Pages - Menu

Saturday, February 28, 2015

Promo Shaklee di bulan Februari

Tahun 2015 ni Shaklee makin gempak. 
Bulan lepas bagi promosi untuk Vivix, Vitalea for kids dan Alfalfa Complex...

Bulan ni lagi lah gempak...

Nak tau apa yang gempak?

Bukan 1! Bukan 2! Bukan 3!
Tapi 4 Shaklee bagi promosi Februari ni.


So apa lagi, gempak kan lah diri korang dengan vitamin-vitamin Shaklee ni.

SIHAT DAN JIMAT DENGAN SHAKLEE!

Friday, February 27, 2015

Segmen www.sitisharini.com

CLICK BANNER TO JOIN!



Assalamualaikum semua=)



Cik Siti sedang melancarkan segmen bagi mewar-warkan penghijrahan storybyciksiti.blogspot.com ke www.sitisharini.com .



Jemput join semua ye. Thanks!! =))

Tarik tamat: 15/03/15

1st Giveaway myhoneyy.blogspot.com

Haha.. Last minute join ni. Mana tau rezeki saya kan.

Jom join!

Kot kalau korang sempat sebab closing date 28 Feb 2015... hihi...

Klik je banner kat bawah ni ye.



Wish me luck!

Wednesday, February 25, 2015

Ceritera tentang ESP Shaklee


Siapa tak tahu ESP ni? Mesti korang tahu punya. ESP ni antara HOT product dari Shaklee. Kalau ada je promotion Buy 6 Free 1 untuk ESP ni, berdesup order masuk bertalu-talu... haha... cerita saja nak gempaq!

Hari ni saja Sheila nak kenalkan lagi ESP ni kat korang. So siapa-siapa yang belum tahu, belum kenal, meh sini berkenal-kenalan. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal terus jatuh cinta... hihi... Macam saya.


Sedikit info tentang ESP Shaklee

* Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah.

* Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

* Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan.


Khasiat ESP?

1. ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri

2. ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih

3. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak.

4. ESP juga membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam.

5. Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum

6. Berkesan dalam menganjalkan kulit, dan sangat digemari oleh kaum wanita bagi menganjalkan kembali payudara yang kendur

7. Cepat kenyang dan membantu dalam usaha mengurangkan berat badan.

8. Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.


Mana nak dapatkan ESP ni?

Senang je.

Korang roger je saya ye. Nak tinggalkan comment kat bawah ke email ke atau boleh je beli direct kat sini. Nanti ESP ni akan terbang sampai depan pintu rumah korang.


Wednesday, February 18, 2015

Al-fatihah untuk adik Zharif

Ingat tak sebelum ni Sheila pernah post pasal sumbangan segera untuk Adik Zharif yang ada masalah hati. Kalau tak ingat, boleh baca kat sini ye.

Actually Sheila ada like pages yang diorang create untuk update keadaan adik Zharif. Tapi sebab Sheila ni jarang tengok fb, tu yang terlepas berita.

Innalillah... Allah lebih sayangkan Adik Zharif. Dia telah meninggal dunia Jumaat lepas. 


Pada yang nak tahu lebih detail lagi kisah Adik Zharif ni, boleh tengok kat pages Hati baru untuk Adik Zharif.

Al-fatihah

Tuesday, February 17, 2015

Deko deko Chinese New Year 2015

Hari ni last day kitorang kat office, sebelum bercuti panjang sempena Chinese New Year. Tahun ni CNY jatuh pada hari Khamis dan Jumaat. Tu yang cuti sakan. Dari Rabu hingga Isnin depan. Hari Selasa baru naik kerja semula.

So, hari ni Sheila settlekan kerja deko-deko kat office ni. Actually dah buat dari minggu lepas. Cuma hari ni top up dan touch up sikit-sikit lagi.

Inilah hasilnya!

Angpaw kosong je.. Boss belum isik lagi :(

Tahun KAMBING tahun ni ye...

Happy Chinese New Year 2015!

Monday, February 16, 2015

Siapa yang paling banyak bekorban dalam keluarga?

Kadang-kadang kita tak sedar kan...

*****


"Kita sering terdengar keluhan si isteri ,

bahawa dialah yang paling banyak berkorban dalam rumahtangga....



tidak kurang juga sang suami ...
ada yang mengeluh panjang
kerana perlu berkorban banyak perkara.



Tetapi sebenarnya,
anak-anaklah yang paling banyak berkorban!



Setiap hari, mereka lepaskan ibu dan bapa pergi,
tinggallah mereka sendiri,
mencorak hidup tanpa pedoman hakiki,
sedar-sedar mereka sudah tahu berdikari!



Malangnya lagi,
bila mereka tersilap mengecilkan hati ,
mereka akan dimarah
bagai tiada keampunan lagi.



Pagi ini,
buat pertama kali,
mohonlah maaf dari mereka,
bisikkan ke telinga mereka
bahawa mereka akan faham segalanya
suatu hari nanti!"



- Ustazah Nik Salida Suhaila