Pages - Menu

Monday, August 31, 2015

Tawaran HEBAT untuk pembelian ESP dan Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum...

KONSISTEN!

Ya... Walau apa pun yang kita buat kita memang perlu konsisten. Macam salah seorang pengguna tegar Shaklee ni. Dia telah konsisten mengamalkan ESP dan Vitamin C. Dan hasilnya memang superb!

*****




MY SHAKLEE EFFECT #2

Shaklee Effect kali ini saya ingin kongsikan kesan dan manfaat yang saya dapat setelah menggunakan ESP Shaklee dan Vitamin C Sustained Release. Sebenarnya saya sendiri tidak perasan sehinggalah satu hari saya menggali-gali gambar lama bersama anak pertama. Konon-konon ingin membuat ‪#‎throwback‬.

Tahun 2011 (Sebelum)Umur saya waktu ini 29 tahun. Mempunyai seorang anak. Muka saya nampak masih keanak-anakkan tetapi kulit wajah yang gelap dan kusam menjadikan ia kurang menarik. Nampak biasa-biasa sahaja kan! Saya gemar aktiviti outdoor. Jadi, muka saya mudah terbakar.


Tahun 2014 (Selepas)Umur saya kini 32 tahun. Mempunyai 3 orang anak. Kalau dilihat pada gambar tersebut, nampak perbezaan yang ketara. Muka saya nampak dah semakin matang tetapi kulit wajah nampak berbeza. Cerah, bersih dan tidak perlu memakai make up yang tebal. Jerawat tak usah cerita. Dah segan nak singgah! Sun Burn pun tiada.

Hihi...
Alhamdulillah. Inilah hasilnya setelah saya konsisten dengan ESP SHAKLEE dan VITAMIN C sejak tahun 2012. Selain untuk mendapatkan kesihatan yang baik, saya mendapat BONUS KULIT CANTIK!
*****

Kesimpulannya, kalau kita benar-benar nak merasa BONUS KULIT CANTIK seperti Tauke Kedai Vitamin Tanjung Karang ni, kita perlu konsisten. Konsisten mengambil ESP dan Vitamin C. 


SPECIAL UNTUK KORANG YANG BACA BELOGSHEILA!



Sheila bukak HARGA SPECIAL UNTUK SORANG SAJE ... Satu set kecantikan ESP dan Vitamin C. Kalau korang nak, boleh contact terus ke Sheila. By email sheilamutalib@yahoo.com. By whatsapp 0137704101. OK!


Sunday, August 30, 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com

Assalamualaikum...



Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.





Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :

  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.



nak join giveaway ini, sila klik pada banner..


Saya lah 'Ibu yang Ohsem'

Assalamualaikum...




Thursday, August 27, 2015

Jimat 11% + 20% + 30% di 11street

Assalamualaikum...

Korang... ni Sheila nak share ni. Dah lama screenshot. Cuma tak sempat je lagi nak tepek kat sini.

Ingat tak Sheila ada beritahu baru2 ni Sheila dah jatuh cinta kat 11street. Korang boleh baca kisah cinta Sheila kat sini. Tapi ceritanya tak habis lagi.

Kan Sheila ada beritahu 11street sekarang ada bagi voucher. 11%, 20% dan 30%. Ha, amekaw! Banyak kan. Kalau korang shopping dan guna voucher dari 11street ni, confirm boleh jimat banyak.


Macam mana nak dapatkan voucher 11street ni?

Senang je! Korang semestinya kena register dulu kat 11street. Then install app 11street kat smartphone. Korang tunggu jam 11 pagi. Bukak app 11street dan download voucher yang tersedia kat sini. Pilihlah antara 3 voucher yang ada.


Tapi ia nya tertakluk pada terma dan syarat jegak. Korang boleh baca selanjutnya kat website 11street.

Ok lah. Selamat bershopping!

Kurangkan buncit dengan Omega Guard dan Lecithin

Assalamualaikum...

Lawak hari ni. Adik Sheila share pasal suami boroi a.k.a buncit.
Haaa... ni fakta ke auta?

Bagi Sheila ni cerita geli-geli rumah tangga je. Nak sedapkan hati bila tengok perut masing2 dah ke depan. Macam tengah bertanding pulak perut siapa paling menonjol. Hehe.. sorry ye. Sheila gurau2 je. Jangan terasa pulak.

Tapi sedap ke hati bila tengok perut dah makin ke depan? Mesti hati runsingkan.

Dan atas dasar kerunsingan tu, Sheila pun dapat mesej dari seorang isteri bertanyakan set kurus Shaklee. Bila Sheila tanya masalah2 awal kegemukan, rupanya set kurus ni untuk en.suami. Suaminya risau perutnya semakin membuncit.

Jadi apa yang Sheila syorkan pada isteri untuk suaminya?


Kurangkan buncit dengan Omega Guard dan Lecithin

Yup! Omega Guard dan Lecithin. Kedua2 suppement ni Sheila cadangkan untuk suaminya. Omega Guard berfungsi untuk membakar lemak dan membantu mengawal selera makan. Lecithin pula berfungsi untuk memecahkan lemak2 yang termendap.


Apa kata mereka yang dah ambil Omega Guard dan/atau Lecithin?

" Ini adalah testimoni hubby (suami) saya sendiri sebelum dan selepas mengkomsumsi OMEGA GUARD Shaklee. Sejak berkahwin beliau mengalami masalah perut buncit tahap ke -2. Dalam hanya 3 bulan selepas pengambilan Omega Guard secara konsisten dan sedikit bersenam...hubby dapat mengembalikan bentuk badannya seperti dahulu semula...Ohhh...saya HAPPY..."



Ada yang nak mencuba? Boleh klik je kat bawah ni. Atau Sheila pun boleh orderkan. Sms atau whatsapp Sheila 0137704101. Email Sheila sheilamutalib@yahoo.com ;)






*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, August 26, 2015

20 doa harian untuk anak-anak

Assalamualaikum...

Hari ni scroll facebook jumpa koleksi doa harian. Terus Sheila save. Senang nak ajar anak2 nanti. Dania memang suka kalau diajar doa2 harian ni. Antara doa yang Dania dah hafal doa makan, doa tidur, doa bangun tidur, doa ibu ayah dan doa menuntut ilmu. Selalunya Sheila akan suruh Dania baca semua doa2 tu selepas solat. Tu yang dia hafal tu.

Doa dhuha pun dia hafal. Sebab Sheila memang save Doa Dhuha tu dalam henpon. Boleh pasang Doa Dhuha ni selalu.

Meh Sheila lekatkan koleksi doa harian kat sini. Senang nanti lain2 kali Sheila nak tengok dan refer.






















Tuesday, August 25, 2015

'RM6,500, ITULAH HARGA KEBODOHAN AWAK'

Assalamualaikum...

Korang mesti biasa dengar, ' Aku beli rumah ni sebagai aset aku'. Tapi betul ke rumah yang kita duduk tu adalah aset kita?

Meh baca cerita pasal Aset dan Liabiliti. Bagus ni untuk beri pemahaman dan pembelajaran pada diri Sheila sendiri dan golongan muda yang lain.

***

'RM6,500, ITULAH HARGA KEBODOHAN AWAK'

Tersebut kisah daripada memori tentang seorang Engineer muda, Mr Vios yang baru masuk kerja di sebuah syarikat minyak dan gas terkenal di dalam negara.

Dengan sijil yang dimiliki oleh Mr Vios, tambahan dengan gred yang hebat, mana mungkin syarikat berkenaan menolak permohonan beliau. Jadi bekerjalah Mr Vios sebagai seorang engineer muda setahun jagung dengan gaji yang beliau rasa lumayan, iaitu RM3000 sebulan.

Dengan gaji sebegitu, Mr Vios sudah merasakan kenikmatan hidup. Memanglah, dulu dapat duit pinjaman sponsor pun baru RM700 sebulan. Sekarang sudah dapat hampir 4 kali ganda. Jadi Mr Vios merasakan dirinya berada dalam status kehidupan yang sudah agak mewah. Sudahlah seorang engineer, berduit pula.
Sesudah mendapat gaji pertama, Mr Vios merasakan kekosongan yang amat sangat. Duitnya hanya terusik sedikit sahaja. Difikirkan bagaimana mahu menggunakan pengetahuan engineering optimisation terhadap gajinya yang terbiar tidak digunakan.

Balik kampung berhari raya, beliau disindir sanak saudara. Tidak kurang juga yang memaksa. Bila mahu pakai kereta (besar)?
Tekad menggunung. Balik daripada kampung terus mencari kereta yang sesuai.
Gajinya RM 3000. Kereta apa yang beliau layak? Lantas ditanya kepada pegawai bank. Beliau layak meminjam maksimum 2/3 daripada gaji bersih sebulan untuk installment. Lebih kurang RM 2000.

Dengan berbekal pengetahuan kewangan sedia ada, Mr Vios agak-agak selamat untuk menurunkan bayaran bulan sebanyak RM1500. Barulah berjimat cermat.
Jadi proses shopping kereta pun bermula……

Dengan RM1500 sebulan, kadar HP 3% dan tenure 9 tahun, beliau dapat memiliki sebuah Honda Civic yang cun melecun. Sesuailah dengan status beliau sebagai orang berkarier, engineer pula tu.

Jadi dengan bangganya Mr Vios membawa dan memperkenalkan Honda Civic yang cun melecun kepada sanak saudara dan rakan sekerjanya. Bangga sungguh dia. Kawan-kawan pun memuji. Barulah setaraf.

Rupanya rakan-rakan sekerja Mr Vios pun tidak kurang juga. Masing-masing berkereta hebat-hebat.

Dalam banyak-banyak rakan sekerja, Mr Estima merupakan technician yang report direct kepada Mr Vios. Mr Estima telah bekerja lama dengan syarikat tersebut, namun disebabkan hanya mempunyai sijil dan diploma, beliau kekal sebagai technician. Gaji pokok beliau sudah tentu tidak dapat menyaingi bos mudanya, Mr Vios.

Mr Vios berkata dalam hati, Mr Estima pasti tidak mampu memakai kereta hebat seperti beliau. Berapa saja gajinya, bisik hati kecil Mr Vios.

Sangkaan Mr Vios meleset apabila suatu hari beliau melihat Mr Estima menaiki Toyota Vellfire ke tempat kerja. Terkejut beruk beliau.

Mr Vios menyapa Mr Estima selepas beliau selesai meletakkan keretanya.
Mr Vios: Pakcik Estima, besar kereta pakcik. Pakcik punya ker?
Mr Estima: Aah, dah pakcik bawak, memanglah pakcik punya.
Mr Vios: Wow, mampu ker pakcik bayar kereta macam ni? Mahal ni. Paling kurang RM2000 sebulan ni. Gaji pakcik mana cukup.
Mr Estima: Kau bayar kereta kau berapa sebulan nak?
Mr Vios: RM1500.
Mr Estima: Gaji kau berapa nak?
Mr Vios: RM3000.
Mr Estima: Kesian. Hamba kereta. Kerja macam nak mati separuh bulan cuma untuk kereta.
Mr Vios: Errr….
Mr Estima: Aku pakai Vellfire tu free jer…orang tolong bayarkan
Mr Vios: Eyh, macam mana boleh pakai free? Orang bayarkan pulak tu. Biar betul pakcik pakai Vellfire free?
Mr Estima : Bukan aku yang bayar so kira free lah.
Mr Vios : Ok pakcik, ceritalah macam mana pakcik buat.
Mr Estima: Banyak jer cara boleh buat. Kawan-kawan pakcik buat banyak cara. Tapi yang ni kira paling simple lah.
Mr Vios : Simple pun jadilah.
Mr Estima: Kau kena ubah mindset. Bezakan aset dan liabiliti. Kemudian belajar hidup jangan sebab nak impress orang. Sebenarnya takde orang kisah pun kau pakai kereta ape. Last sekali kau jugak yang bayar, bukan member atau sedare mara kau.

ASET – Aset adalah sesuatu yang meletakkan wang di dalam poket anda, sama ada anda bekerja atau tidak.
LIABILITI – Liabiliti adalah sesuatu yang mengambil wang dari poket anda, sama ada anda bekerja atau tidak.

Mr Vios : Makan dalam ni..Tapi takpe saya terima teguran tu pakcik. Ceritalah lagi.
Mr Estima : Sebagai orang muda yang miskin, kau kena fokus tambah aset. Orang miskin ni takda aset, tapi banyak liabiliti. Kalau kau start kerja dah kumpul liabiliti, alamat ko jadi hamba duit sampai bila-bila.
Aku muda-muda dulu bukan senang bank nak bagi pinjaman, jadi aku pakai kereta buruk jer. Asal boleh jalan. Kau pulak bukan kawen lagi, pakailah kereta biasa-biasa. Kumpul beli kereta second hand.
Kalau gaji kau 3000, Kau bayar maximum 300 cukup la.
Mr Vios: Ok-ok. Nasihat diterima. Lagi pakcik?
Mr Estima: Duit lebih tu kau simpan dan labur la. Kalau kau boleh bayar RM1500 untuk kereta, maknanya kau ada lebih rm1200. Kat sinilah kuncinya.
Laburkan duit tu. Macam pakcik dulu, takde la ada 1200, tapi lebih dapat la beli satu rumah flat. Bayar 300 jer sebulan. Bila gaji tambah, pakcik tambah satu lagi rumah flat.
Pakcik sewakan rumah tu, dapat la duit lebihan. Duit lebihan ni pakcik kumpul untuk downpayment rumah seterusnya.
Lepas pakcik ada beberapa aset rumah flat, pakcik pun fikir nak tukar kereta.
Jadi bila boring beli rumah flat, pakcik stop kejap, pakcik guna duit lebihan untuk bayaran kereta bulanan. Jadi pakcik bayar guna duit lebihan tu jerlah.
Bila tukar-tukar kereta acap kali, pakcik rasa rugi pulak jual kereta second hand. Baik pakcik sewakan. Kancil bayar RM 300 sebulan, harga sewa sehari pun dah RM 80, cukup 5 hari orang sewa dah balik modal.
Kau pakai Honda kau tiap-tiap hari ker?
Mr Vios: Time nak pergi kerja jer. Weekend kalau keluar jalan-jalan. Kalau tak parking dekat rumah jer. Kawan saya dekat KLCC tu naik komuter dan LRT jer. So hari kerja tak pakai kereta pun.
Mr Estima : Haa, bijak pun. Setiap bulan ada 8 hari minggu boleh sewakan. Dah untung dah. Kalau orang nak sewa hari kerja pun ok, kita naik motor atau public transport lah.
Itu cerita kereta kancil nak. Itulah yang pakcik buat sampai ada Vellfire ni.
Mr Vios : Betul la pakcik. Selama ni saya tak pernah terfikir untuk buat camni.
Mr Estima : Benda ni untuk orang yang nak buat jer. Yang boleh dahulukan masa depan dan tolak kepuasan diri sendiri. Yang nak senang cepat, tak dapat nak tolong.
Ada banyak lagi cerita kawan-kawan pakcik. Ada yang main saham, ada yang buat projek pecah tanah, ada yang main emas, ada yang main rumah lelong, ada yang buat sublet, ada yang buat bisnes macam-macam, ada yang pakai syarikat. Yang penting kita mesti mahu belajar.
Mr Vios: Terima kasih pakcik. Terbuka minda saya.

Financial Statement (Penyata Kewangan) Pakcik Estima (Kiri) vs Encik Vios (Kanan)

Mr Vios telah berazam hanya mahu fokus kepada menambah aset. Honda Civicnya mahu dijual walaupun mungkin rugi. Namun kerugian itu katanya berbaloi.
Begini rasional Mr Vios.

Kereta yang dijual itu susut nilainya hampir 15% setelah 6 bulan dipakai. 15% daripada RM 130k ialah RM 19,500. Hutang beliau masih banyak dek kerana bank mengenakan kadar keuntungan. Jadi hutang beliau tetap 130k (andaian untuk mudah kira). Memandangkan beliau telah bayar 10% downpayment, bermakna dengan susut nilai 15%, beliau rugi 5% iaitu RM 6500.

Tetapi RM 6500 boleh dikira kerugian yang kecil kerana jika beliau meneruskan komitmen RM 1500/sebulan itu, beliau akan rugi lebih banyak.

Mr Vios pun pergi melawat Mr Estima yang sedang berehat dirumahnya, dengan niat mendapat nasihat.

Mr Vios : Pakcik, saya mahu jual kereta saya. Tak mahulah sewa-sewa ni, leceh. Saya jual terus dan perbaiki cash flow saya. Rugi sedikit sekarang.
Mr Estima: Berapa kau rugi nak?
Mr Vios : Lebih kurang RM6,500.
Mr Estima : Oklah tu. Itulah harga sebuah kebodohan. Kira sebagai bayaran pembelajaran lah. Tapi Honda kau tu kalau tunggu beberapa tahun sikit mungkin tak rugi dengan susut nilai sebab resale value Honda tinggi. Tapi yang kau carik pasal buat loan 9 tahun tu sapa suruh. Dengar lagi orang bank dengan penjual kereta punya nasihat.
Tapi jugak, kalau kau tunggu lama sampai nak loan dan value kereta kau match, kau dah rugi banyak masa dan peluang.
Bertahun-tahun jugak tu. Kalau kau rasa RM 6500 tu berbaloi untuk beli masa bertahun-tahun, you are on the right track.
Mr Vios : (Kembang bangga dengan pujian sifunya). Jadi saya on lah jual kereta saya ni. Saya juga dah rancang nak beli aset. Rumah.
Mr Estima: Bagus dah tu. Kau nak beli rumah untuk apa?
Mr Vios : Rumah ni untuk duduk, pastu untuk investment sekalilah. Kira sambil menyelam minum air la ni. Hehehe bijak tak saya?
Mr Estima: Hehe. Aku dah jumpa ramai dah orang macam ni. Nak pakej 3 in 1, 10 in 1. Nak beli rumah untuk duduk, pastu nak sewalah, pastu nak investlah, pastu nak cashflow lah, pastu nak capital gain lah. Orang macam ni memang takkan jumpa rumah sampai bila-bila. Kalau dia beli pun, dia takkan jadi investor yang berjaya.
Mr Vios : Uikss, makan dalam lagi ni. Takpe-takpe, sifu punye pasal sebab ajar pun free ni, say terima. So macam mana ni?
Mr Estima : Untuk melabur kena ada target. Macam pakcik beli flat untuk sewa dan dapat cash flow positif, duit lebihan. Kira pakcik ni slow mo punya orang. Alon-alon bak kata orang Kanada. Ada orang main flipping. Beli, hold 2-3 tahun dan jual. Untung dekat capital gain. Sekali untung bila market cantik memang best lah. 5-6 angka tu biasa. Pastu rolling la lagi.
Mr Vios: Wah, terliur nih. Saya patut main macam mana ni?
Mr Estima : Cerminlah diri sendiri. You must know your own game.
Mr Vios : Ok saya set saya mahu main game simple. Saya nak beli satu rumah yang ada potensi yang sangat baik. Mungkin boleh naik double dalam masa 5 tahun. Saya kena carik area hot dan lokasi kegemaran flipper dan spekulator. Kemudian saya jual, dan dapat duit untung. Duit untung tu saya beli tanah dan buat rumah sendiri. So saya tak perlu berhutang beli rumah sendiri kan? Bijak tak saya? Hehehehe.
Mr Estima : Hahahaha.. ini yang nak gelak lagi dengan orang muda ni. Belum apa-apa dah fikir macam orang pencen. Nak rumah sendiri, tanah luas la apa la. Ini kira mazhab Settle Down Early.
Mr Vios : Adeh, kena lagi. Tak best ker idea saya tu? Ok apa invest sekali pastu dapat rumah sendiri free?
Mr Estima: Oklah juga tapi tak berapa bijak. Itu kesilapan ramai orang muda. Kau kira ok lah ada jugak invest dan target rumah sendiri “free’. Ada ramai kawan-kawan sebaya kau tu tak sabar nak rumah sendiri. Nak settle down katanya. Baru kerja 2-3 tahun, settle down apa kejadahnya? Ada 30 tahun lagi masa bekerja (kalau hidup normal, namun ajal dan maut di tangan Allah).
Dah beli rumah sendiri, pakai joint loan max suami isteri. Downpayment guna personal loan. Renovate pun pakai personal loan (kalau ada lagi entitlement). Buat kabinet dapur pakai bayar pakai kad kredit. Beli perabot pakai ansuran mudah.
Kerja korporat, gaji beribu-ribu nak pakai smartphone konon, pun pakai ansuran mudah or pakai kontrak.
Itu sikit jer kes-kes depan mata. Belum lagi aku nak membebel kenduri kahwin dan wang hantaran pun berhutang..
Mr Vios; Huhu. Rileks pakcik. Nanti kena strok kang. Betul la cakap pakcik..Insaf saya.

Kebanyakan orang berfikir hanya untuk buat duit. Mereka tidak sedar bahawa terdapat pelbagai jenis wang yang boleh dijana. Selama bertahun-tahun, Rich Dad mengajar Mike dan saya bahawa terdapat tiga jenis pendapatan:
Pendapatan yang diperolehi biasa / Pendapatan Aktif: Secara umumnya diperoleh daripada pekerjaan melalui gaji. Ia adalah pendapatan tertinggi dikenakan cukai , dan dengan itu, yang paling sukar untuk membina kekayaan dengan.
Pendapatan Portfolio: Secara umumnya berasal dari aset kertas seperti saham, bon, dan dana bersama.
Pendapatan pasif: Secara umumnya berasal dari hartanah, royalti, dan pengagihan. Ia adalah pendapatan yang paling rendah dikenakan cukai – , dengan banyak faedah cukai, dan ianya adalah pendapatan yang paling mudah untuk membina kekayaan dengan.
Rich Dad berkata, “Jika anda mahu menjadi kaya, fokus untuk menjana pendapatan pasif. ”
– Robert T Kiyosaki

Mr Estima hampir diserang strok gara-gara terlalu kecewa dengan sikap golongan muda (dan tua) yang menguruskan kewangan dengan sambil lewa. Nasibnya baik kerana ditenangkan oleh Mr Vios, seorang pemuda yang sopan santun tetapi masih mentah dan naif dalam kehidupan.

Mr Estima: Pakcik pun tak tahu kenapa kemahiran urus wang ini tak diajar di sekolah. Ada banyak teori konspirasi yang pakcik dengar, tapi entahlah.
Mr Vios : Habis pakcik ni belajar dari mana? Takkan ilmu ni dapat dari bertapa? Tapi memang betul, menda ni memang tak diajar dekat sekolah. Tapi dekat sekolah pun siapa nak ajar. Cikgu pun perangai sama jer. Bukan kata kat semua, tapi banyak kes lah. Harap kalau saudara mara pakcik ada yang kerja cikgu, saya minta maaf.
Mr Estima: Pakcik belajar dari kawan-kawan. Sebenarnya dulu dalam hati pakcik, memang teringin nak jadi orang senang. Pakcik asal kampung, orang miskin. Kerja keras tapi duit cukup makan. Pakcik terpikir macam manalah nak jadi senang. Disebabkan itu, pakcik berjumpa orang-orang yang senang dan pakcik belajar dari mereka.
Mr Vios: Bestlah pakcik, jumpa kawan orang senang. Saya jumpa pakcik jer itupun dah nasib jer kot.
Mr Estima: Hek eleh kau ni. Sebenarnya banyak jer cara kalau betul-betul nak. Contoh sekarang kan ada tv la, internet la. Banyak jer boleh belajar. Buku pun banyak. Cuba ko pergi kedai buku, banyak jer buku pasal merancang kewangan, cara nak buat duit, cara nak bisnes. Tapi orang kita suka baca buku seram, baca novel cinta, sebenarnya aku isteri dia dan lain-lain. So tak bolehlah nak salahkan sistem pendidikan jer. Bahan sebenarnya dah ada banyak.
Mr Vios: Betul la. Saya asyik beli majalah Maskulin jer. Lepas ni tukar selera pulak. Beli Gila Gila. Hehe..Lawak jer ni pakcik..heheh..
Mr Estima: Anak saudara aku pun sebaya kau. Tapi dia pun dah on the right track. Banyak juga aset dia. Emas ada, rumah sewa ada. Masih pakai motor pergi kerja. Ada kereta bini dia bawak. Viva jer. Dia kata dia banyak belajar dari fesbuk. Dekat internet.
Mr Vios: Ohh facebook. Rupanya dekat facebook pun boleh belajar ehh. Saya jarang bukak sebab malas nak layan orang-orang asyik upload gambar anak dia, kucing dia, dan segala yang dia makan semua masuk dalam facebook. Takpe lepas ni nak cari geng-geng fikir masa depan ni jer la. Sure banyak.
Mr Estima: Betul nak. Kadang-kadang ilmu banyak jer free, tapi kena mencari. Wah rhyme la pulak. Free, tapi kena mencari.
Mr Vios: Aah. Tapi saya nak tanya lagi la pakcik. Sampai bila kita kena kerja ni? Saya tengok aset-aset ni semua tambah hutang lagi. Makin tambah hutang, makin tak lena tidur.
Mr Estima: Kau jangan fikir separuh jer. Matlamat tambah aset adalah untuk buat duit kerja untuk kita. Omputih kata, “Money is the great slave but a terrible master”. Sebelum ni kita hidup untuk dapat duit, jadi hamba duit, kita ubah strategi untuk menghambakan duit.
Hutang yang baik adalah salah satunya. Tapi kita kena ada matlamat untuk bebas kewangan. Contoh macam pakcik, pakcik dah tak perlu kerja sebenarnya kerana pendapatan pasif pakcik dah cukup untuk tampung hidup pakcik. Tapi sebab malas nak duduk rumah, pakcik kerja seperti biasa. Kawan-kawan pakcik mulakan bisnes mereka sendiri.
Jadi untuk kau, pakcik rasa kau kena kira sendiri berapa income pasif yang kau perlukan. Rasanya dekat KL kau perlukan at least RM3000 untuk hidup secara asas. Cukup untuk bayar sewa, makan pakai, transport. Yang ni takde la joli-joli. Kalau kau sabar, kau akan jadi kaya.
Mr Vios: Pengorbanan betul ni kan. Takde ker pendapatan pasif lain?
Mr Estima: Ada banyak. Kalau kau rasa dengan property ni lambat, kau boleh cepatkan. Kena faham strategi Multiple Sources of Income. Ada tiga jenis income iaitu Active Income (Pendapatan Tetap), Side Income (Pendapatan Tambahan) dan (Passive Income) Pendapatan Pasif.

FINANCIAL FREEDOM FORMULA
Passive Income > Active Income > Expenses

Antara strategi yang simple adalah buat Active Income dan Side Income, dan hasilnya terus dilaburkan kepada Passive Income. Macam ko sekarang, kau ada Active Income dan Passive Income. Tapi passive income ko belum cukup untuk ko financially free.
So kau ada options untuk cepatkan dengan tambahkan side income. Kau boleh pilih macam-macam options. Samaada buat parttime business, jual produk orang, atau jadi ejen. Ramai yang jadi ejen unit trust, saham, takaful, MLM (ehh?) dan lain lain.
Duit side income ni kau jangan mengada-ngada joli. Kau simpan dan tambah aset untuk pasive income. Kalau kau dah ngada-ngada menunjuk konon ada BMW, Audi, MErcedes, sendiri fikir la. Memang boleh nak celebrate, tapi berpada-pada. Takut kau pun takkan boleh keluar dari kitaran hidup mengejar duit.
Dan kau perlu ingat, Active Income dan Side income ini memerlukan tenaga. Jadi kau kena kerja keras. Disinilah kuncinya. Bila side income kau dah melebihi gaji tetap, dan telah konsisten selama sekurangnya setahun, kau berhentilah kerja. Fokus kepada side income kau tu.
Disini kau dah ada KEBEBASAN yang pertama. Iaitu kau tak perlu kerja dengan orang. Bebas Pekerjaan. Kau boleh kerja sendiri.
Ada harganya bebas ni.
Mr Vios: Wow wow wow. Tak pernah terfikir pula plan macam ni. Sebelum ni saya tak pernah terfikir boleh tak makan gaji.
Mr Estima: Lepas kau boleh kerja sendiri dan kau dah ada pasif income yang mencukupi, kau boleh buat apa yang kau nak buat. Kejarlah cita-cita kau. Buatlah bisnes yang menguntungkan dan bermanfaat untuk orang.
Kawan-kawan pakcik ramai yang sudah multimillionaire dengan bisnes. Berniaga kan 9/10 daripada rezeki. Kau jangan takut berniaga nak.
Kereta-kereta sewa pakcik bukan pakcik urus sendiri. Ada syarikat, ada pengurus dan ada pekerja. Pakcik beri kepada anak saudara pakcik untuk urus rumah-rumah pakcik. Pakcik bayar gaji dia. Leverage orang kata. Kalau kita nak buat semua sendiri, memanglah tak larat.
Mr Vios: Mantaplah pakcik, saya dah jelas sikit roadmap hidup saya. Insya Allah saya akan merancang untuk buka bisnes sendiri juga nanti.

Sumber: facebook.com

***

Semoga selepas ni kita akan lebih faham tentang Aset dan Liabiliti.

Monday, August 24, 2015

Selamat hari lahir Dania

Assalamualaikum...

Post istimewa untuk anakanda ku NUR AINUL DHANIYAH BINTI MOHAMAD FARHAN.


Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Nur Ainul Dhaniyah,
Allah selamatkan kamu...

Selamat hari lahir sayang. Dah 3 tahun ye awak. Ibu tak ada hadiah istimewa untuk Dania. Hanya kasih sayang yang melimpah ruah ibu nak berikan pada Dania. Ibu doakan Dania berjaya di dunia dan di akhirat ye sayang. Aamin...

Wednesday, August 19, 2015

Nak cantik atau nak sihat?

Assalamualaikum...

Pilih-pilih... pilihan di tangan korang. Samada nak cantik atau nak sihat.

Sheila pilih 2-2. Haha... Tak aci kan. Nak 2-2, nak cantik dan nak sihat. Macam mana nak nampak cantik tapi dalam pada masa yang sama nak badan rasa sihat?

Sheila cadangkan korang ambil Vitamin C dan Vitamin E. Kombinasi 2 vitamin ni sangat bagus untuk mendapatkan kesan cantik dan sihat dalam 1 masa.

Jom kita tengok apa khasiat yang terkandung dalam Vitamin C dan Vitamin E ini.


Apa kata wanita yang dah mengamalkannya?


Teruja kan tengok kakak ni yang dah semakin cantik. Bukan setakat cantik, badan pun rasa lebih bertenaga dan sihat.

Korang macammana pulak? Tak jeles ke tengok kecantikan kak ?

Jatuh cinta pada 11street pulak

Assalamualaikum...

Hihi... Cinta ku dah beralih arah.

Pada yang tak tahu, Sheila ni memang kaki shopping online. Dari beli barang kat fb ke blogshop ke, tukar ke Lazada. Dan sekarang dah mula jatuh cinta kat 11street pulak.

Asalnya nak try2 je.

Tapi kan, mula2 masa nak sign in kat 11street agak payah. Bila nak masukkan password je tak lepas. Banyak kali cuba, sampai dah hampir give up. Tapi akhirnya berjaya juga sign in kat 11street.

Bila dah sign in, macam biasa Sheila dapat voucher 10%. Hihi.. dalam kepala dah ada da barang yang nak di beli. Yang best kat 11street ni, 11street kerap tawarkan voucher. Pastu, boleh kumpul point. Point tu nanti boleh di tukarkan jadi voucher atau credit (kalau tak salah la ye. Sheila ni pun baru je berkenalan dengan 11street ni).

Ha, ni Sheila nak promote.

Untuk bulan Ogos ni, 11street ada 2 event yang menarik perhatian Sheila.

1. FREE SHIPPING! Actually ni bukan free ok. Voucher yang ni 11street nak bagi discount RM7 untuk penghantaran. So, kalau cas penghantaran adalah RM7, jadikan 'Free Shipping'. Korang boleh download kat sini ye.


2. Voucher 11%, 20% dan 30%.  Cara nak dapatkan voucher ni, korang kena tunggu pukul 11 pagi. Korang grab la mana voucher yang ada ye, tertakluk pada terma dan syarat.


Sheila dah merasa Voucher 30%, 20% dan 11% ni. Hihi... macam biasa, beli barang yang perlu saja.
Oklah. Korang jangan lepaskan peluang ni. Cepat2 sign in kat 11street. Pastu download lah segala macam voucher yang ada tu ye. 

Ingat! Beli apa yang perlu ye ;)


Monday, August 17, 2015

Bahaya demam denggi

Assalamualaikum...

Sekarang ni kerap pulak Sheila dengar orang kena demam denggi. Tengah musim orang kena demam denggi agaknya. Dan baru2 ni assistant Sheila kena demam denggi. Hampir 2 minggu juga dia kena tahan wad.

Dah lah dia ni kurus, sekali kena demam denggi cucuk sana cucuk sini ambil darah je, makin kurus budak tu. Sian dia taw :(

Apa itu DEMAM DENGGI?
Apa penyebab Demam Denggi?
Apa simptom2 petanda kita dah kena Demam Denggi?
Macammana cara nak mengelakkan dari terkena Demam Denggi?
Ada tips untuk mengelakkan Demam Denggi?
Bagaimana Shaklee dapat membantu?


Apa kata Pn.Sarah, pakar nutrisi Shaklee,




Kepada mereka2 yang sedang dilanda Demam Denggi ni, bolehlah mencuba Perfomance drink, Nutriferon dan/atau Vivix. Ke3-3 suplement ni fungsinya untuk meningkatkan sistem imun badan kita.

Merdekaria Bersama Anakbonda

Assalamualaikum...

Jom join segmen dari Anakbonda :)


Wish me luck!

Sunday, August 16, 2015

Giveaway Wallet by Opzzpinky

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu.

Apa aktiviti hari ni? Sheila berehat2 je melepakkan badan kat rumah mentua ni. Sambil tu join2 lah segmen ke contest ke giveaway dari blogger2 lain. Macam Giveaway Wallet by Opzzpinky.


Korang klik je gambar wallet yang comel kat atas tu. Tu lah hadiah yang bakal Sheila atau korang dapat taw. Ish... Siapa lah yang bertuah tu kan. Harap2 Sheila la. :)

Wish me luck!

Saturday, August 15, 2015

Jom jadi agen SimpleHijab

Assalamualaikum...

Pernahkah korang terfikir untuk memulakan perniagaan tudung tetapi kekurangan modal dan kepakaran? Tak mengapa. Jom sertai program affiliate tudung SIMPLEHIJAB dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan.



Daftar sekarang : www.simplehijab.my


Apakah keistimewaan sistem affiliate SimpleHijab ini adalah:

1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
2. Korang tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Korang tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Korang hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Dan korang berpeluang untuk menerima komisen sehingga 10% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis tudung) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh korang ke website SimpleHijab.
6. Tiada had tempoh yang ditetapkan untuk penerimaan komisen bermaksud anda akan tetap menerima komisen selagi mana SimpleHijab beroperasi.


Apa yang lebih menarik lagi?

1. Korang boleh meningkatkan lagi komisen korang dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan korang untuk menjadi Affiliate Agent SimpleHijab dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun korang. Contohnya: http://simplehijab.co/?id=qzho)

2. Contoh: Korang mengajak si A untuk menjadi agent. Maka korang akan mendapat komisen sehingga 5% (bergantung kepada jenis tudung) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di SimpleHijab. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, korang tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di SimpleHijab.



Antara tudung yang dijual di SimpleHijab



Cantik kan. Terasa nak membeli pulak.. hihi..

Kalau nak beli instant shawl SimpleHijab, beli kat sini.

Kalau nak jadi agent affiliate SimpleHijab, daftar kat sini.




Segmen raya bersama Mamamyja

Assalamualaikum...

30 Syawal. Last day untuk hari raya tahun ni. 

Oleh kerana tak buat ucapan hari raya lagi kat belogsheila ni, so hari ni nak ambil peluang nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin pada korang semua yang kenal, baru kenal, belum kenal dan yang nak berkenal-kenalan... hihi... Semoga kita dapat berjumpa lagi di syawal tahun hadapan. Aamin :)

Dah terlanjur wish hari raya ni, join la sekali SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA. Tarikh tutup 31 Ogos 2015. Sempat lagi korang nak join.

Nak join senang je taw.

Klik je gambar raya Sheila sefamily sedondon dan sepurple.


Tahun ni tema raya family Sheila ialah purple. Baju raya a.k.a baju family jugak masa adik Sheila kawin. Save bajet mak Sheila kata. Hihi... 

Wish me luck!

Wednesday, August 12, 2015

Bekerja sambil makan angin ke Cameron Highlands

Assalamualaikum...

Kerja! Kerja! Kerja!

Huh.. meninbun kerja sekarang. Assistant Sheila tengah warded, kena denggi. Kesian dia :(

Tapi dalam pada kelambakan kerja ni, sempat lagi Sheila pergi makan angin. Pergi Cameron Highlands je. Ini pun bukan makan angin sesaja. Dapat arahan dari boss suruh attend site meeting kat sana. Dengan hati yang terbuka Sheila pun terima arahan tu.

Haha... Seronok le dapat pergi Cameron Highlands.

Sebelum ni pun Sheila pernah pergi Cameron Highlands ni. Masa belajar kat UTM dulu ada field trip ke sana. Kena buat site inventory dan landscape proposal untuk Majlis Daerah Cameron Highlands. Pastu, pergi bercuti dengan family. Melawat projek landskap kat sana pun pernah sebelum ni. Tapi tu pergi dengan boss. Pergi pagi2 buta, petang dah sampai office dah.
Cuma kali ni boss malas nak bawak Sheila kot.. haha.. Sheila pulak rajin. Rajin la pergi Cameron Highlands sendiri.

Yeah!!! Cameron Highlands, kau tunggu aku datang...

Oleh kerana tengah sibuk, Sheila tak ada prepare pape pun. Booking hotel pun ram ada. Pergi redah je. Pergi weekdays kan, okei la. Tak ramai pelancong.

Ada sorang officemate Sheila ni memang selalu pergi makan angin kat Cameron Highlands. Dia suggest Sheila stay kat Hotel Titiwangsa atau Iris Hotel ok, pilih antara 2 hotel ni ye.
.
.
.
.
7 pagi 6hb Ogos 2015

Haha... Plan asal nak gerak pukul 6.30 pg. Lewat 30 minit. Dania dengan Medina tidur lagi. Angkut je diorang, sambung tidur dalam kereta. Pergi Cameron Highlands kali ni naik 4wd Isuzu Dmax (sponsered by office. Yeah!!!)

Perjalanan tak laju sangat. Sebab Dmax ni tak berapa nak pick-up. Tapi ok lah ditajakan. Hihi... Melalui Simpang Pulai, Sheila sampai kat site dalam pukul 11. Meeting belum mula lagi. Tapi masa tu tengah hujan renyai2. Sejuk gilerrr...

Meeting tak lama pun. Ada la setengah jam. Client baik hati, bagi Sheila settkekan part landskap dulu. Meredah hujan renyai2 untuk tengok site, bagi pesanan penaja pada pekerja2 dan chaw!

Ok. Keje settle untuk hari ni.

Masa untuk berlibur!

Nak stay kat Hotel Titiwangsa atau Iris?

En. Husband pilih Hotel Titiwangsa, sebab tepi jalan je. Senang nak keluar masuk. So terus je la masuk dalam.

Nak bilik yang katil queen. Available. Pergi hari weekdays, so tak ada masalah la kan. Harga cuma RM138 saja. Yang best kat Hotel Titiwangsa ni, dapat voucher untuk steamboat dinner dan breakfast. Jimat dah duit makan malam dan sarapan.



Alhamdulillah, boleh check in terus sebab bilik dah ready.

Yeah! Quite ok lah bilik ni. Berpadanan dengan harga. Check water heater, dah boleh mandikan 2 budak mushuk. Siap2 semua, nak pergi jalan2 cari makan. Lapar!

Bawah hotel ni ada kedai makan dan kedai roti. So Sheila makan tengah hari kat situ je. Senang. Tak payah nak pening2 cari kedai makan. Dah kenyang makan baru la boleh jalan2.

Ronda punya ronda, tak tahu nak pergi mana. Ingat nak pergi Ladang Teh Boh, sebab dulu pergi tak dapat masuk. Ladang BOH tutup hari Isnin. Tapi bila fikir jalan masuknya sempit, terus cancel nak pergi.

Hmm... tanya mr.google, ramai yang cerita pasal Mardi. Kita pergi sana je la.

Tiket RM3.00 untuk dewasa.

Apa yang best kat Mardi ni?

Hmmm... bagi Sheila yang dah selalu menghadap bunga2 ni, Mardi ni tak best sangat. Sebabnya Sheila tengok macam kurang maintenance. Taman tak friendly sebab tak boleh petik. Tak boleh la nak feeling2 petik strawberry sendiri. Rapi staffnya friendly.

Nanti Sheila update fengan gambar2 ye. Tak sempat edit lagi...

Saturday, August 8, 2015

Pencarian Bloglist & Review Blog Ogos-September 2015

Assalamualaikum.

Huhu... Lama jugak Sheila x join segment/contest. Sibuk sangat kononnye... Haha

Actually segment dari Yaya ni dah closed. Dah penuh pun Pencarian Bloglist & Review Blog Ogos-September 2015 ni. Tapi saja Sheila nak join. Kot kot Yaya bukak slot untuk January 2016 je.. hihi... boleh la tercalon.

Korang nak join pun bole.

Klik je banner comel kat bawah ni ye.

http://stnrsyfh.blogspot.com/2015/07/pencarian-bloglist-review-blog-ogos.html


Wednesday, August 5, 2015

Promosi Autumnz bulan Ogos ni

Assalamualaikum...

Masih mood Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia.

Sebelum ni Sheila ada share promotion Shaklee dan Autumnz. Pada yang take Baca lagi bole Baca kat sini.

Promotion Autumnz

Nak simpan stok susu atau EBM? Jom guna Milk storage plastic dari Autumns. Harga biasa RM13.90. Untuk bulan ni saja Sheila bagi Special Price RM10 sahaja sekotak. Untuk 7oz dan 12oz. Minimum order 5 kotak dan boleh campur2 size apa yang korang nak. Ia adalah READY STOCK Dan promosi ni sehingga penghabisan stok ye.

Autumnz - Double ZipLock Breastmilk Storage Bag (25 bags) *12oz/7oz*

Monday, August 3, 2015

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Assalamualaikum...

Ogos 2015!

Korang tahu tak selain bulan Ogos ni Bulan Kemerdekaan, dalam bulan Ogos ini juga ada Minggu Penyusuan Susu Ibu.

Istimewanya, pada setiap minggu pertama dalam bulan Ogos  iaitu 1-7 Ogos 2015 adalah MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA.
Dan yang ISTIMEWAnya, TEMA untuk tahun ini adalah PENYUSUAN dan KERJAYA.






Siapa sini ibu bekerja yang menyusukan anak?
Anda sememangnya IBU YANG BERTUAH!!!

Macam Sheila... hihi... #supportbreastfeeding

Dan dalam bulan Ogos ni jugak, Sheila ada beberapa promotion nak bagi dan share kat korang.

1. Promotion SHAKLEE!

Ini for sure la ye. Macam biasa tiap-tiap bulan Shaklee mesti ada promotion punya. Cuma bulan Ogos 2015 ni special. Tak ada produk khas. So kepada uols2 yang membeli sebarang produk Shaklee dari Sheila ID890281, korang layak mendapat FREE GIFT. Free gift OK! Apa free gift tu? Rahsia la! Uols kena buat pembelian sebarang produk Shaklee dari Sheila ID890281 untuk mengetahui apa free gift yang Sheila bagi. So, LETS ORDER with SHEILA!

2. Promotion AUTUMZ

Haa... oleh kerana Sheila adalah seorang ibu yang hashtag support breastfeading, Sheila bukan saja mengamalkan vitamin Shaklee untuk kekal bertenaga di samping memenuhi melengkapkan siri penyusuan susu ibu Medina, Sheila juga mengguna produk2 dari Autumnz. Nursing bra, nursing blouse, backpack untuk breastpump (breastpump Sheila guna Spectra3), cooler beg, ice pack, milk storage bottle dan juga milk storage plastic. Semua ni dibawah jenama Autumnz. Sheila suka brand Autumnz ni. Selesa. Nak simpan stok EBM pun senang. Boleh baca review Sheila berkenaan milkstorage plastic brand Autumnz kat sini. 

Ok. Untuk promotion Autumnz ni, Sheila akan buat 1 post khas untuk mewar-warkan promotion Autumnz ni. Nanti Sheila akan letakkan link kat sini ye. Yang pasti harga memang Murah Murah dan MURAHHHhhh dari biasa.


Jom! Jom! Jom! Beli Shaklee dengan Sheila dapat FREE GIFT! Beli barang Autumnz dengan Sheila dapat HARGA MURAH!