama.. bosan pulak tengok sorang-sorang ni...


No comments: