Pages - Menu

Friday, October 21, 2016

Selamat datang hero Sheila!

Assalamualaikum.

Lama tak post kat sini. Ada je cerita nak share, cuma asik jadi draft je.. haha..

Tapi hari ni Sheila nak kongsi cerita. Bukan hanya untuk pembaca yang tersinggah kat belogsheila ni. Tapi untuk kenangan sheila sendiri...

Sekarang ni Sheila ni HTAR Klang. Alhamdulillah, Sheila dah selamat melahirkan baby lelaki semalam jam 6.03 petang. Secara normal tapi induce. Berat baby cuma 1.7 kg. Sheila terpaksa admit awal 36w6d sebab baby SGA (boleh baca kat sini) dan air ketuban kurang.

Flashback cerita semalam.

21.10.16 - Sheila ada appoiment dengan pakar untuk buat ultrasound. Ni ultrasound yang ke2. Sebelum ni pada 13.10.16.. Sheila memang ada masalah baby kecil atau SGA.. Nak kata risau, tak jugak. Sebab Medina dulu pun SGA, lahir berat 2.13kg.. Dhaniyah pun tak besar mana, 2.45kg je masa lahir.. Ibu Ayah nya comel, tu yang baka2 sume comel belaka..

Doc beritahu result ultrasound yang saiz baby still kecil 1.9kg je.. dan yang merisaukan air ketuban kurang.. sangat kurang doc kata. So Sheila kena terpaksa di admit segera dan induce untuk paksa bersalin.. YaAllah! Masa tu tak taw perasaan Sheila macam mana. Walaupun anak ke3, tapi nervous still ada. Minggu ke36. Rasa macam awal lagi. Barang nak ke hospital memang da siap. Tapi tak bawa lg. Haha.. kononnya lambat lagi. Refer kes Medina, minggu 38 baru kena admit.

Suami terpaksa balik hantar Dhaniyah dan Medina ke rumah mertua kat Meru dan ambil barang kat rumah. Nasib baik la dekat dengan mertua..

Lebih tragis, henpon Sheila tertinggal dalam kereta masa suami nak balik. Huh.. berkejaran Sheila nak call suami. Nasib baik ada sorang uncle india ni bagi pinjam henpon dia. Dapatlah call suami minta hantar telefon..

Masuk semula ke bilik ultrasound, tunggu nurse untuk bawa masuk ke wad.. siap daftar semua, pkl2 Sheila dah start CTG.. Doc beritahu induce hari ni jugak sebelum pukul 5. Harap2 suami dapat sampai sebelum tu.

3 petang

Doc check bawah. Tiada laluan. Dan terus masuk ubat induce. Kena baring selama sejam. Tak boleh bangun dan kencing.

4.15 petang

CTG semula. Huh.. Masa tu construction da makin kerap. Suami pun da sampai masa tu. Alhamdulillah, suami ada teman masa dah terasa sakit.. Balik semula ke katil. Makan nasi ayam sebab dari tgh hari tak makan lagi. Lapa tapi tak ada selera. Sakit da makin kerap. Makan pun tak habis. Suami beli coklat sneekers. Nak bagi bertenaga. Risau tak makan banyak tadi.

5 petang

Contruction makin kerap. Alhamdulillah, ubat induce ni memang cepat kesannya pada Sheila. Ada orang kadang sampai terpaksa masuk ubat 2 - 3 kali.. lebih kurang 5.15 camtu, Sheila dah terasa ada air keluar. Sheila agak tu air ketuban. Suami panggil nurse, terus kena ke katil CTG. Sepatutnya nak buat CTG lagi dan masukkan apa ntah untuk tambah air ketuban. Doc ingat just leaking. Tapi nurse minta cek jalan. Masa tu kepala dah terasa. Jalan dah bukak 8cm. Huh... terus arahan tolak ke labour room. Suami follow je. Tapi tak dapat masuk. HTAR Klang memang tak benarkan suami masuk kecuali ada kes tertentu.

Sheila di tolak ke labour room. Sampai di labour room Sheila dah bersedia nak bersalin. Check jalan, nurse suruh tahan dulu. Waa.. tak boleh tahan. Rasa nak push je. Nurse stand by alas semua, dan ready untuk push. Push! Push! Rasanya 2 x push. Dan Alhamdulillah baby selamat keluar. Dan lagi2 bersyukur, Sheila dapat baby boy. Memang tak sangka sangat. Sebab semua kata perut Sheila sama macam pregnant sebelum ni. Sheila pun tak alami rasa pregnant yang terlalu berbeza dari sebelum2 ni. Cuma terlebih penat, Sheila ingat tu faktor umur. Dah 3 series la kononnya.. haha.. Baby boy! Mesti suami happy sangat dah ada geng..

Nurse nak keluarkan uri. Check laluan. Nasib baik kali ni langsung tak ada koyak dan tak perlu jahit. Happy nya Sheila. Baby comel sangat 1.7kg..

Tapi sedih :(

Baby Sheila dikategorikan baby pramatang. So terpaksa masuk dalam inkubator. Sheila cuma dapat cium dan lepas tu dah tak tengok lagi... sedihnya!!!

Sambung next post~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...