Pages - Menu

Wednesday, February 11, 2015

Hati Baru Buat Adik Zharif

Saya dapat dari group whatsapp...

“Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul”. Begitulah pepatah yang dapat menggambarkan kisah yang dialami oleh adik Muhammad Zharif Al-Hafiz. Adik kecil yang baru berusia 9 bulan ini telah disahkan menghidap penyakit PFIC – Progressive Familial Interphatic Cholestasis @ End Stage Liver Failure atau bahasa mudahnya ialah Bengkak Hati. Anak sulung kepada pasangan Zulfazrul dan Afifah ini memerlukan rawatan segera kerana keadaan anaknya yang semakin kritikal. Kini kurang daripada 20% sahaja hatinya berfungsi.

Adik Zharif memerlukan khidmat rawatan segera yang dijangkakan akan dijalankan di China dengan kos rawatan dianggarkan sebanyak RM 150,000 – RM 200,000. Marilah sama-sama kita menghulurkan tangan dan meringankan beban adik Zharif. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun seperti yang tertera pada poster. Sebarang maklumat dan berita terkini berkenaan adik Zharif boleh diikuti di FB Page Hati Baru Buat Adik Zharif.


No comments:

Post a Comment