Pages - Menu

Friday, October 28, 2016

Cerita hero saya

Assalamualaikum.

Sambung cerita pasal hero saya...

Malam tu saya kat wad dan baby dalam inkubator. Tak dapat kitorang tidur sewad berkenal2an. Sedih kan... Tak apa lah, janji Sheila tau baby sihat..

22.10.16

Pagi2 lagi Sheila dah bersiap nak naik ke wad 6C, nak tengok baby. Tapi... Sheila dapat tengok kejap je. Tak dapat pegang pun. Sebab Sheila tengah sakit mata. Makin le menyedihkan. Sheila turun semula ke wad. Menunggu doktor meronda, harap2 Sheila boleh discharge la.

Sheila tak ada masalah, dan boleh discharge petang tu. Baby masih lagi kena wad.

23.10.16

Sheila berpantang di rumah mentua, berurut untuk kali pertama. Tak ke hospital hari tu, sebab Sheila still tak ada susu, tak dapat nak hantar ke baby. Sheila pun memang tak boleh pegang baby sebab mata still merah lagi. Risau nya dalam hati ni. Macam mana lah baby kat hospital kan...

24.10.16

Sheila ke hospital. Tengok baby. Alhamdulillah, dapat pegang dan susukan. Dari pukul 11 sampai pukul 4 petang berkepit je la dengan baby. Nurse beritau boleh dapat katil kalau nak wad dengan baby. Baby dah boleh kua dari inkubator. Dah cabut dah segala salur2 getah kat kaki baby. Lega bila tengok baby dah tak ada semua tu. Tapi Sheila kena balik hari tu. Nak settle kan urut lagi 1 kali. And esok boleh lah bersama2 baby wad di hospital.

25.10.16

Sheila datang lagi ke hospital, tengok baby. Berat baby turun 1.6 kg. Kesiannya... Sheila dah ready nak wad dengan baby. Barang2 semua dah bawa. So malam pertama dengan baby. Lega! Tapi menjerit hati ni nak balik. Nak bawa baby balik...

26.10.16

Pukul 5 pagi, siapkan baby. Lap badan, pusat. Susukan. Dan timbang. Naik 1.66 kg. Alahai! Naik sikit je. Takpelah. Janji naik. Kena tambahkan effort menyusu baby lagi...

Baby tak mau tido je. Wake up! Wake up!

28.10.16

Hari yang di tunggu2. Ada timbang hari ni. Lepas ke tak berat baby?

Tapi...

Sedih... 1.73 kg... Lagi 0.02 kg je lagi nak capai berat discharge. Bertuah betul timbang ni. Bagi la berat baby 1.76 kg. Boleh lah Sheila keluar dari hospital dengan senang hati.

Dan sekarang kena overtime nak bagi susu kat baby. Baby tak mau malas2 ye. Tak mau tido je. Nanti berat da ok, ade pulak kuning. Tak mau la ye nak. Semua kat rumah tu tak sabar nak jumpa hero sulung ni. Lagi2 kakak Nia.

So kita tunggu Isnin ni. Harap2 berat baby naik dan naik lagi... Amin...

No comments: