Pages - Menu

Wednesday, August 5, 2015

Promosi Autumnz bulan Ogos ni

Assalamualaikum...

Masih mood Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia.

Sebelum ni Sheila ada share promotion Shaklee dan Autumnz. Pada yang take Baca lagi bole Baca kat sini.

Promotion Autumnz

Nak simpan stok susu atau EBM? Jom guna Milk storage plastic dari Autumns. Harga biasa RM13.90. Untuk bulan ni saja Sheila bagi Special Price RM10 sahaja sekotak. Untuk 7oz dan 12oz. Minimum order 5 kotak dan boleh campur2 size apa yang korang nak. Ia adalah READY STOCK Dan promosi ni sehingga penghabisan stok ye.

Autumnz - Double ZipLock Breastmilk Storage Bag (25 bags) *12oz/7oz*

Monday, August 3, 2015

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Assalamualaikum...

Ogos 2015!

Korang tahu tak selain bulan Ogos ni Bulan Kemerdekaan, dalam bulan Ogos ini juga ada Minggu Penyusuan Susu Ibu.

Istimewanya, pada setiap minggu pertama dalam bulan Ogos  iaitu 1-7 Ogos 2015 adalah MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA.
Dan yang ISTIMEWAnya, TEMA untuk tahun ini adalah PENYUSUAN dan KERJAYA.






Siapa sini ibu bekerja yang menyusukan anak?
Anda sememangnya IBU YANG BERTUAH!!!

Macam Sheila... hihi... #supportbreastfeeding

Dan dalam bulan Ogos ni jugak, Sheila ada beberapa promotion nak bagi dan share kat korang.

1. Promotion SHAKLEE!

Ini for sure la ye. Macam biasa tiap-tiap bulan Shaklee mesti ada promotion punya. Cuma bulan Ogos 2015 ni special. Tak ada produk khas. So kepada uols2 yang membeli sebarang produk Shaklee dari Sheila ID890281, korang layak mendapat FREE GIFT. Free gift OK! Apa free gift tu? Rahsia la! Uols kena buat pembelian sebarang produk Shaklee dari Sheila ID890281 untuk mengetahui apa free gift yang Sheila bagi. So, LETS ORDER with SHEILA!

2. Promotion AUTUMZ

Haa... oleh kerana Sheila adalah seorang ibu yang hashtag support breastfeading, Sheila bukan saja mengamalkan vitamin Shaklee untuk kekal bertenaga di samping memenuhi melengkapkan siri penyusuan susu ibu Medina, Sheila juga mengguna produk2 dari Autumnz. Nursing bra, nursing blouse, backpack untuk breastpump (breastpump Sheila guna Spectra3), cooler beg, ice pack, milk storage bottle dan juga milk storage plastic. Semua ni dibawah jenama Autumnz. Sheila suka brand Autumnz ni. Selesa. Nak simpan stok EBM pun senang. Boleh baca review Sheila berkenaan milkstorage plastic brand Autumnz kat sini. 

Ok. Untuk promotion Autumnz ni, Sheila akan buat 1 post khas untuk mewar-warkan promotion Autumnz ni. Nanti Sheila akan letakkan link kat sini ye. Yang pasti harga memang Murah Murah dan MURAHHHhhh dari biasa.


Jom! Jom! Jom! Beli Shaklee dengan Sheila dapat FREE GIFT! Beli barang Autumnz dengan Sheila dapat HARGA MURAH!

Friday, July 24, 2015

Kolang kaling ke buah kabung?

Assalamualaikum...

Haha...Dah bersawang dah belogsheila ni. Kesiannya! Apa lah nak jadik kat tuan punya belog ni. Nak post pon malas... Haha...

Ok... Nak merajinkan diri semula.

Banyak story yang Sheila nak share. Tapi selalu je penyakit M tu datang.

Ok.. Ok.. Laju2 taip. Takut penyakit M datang lagi.

Opss... Sebelum tu

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

Dah raya ke-9 baru nak berucap eh...

Ok... Berbalik cerita asal yang Sheila nak share.

Pernah dengar tak kuih kolang kaling?
Ni sebutan bagi orang2 jawa.

Orang2 melayu panggil buah kabung.

Alkisahnya, raya hari tu en.husband dok bercerita kuih kolang kaling, kuih kolang kaling. Masa dia kecik2 selalu embah dia buat time raya. 

Huh... Sheila pun excited la nak tahu rupa kuih kolang kaling ni.

Sampai le ke rumah makcik husband, ada kuih kolang kaling tu. Bila Sheila tengok je rupa kuih kolang kaling tu, baru Sheila ingat masa Sheila kecik2 g beraya dulu pun ada kuih kolang kaling ni. Tapi Sheila tak panggil la kolang kaling.

Then, apa lagi teruslah bertanya kat en.google. Rupa2nya kuih kolang kaling ni buah kabung. Bukan sejenis kuih ye. Sepatutnya di kategorikan sebagai jeruk.

Jeruk?

Boleh la kot. Sebab di rendam dalam air. Macam jeruk la kan. Haha...



See! Jeruk la kan. Jeruk buah kabung.

So, raya tahun depan nak mencari buah kabung. Nak cuba buat kolang kaling. Hihi...

Ok. Settle pon post kali ni. Laju je menaip sebab nak terus publish. Haha...

Selamat berkolang kaling ye :)

Tuesday, June 30, 2015

Ohsem nya Jun 2015

Promo Shaklee datang lagi. Macam biasa setiap bulan, Shaklee mesti nak bagi SIHAT dan JIMAT.

Lagi special bulan Jun ni, Shaklee bagi EXTRA... Ha, EXTRA apa tu?

EXTRA CANTIK!!! Kan dah nak raya... Opsss... Puasa pun belum lagi ye. Hihi...


Anda nak cantik?


PROMOSI  RAYA OHSEM!

Khas untuk kulit cantik berseri glowing di pagi raya.

1. Vitamin C untuk kesihatan kulit dan melambatkan penuaan

2. Vitamin E untuk mengurangkan garis halus,kedut, parut dan jerawat.

Nak tahu lebih banyak lagi khasiat Vitamin C dan Vitamin E ni, korang boleh klik je kat point no 1 dan 2 yang kat atas tu ye.

Kalau nak terus order, meh le PM Sheila. Kite sharing-sharing cerita.

Korang nak cantik tak?


Wednesday, June 17, 2015

Marhaban ya Ramadhan

Assalammualaikum...

Sempena bulan yang mulia  ini Sheila mohon maaf kalau2 ada melakukan kesalahan dan kesilapan tertulis ke tercomment ayat2 yang tak sepatutnya sepanjang Sheila berblog ni. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas...




Salam ramadhan untuk semua :)

Sunday, June 14, 2015

Resepi Kuih Ketayap gebu

#kongsiresepi

Hari ni Sheila nak share 1 resepi kuih tradisional, namanya Kuih Ketayap. Kuih Ketayap ni bukan Sheila yang buat. Ex-offimates yang buat. Dia share kat facebook. Geram Sheila tengok. Gebu-gebu...

Sheila pulak share kat sini. Senang. Kalau bila2 terasa nak buat kuih Ketayap ni, Sheila godek je la kat belogsheila ni.

Bahan2 untuk membuat Kuih Ketayap yang gebu:
1cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
Segenggam kelapa parut ( tak letak pun tak pe or leh ganti ngan santan cuma kurang kan sukatan air kepada 1 cawan )
Telur sebiji
Daun pandan
1 sudu kecik garam
1 sudu besar minyak masak
Pewarna hijau

Cara nak buat Kuih Ketayap ni mudah je,
Blender semua bahan di atas kemudian tapis, lenser minyak sikit kemudian letak adunan buat macam lempeng tapi lebih nipis buat sampai habis.

Selamat mencuba!


Note: Cara buat inti kelapa tu, member tak share pulak. Sebabnya tu extra inti kelapa dari dia buat roti / bun. Nanti Sheila risik2 resepi kat dia lagi.

Wednesday, June 10, 2015

Jalan-jalan cari Sotong Goreng di Morib

Ish.. ish.. apa lah nak jadi dengan Sheila ni. Asyik draft je, tapi tak publish-publish gak..

Actually post ni Sheila dah draft dari bulan lepas. Tapi last-last tak post gak. Teruk betul perangai semenjak 2menjak ni...

Oklah. Korang bacalah terus ye apa yang Sheila membebel hari tu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Berkesempatan hari ni nak share cerita.

Ahad lepas hari tu, Sheila ada kenduri kat rumah makngah en.suami kat Andalas Klang. Alang2 dah terlajak ke Andalas ni, ok gak kalau lajakkan terus ke Morib. Kitorang pun dah lama tak mencuci mata kat sana.

Perjalanan Andalas ---->> Morib mengambil masa dalam sejam lebih gak. Bergantung kepada cara pemanduan pemandu korang dan juga keadaan lalulintas ye.

Sebenar-benarnya Sheila dah lama merancang nak pergi ke Morib ni. Semuanya gara-gara dah tergoda dengan gambar sotong goreng yang officemate tayang kat Sheila minggu lepas. Dapat juga Sheila merasa sendiri sotong goreng yang crunch ala-ala ayam Uncle Bob.

Sedap wei!!! Puas hati. Harga nya pun tak lah mahal sangat. Berbaloi lah datang Morib dapat pekena sotong goreng ni.

Ha, ni Sheila ada tepek kan gambar masa kat Morib. Jemput tengok ye :)

Banyak yang dah berubah kat Morib. Seronok!
Memulakan misi UTAMA ke Morib
Sotong goreng XXL berharga RM12 sepinggan dan air mangga gelas besar (yang ni tak ingat berapa harga)
Driver tercinta nak pekena tahu bakar. Layan kan je lah, kalau tak kena tinggal nanti...


Dah habis makan, kitorang pun bergerak balik. Huh... Puas hati!
Misi MORIB berjaya!

Next time kita pergi jalan-jalan Morib lagi ye :)