Pages - Menu

Monday, February 9, 2015

Alhamdulillah

Assalamualaikum anda semua yang dikasihi oleh Allah SWT.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Pinjamkan sesaat masa anda untuk kita sama-sama mengucapkan Alhamdulillah kepada Yang Maha Kuasa.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Friday, February 6, 2015

5 kenikmatan yang harus disyukuri dan dimanfaatkan dengan baik

Apa ending 'Istikharah Cinta'?

Haa.. Malam ni apa aktiviti korang?

Saya...

Tengok ending cerita 'Istikharah Cinta'...

Berhantu juga cerita ni. Sampai cik abang pun join sama tengok cerita ni.

So, kita tunggu lah ye apa ending nya nanti...

Thursday, February 5, 2015

Keegoan seorang ibu atau ayah

Sharing from loving;

Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap.

Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.

Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris.

Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.

Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..

Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang menjemput.

Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan.

Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.

Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.

Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.

Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.

Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak.

Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?

Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.


* peringatan untuk saya dan  kalian yg sibuk bekerja. 

Ya! Anak itu anugerah Allah yang sangat bernilai. Mereka umpama kain putih, dan kita sebagai ibu ayah yang akan mencorakkannya. So, corak yang macam mana yang kita nak hasilkan?

Wednesday, February 4, 2015

Roti bunga

Siapa kat sini yang suka buat roti sendiri?

Sheila suka. Tapi tak ada lah power sangat meroti ni. Untuk cik abang dengan Nia makan boleh lah. Hihi... Tapi tetap lembut jugak macam roti kat kedai.

Haa... Pada yang suka meroti, ni Sheila nak share cara bentukkan roti yang sangat-sangat kreatif.

Kreatif kan

Ish... Kalau roti macam ni depan mata, tak tau nak makan ke tidak. Sayang nak makan. Cantik sangat.

Tuesday, February 3, 2015

First Giveaway 2015

Assalamualaikum and peace upon you. ^^


First Giveaway 2015

Senarai Hadiah.

Top Refferal.
  • 1 set Beauty Product x1 by Merlyn
  • Topup RM5 x1 by Sheila

Random.

Good luck! ^_^


Sunday, February 1, 2015

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mac-April 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 31 Januari 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 28 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 



  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mac-April dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.
SENARAI PESERTA
Kredit untuk Kak Mialiana.