Pages - Menu

Monday, December 30, 2013

Istimewanya Hari Isnin

Selesai sudah menghebahkan tips-tips berguna kat shelovevitamin.com.. Korang pun jemputlah melawat shelovevitamin.com ye.. Ada macam-macam taw.. Memang rugi tak melawat..

Hmm.. Okei.. Bersempena hari ni hari ISNIN terakhir untuk tahun 2013, aku nak something special tentang hari ISNIN ni..


Istimewanya Hari Isnin ~

"Hari Isnin adalah hari Pelayaran & Perniagaan"

Kerana telah dijelaskan bahawa pada hari Isnin terdapat 7 peristiwa iaitu:


1. Nabi Idris, A.S. telah naik ke langit pada hari Isnin, 

2. Nabi Musa, as. Telah pergi ke bukit Thursina pada hari Isnin untuk menerima wahyu, 

3. Turunnya Dalil tentang ke-Esa-an Allah, 

4. Lahirnya Rasulullah Muhammad saw, 

5. Malaikat Jibril, as. turun untuk pertama kalinya bertemu Rasulullah, 

6. Semua amal perbuatan Umat diperlihatkan kepada Rasaulullah saw pada hari Isnin, 

7. Wafatnya baginda Rasulullah Muhammad S.A.W.


Itu saja.. jadi lepas ni tak nak lah mengeluh bila naik kerja hari ISNIN.. sebabnya ISNIN tu sangat istimewa..

Wallahualam :)

Wednesday, December 11, 2013

10 tips berguna dari Child Psychiatrist

Info ni aku dapat hasil sharing dalam group whatsapp.. panjang bebenor taw.. selalunye jarang aku nak baca.. tapi kali ni semangat aku baca sampai habis.. siap forward lagi dalam group whatsapp aku yang lain.. yelah. info-info macam ni bagus disebarkan.. bagus untuk para mak bapak semua..

Aku kan dah masuk group mak-mak.. kena ambil tahulah pasal ni...

Jemput baca sampai habis ye..

*****

Sebenarnya aku berfikir panjangggggggg nak update pasal benda ni.

Dah lama sebenarnya rasa nak share.
Sejak 4 bulan lepas lagi.
Tapi bila nak share je mesti rasa macam malu la, takut ada orang terasa la, takut orang misinterpret la, takut orang ingat macam bagus la.
Macam-macam.


Tapi lama-lama aku fikir, semuanya bergantung kepada niat.
Kalau niat nak sebarkan manfaat, ok je kan?
Apa orang nak fikir, lantakkan lah.
Yang penting, DAPAT SEBARKAN MANFAAT.
Tu je.


Amboi mukaddimah dia.
Macam.
Bagus.
Je.
Puih.

:D


Sebenarnya kan,
Beberapa bulan sebelum Haikal genap 2 tahun hari tu, kitorang ada jumpa Child Psychiatrist
Nama dia Dr. Sherine. Kalau kat Penang ni, Dr. Sherine ni memang well-known la. Korang boleh jumpa dia kat Hospital Gleneagles, Penang.
Kepada yang tak tahu, Child Psychiatrist ni ialah pakar brain development dan behavior kanak-kanak. Macam kalau dia tengok perangai sekian-sekian, dia dah boleh tahu apa masalah budak tu.
Gitu. 
  
Aku rasa macam tak perlu kot nak explain kat sini kenapa kitorang bawak Haikal jumpa Child Psychiatrist tu. Macam complicated pulak nak cerita sebab musabab nya.


So kita skip cerita tu.
Boleh naa?



Yang aku nak share kat sini ialah..
masa kitorang jumpa Dr. Sherine tu ada banyak sangat input yang berguna dia bagi.


Terutama anak-anak yang umur  0-3 years old. 
Seriously berguna like hell.
In fact aku dah praktikkan beberapa tips yang doktor tu bagi.
Dan Alhamdulillah memang berkesan. =)


Ok aku buat dalam point form la eh.
Senang korang nak hadam.


1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.


Credit photo


2. Don't expose to too much things in a box.

"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T


Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D


So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?


Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"


Gitu.
Takut aku. :D



Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.

So ini jawapan Dr.Sherine,

"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."
"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."
"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."
Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, 

Menurut Dr Sherine:

Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya. 
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik. 
So brain development pon berlaku dengan baik.


Gitu.


Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T


3) Stimulate their imitation skills.

Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.


So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.


Gitu.


Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).



Part ni aku terkedu.

Sebab Haikal memang tak merangkak langsung. 
Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T



Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat.
So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.


Bila anak jadi tiger, mak pon kena jadi tiger jugak ok.
Imitation skill. Ingat tu.
Tapi sorry gambar aku jadi tiger takde.
Garang sangat. Kang korang takut. ;D


4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.


Padahal aku pon banyak je belikan Haikal mainan otromen. T_T
Siap nak tidur pon, Haikal akan selimutkan otromen.
Mama dia dapat selimut sipi-sipi, sikit pon Haikal tak peduli. -..-


5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.

Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!" 
bukan 
"That is elephant!"
atau 
"Wow u see that big elephant?"

Camtu.

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.


Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,


"Eat." 
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."


"Sit."
bukan 
"Come and sit beside Mama" 
atau,
"Sit and keep quiet."


Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.


6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.


Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D



Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, 
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.

Gitu.


7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.

Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan?? 
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.


Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.

Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, 
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.


Kalau anak kau baring, kau pon kena baring.
Punya gigih nak mata satu level tadi kan. -..-


8) Overly-attached to one person is not a good sign.

Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.



9) Bila bermain, follow his interest. 
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.

Gitu.

Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan. 
Haruslah dimarahin dong.


10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.



Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"


Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.

So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam


"Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"



Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab. 

Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.



Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi.

Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.
Bukan keluar dari mulut aku ye.Bukan aku reka ke apa.
Cuma aku tulis ni ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham.


Niat aku satu je. 
Nak share supaya korang pon sama-sama dapat manfaat.
Sebab seriously semua tips ni aku dah try dan setakat ni Alhamdulillah,
aku nampak kesan positif pada Haikal.
Kesan dia sangat drastik ok.
Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu.
So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas. =)


Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah.
Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu.
Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita.
InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.
Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha bhai..

*****

Sharing from loving... aku share gak kat sini.. untuk sebarkan pada lebih ramai lagi...

Monday, December 9, 2013

Diriku terbelenggu

Em.. boleh tak terasa nak berjiwang pulak.. entah kenapa tetiba aku syok mencari lagu-lagu Francisca Peter.. Semua lagu-lagu dia best kan.. Liriknya perghh.. Memang menusuk kalbu..

Antara lagu yangmenjadi favourite aku ialah Diriku Terbelenggu.. Bait-bait liriknya.. Oh.. Aku terpesona.. haha...

Ish.. aku nak attach youtube tak boleh pulak.. tak pe la.. Korang klik kat sini ye.. (nak nyanyi)

Jom ler hayati liriknya...


Diri Ku Terbelenggu 
- Francisca Peter  

Tak faham sikapmu 
Kau bercinta seumpama menukar baju 
Kau turutkan hati 
Kata nasihat tak kau peduli  

Kau tahu hatiku 
Kerana kasih ku bersabar selalu 
Biarpun terluka 
Terus bertahan selagi terdaya  

Mengapa engkau kusayangi 
Mengapa kau ku nanti 
Mengapa ku rela disakiti 
Diriku ini terbelenggu di dalam kepuraanmu  

Telah terlalu lama kuhimpun doa-doa 
Semoga Tuhan memberikan hidayatNya 
Tapi kau tetap tak berubah tertutup hati 
Tak satu pengorbananku di hargai


Aku copy dari sini taw..

Thursday, December 5, 2013

Shopping baju anak-anak yok!

Korang suka shopping tak? Aku pun suka.. Suka sangat.. Tak dapat nak shopping, window shopping pun jadik lah...

Kalau hari ni terasa nak window shopping, apa kata korang bercuci mata dulu kat kidslovestyle.. banyak gak pilihan untuk anak-anak korang yang comel loteh tu..

Meh aku upload sikit antara yang baru je masuk pagi..

jumper

jumper

jumper

jumper

jumper

jumper

tshirt

tshirt

tshirt

Okei.. ni baru sikit.. kalau nak tengok banyak lagi klik kat kidslovestyle.. kot-kot ada terberkenan, grab la yer..

Selamat bercuci mata..

Wednesday, December 4, 2013

Dec'13 Product Promotion - Omega Guard Shaklee

Korang.. korang tahu tak bulan ni Shaklee promo apa?

Belum tahu lagi?

Ni aku nak kabo ni.. Bulan ni Shaklee promo OmegaGuard Shaklee...


Tahu tak apa tu?

Aku terangkan sikit ye...

OmegaGuard Shaklee ni best sangat.. sebabnya ia Minyak Ikan yang Terbaik di dunia.. ada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi.  

**Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3..

Omega-3 ni baik untuk perkembangan otak taw.. So, kalau korang pregnant ke menyusu ke, memang sesuai sangat ambil OmegaGuard ni.. bukan untuk korang je, untuk anak-anak korang gak...

Selain tu, Omega ni juga bagus untuk jantung.. Bolehlah bagi kat ayah ke emak ke.. diri sendiri pun boleh..

Haa, berita baik untuk yang dalam proses nak kuruskan badan. korang pun boleh amalkan Omega ni.. Omega ni boleh bantu pembakaran lemak, selain dari mengawal selera makan korang.. 

So. apa lagi.. Jom dapatkan OmegaGuard Shaklee bulan ni..

Nak dapat harga kasih sayang, korang order je kat shelovevitamin... memang berkasih sayang punya.. 

Percayalah! (versi dato' ct ye)


Ok lah.. grab bulan ni taw.. ada masa lebih kurang 30 hari je.. lepas tu harga asal RM136... Jangan nanti merayu nak harga kasih sayang pula masa tu.. memang tak dapat ler eden nak tolong..

Dadadaaaa.... Selamat bermandi minyak ikan bulan Disember ni!!!

Nak dress FREE?

Semua orang suka kalau dapat FREE kan.. tak kira lah free apa.. nama je free confirn orang serbu.. So kat sini aku nak promote contest yang nak bagi FREE dress yang cun melecun kat korang..

Suka kan!!!



*****************************************************

Sempena Anniversary #shelovestyle yang ke-3 ni, big boss berbesar hati nak bagi dress PERCUMA pada customer kami yang gorgeous2 ni...

CARANYA MUDAH SAJA:
1. Add FB She Lovestyle --> https://www.facebook.com/she.lovestyle3
2. LIKE fan pages #shelovestyle --> www.facebook.com/shelovestylepages
3. SHARE mana-mana gambar dalam album ini dan COMMENT 'SAYA NAK (dress pilihan korang), (tag 1 frenz) NAK?'


CONTEST : LIKE, SHARE, COMMENT & WIN


Syarat2nya:
1. Terbuka kepada semua.
2. Anda perlu pasti kan anda click Public tuk pilihan share, supaya pihak kami dapat view.
3. Tempoh contest 5.12.2013 hingga 31.12.2013
4. 1 Pemenang akan di pilih secara rawak.
5. Nama pemenang akan diumumkan pada 1.1.2014
6. Keputusan nama pemenang adalah muktamad.
7. Hadiah : DRESS PILIHAN (Sekiranya kehabisan stok, kami akan menukar dress lain dlm album yang sama)

Good Luck & Have Fun!!
Tq so much for the supports..

www.shelovestyle.blogspot.com

Saturday, November 9, 2013

Rahsia nak tingkatkan LIKE

Hi, ape korang buat petang-petang Sabtu ni? Aku biasalah dok rumah mengadap laptop.. En. suami ngan anak tengah tidur, memang inilah aktiviti aku.. Mengupdate segala belog-belog aku.. ahahaha.. banyak sangat belog.. so, kenalah mencuri dan membahagikan masa dengan adil.. kalau tak, belog-belog aku merajuk..

Nak tanyalah.. korang ade buat page kat facebook tak? Kot la korang pun berniaga online macam aku.. mesti ada page kan.. banyak tak yang LIKE page korang?

Aku nak share something kat korang ni.. RAHSIA.. hehe.. rahsia le sangat.. 

Rahsia macam mana nak tambahkan LIKE korang.. Selalukan korang tengok iklan-iklan berbayar untuk tingkatkan LIKE.. tapi ni aku bagi PERCUMA je.. suka la tu aku bagi free.. tapi kalau korang nak bayar pun boleh.. comment je kat bawah.. aku bagi no account.. hehe.. 

Jeng.. jeng.. jeng...

Nak tahu tak?

Hhehe...

Caranya mudah je.. korang guna servis AddMeFast.. memang FREE taw.. aku dah guna pun.. memang berhasil..

"Servis AddMeFast (AMF) adalah satu servis yang amat mudah untuk digunakan. Secara kasarnya, anda memberi dan orang lain akan memberi. Anda like page orang lain dan orang lain akan like page anda. Ia adalah satu sistem “give and take”...."

Korang just register kat sini (AddMeFast).. 

Sistem AddMeFast ni menggunakan sistem point.. so, cara nak dapatkan point, korang kena LIKE page orang lain.. nanti dapatlah point.. dan orang lain pun akan LIKE page korang untuk dapatkan point gak.. sama-sama membantu la ye..

Bukan setakat FB page, lain-lain pun boleh.. macam nak tambahkan like post korang ke, nak banyakkan share post korang ke, tweeter ke, instagram ke.. haa.. banyakkan.. aku pun tengah explore lagi ni.. 

Ok lah.. nak jengok anak i, dah bangun ke belum.. nak pergi makan angin petang sampai buncit..hehe.. Kalau aku jumpa lagi sistem yang best dan boleh membantu kawan-kawan sekalian, aku share la yek..

Selamat men-LIKE!!!


Notakaki:
Jemput LIKE page aku yang cun melecun ni.. #shelovevitamin #shelovestyle #kidslovestyle #taukehpowerbank

Friday, November 1, 2013

"Jodoh itu milik kita"

Hmm.. lepas satu, satu... bila mr.arrogant nak habis, dah tersangkut pulak kat en. harris haikal.. argghhh.. betul-betul tak boleh tahan.. tangkap cintan aku tengok cerita ni.. huh..

Memang best la cerita ni..

Setakat 11 episod yang aku dah tengok, aku rasa aku lagi suka cerita "Jodoh itu milik kita".. sebabnya percintaan diorang boleh di kategorikan matured loving.. percintaan yang matang.. haha... best sangat tengok babak romantik diorang.. ee.. sukanya..  sepanjang tengok rasanya tak habis aku senyum sorang-sorang.. hehe...

Ok lah.. nak sambung feeling ye..hehe..


Monday, October 28, 2013

Tewas akhirnya!

Haha... kerajinan aku nak membebel malam ni..

dan malam ni jugak aku tertewas..

Nak tahu tak aku tewas dengan siapa? Huhu.. punyalah aku buat dek je selama ni tengok orang post kat facebook.. last-last malam ni tergatal tangan meng-google Love You Mr. Arrogant !!

Baru je satu episod, tapi dah buat aku rasa nak tengok, tengok dan tengok episod lepas ni.. hero dan heroin aku rasa biasa, tapi macam best pulak jalan ceritanya.. tak pe lah, aku habiskan tengok dulu ye.. dah ending nanti, aku bagi comment aku ye..

Kalau korang nak tengok online, aku suggest korang tengok kat sini.. banyak gak cerita-cerita lain.. Kampung Girl pun aku tengok kat situ taw..

Ok la.. nak tangkap feeling sorang-sorang... :)



Jom Jadi Jenin!

Hi..

Assalamualaikum...

Jom Jadi Jenin? 

Ha.. Korang semua mesti tahu kan cerita pasal Mat Jenin ni.. Selalu sangat orang mengutuk Mat Jenin ni.. Yelah, kononnya kuat berangan je macam Mat Jenin ni, tapi last-last, ending nya dia jatuh pokok...

Tapi korang kena ingat, kalau kita tak berangan dulu, macam mana nak plan tu ini.. mestilah kena berangan dulu.. Macam aku.. Berangan dulu nak jadi kaya..haha... tapi kena lah plan dengan usaha.. barulah angan-angan jadi kenyataan.. tak gitu..


So, meh korang dengor lagu ni.. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.. Selamat berangan ye!




Aku sertakan sekali lirik.. boleh le korang berkaraoke sambil-sambil jadi Jenin...


[Verse 1]

Dengar citer orang dulu jadikan renungan
Pasal sorang mamat kononnya kerja asyik berangan
Baik duduk tengah makan atau petik buah kelapa
Tak habis-habis plan, cita-cita jadi kaya
Hasil petik kelapa dia nak beli banyak ayam
Biar biak jadi ladang pastu takyah jadi khadam
Boleh jadi tuan, cuma urus perniagaan
Perniagaan pun berkembang kaya sebagai balasan
Boleh kahwin puteri boleh dapat penghormatan
Itulah destinasi dia punya kejayaan
Watak tu memang punya perancangan yang cemerlang
Tapi aneh kenapa dia dimatikan terang-terang
Mesti ada sebab untuk kita semua fikir
Bukak mata bukak minda berfikiran kritis sikit
Mat Jenin mati dibunuh bukan sebab berangan
Penjajah tak mau tengok orang kita kehadapan


[Verse 2]

Pe dose Jenin dimati sedemikian
Kite lihat angan2 dia lihat mase depan
Dia ade impian imaginasi penuh visi
Bermula dgn mimpi dia karang strategi
Perancangan da jelas,cume tinggal usehe
Jenin dikebumikan, tak nak kita ikut die
Terkubur angan2 konon buat tauladan
Hidup la org kite,takut nak berwawasan
Dan terus ketinggalan,kabur penuh alasan

Pelan takde rancangan cume hanye bualan

Lihat sudut positif dalam cerita jenin
Impian milik kite klu kenal erti rajin
Imaginasikan hala tuju biar nampak jalan
Biar jelas biar nyata mana kiri mana kanan
Mesti ada sasaran baru kita boleh maju
Kemana hendak pergi tu perlu kita tahu
Kalau takda matlamat, kalau takda wawasan
Itu aku bagi korang sendiri la bayangkan


[Chorus]

Jom jadi Jenin berani berimaginasi
Jangan takut nak bermimpi janji ada usaha skali
Bayangkan semua target bayangkan cita-cita
InsyaAllah realiti, berpihak pada kita


[Verse 3]

Kalau takda angan mana wujud perancangan
Hanya perancangan menjayakan kenyataan
Lihatlah yang berjaya diorang semua punya mimpi
Mimipi bakar semangat azimat dalam diri
Cuba kita bayangkan kalau Jenin terus hidup
Bayangkan kalau semua perancangan dia ikut
InshaAllah berjaya capai semua yang dia cita
Kan lebih baik dari…tak rancang apa-apa
Renung balik hidup, cuba tanya balik diri
Kejayaan hari ni, mesti dulu pernah impi

[Chorus]

Okei.. last..last.. nak ajak lagi korang.. JOM JADI JENIN!

Sunday, October 13, 2013

Jom puasa sunnat Arafah esok...

Di mulakan dengan بسم الله الرحمن الرحيم... Di sudahi dengan  الحمد لله‎...


Hehe.. macam nak bernasyid pulak aku ni..

Ok la.. Tahu tak esok hari apa? Kan sekarang tengah musim haji, dan lusa kita akan sambut Hari Raya Aidiladha @ Raya Qurban.. so, esok adalah 9 Zulhijjah.. Para haji yang sedang tunaikan ibadah haji akan berada di Arafah untuk buat wukuf..

Sebenarnya pada musim haji ni memang banyak kelebihan kalau kita buat baik.. pahalanya memang banyak.. 

Cuma sekarang ni aku nak ajak korang berpuasa sunnat esok.. namanya puasa sunnat Arafah.. kita yang tak berpeluang menunaikan haji ni sangat2 digalakkan berpuasa sunnat Arafah esok..



Niatnya senang je.. baca macam ni ye;


نويت صوم عرفة سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ARAFAH SUNNATAN LILLAHI TA'ALAH
Sahaja aku puasa sunnat Arafah esok hari, kerana Allah Taala


Okei, tu je aku nak share hari ni.. so, apa kata sebelum tidur ni kita niat puasa ye.. moga2 dosa lampau kita di ampunkan.. Amin...





Thursday, October 10, 2013

Bicara hari Jumaat

Hmm.. menggoogle-google ayat besh,terjumpa ayat power ni.. nak kongsikan kat korang...

Jeng..jeng..jeng...

* Jika ada org bicara mengenai kita di belakang, itu adalah tanda bahawa kita sudah ada DI DEPAN...

* Saat org bicara merendahkan diri kita, itu adalah tanda bahawa kt sudah berada di tempat yg LEBIH TINGGI...

* Saat org Bicara dgn Nada iri mengenai kita, itu adalah tanda bahawa kt sudah jauh LEBIH BAIK dr Mereka...

*Saat org Bicara Buruk mengenai kita, padahal kt tidak pernah Mengusik kehidupan Mereka, itu adalah tanda bahawa khidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dari mereka...

Sunday, October 6, 2013

12 "JANGAN" yang perlu dihindari



1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu kian bahagia.


2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.


3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.


4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan...


5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahaminya, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.


6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis. tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.


7. Jangan menunggu projek baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.


8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.


9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah,. bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.


10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.


11. Jangan menunggu kejayaan baru bersyukur. tapi bersyukurlah, maka akan bertambah kejayaanmu.


12. Jangan menunggu berkemampuan baru melakukan, tapi lakukanlah! Kamu pasti berkemampuan!



" Law of the seeds - Apa yang kamu tanam itulah yg akan kamu tuai "



sumber: unknown (penulis asal kata-kata di atas, credit untuk anda)
credit: http://meniti-hari.blogspot.com

Tuesday, September 24, 2013

Cuci mata kat padang SUK

Malam ni kerajinan aku dengan cik abang bawa Dania pergi tengok bola kat Padang SUK Shah Alam.. cik abang r. .. beria kata ada Jep Sepah main sekali. Last2 kitorg sampai, tengok tak ada pun Jep.. Artis lain ada lah...

Ni game antara Veteren Selangor dengan artis-artis..diorang saja la tu buat warming up training.. yela, Sabtu ni ada Piala Sultan Selangor.. tu yang test power tu... Ada Fahrin Ahmad, Tomok, Kamal Adli, Zahid Af, Azroi Raja Lawak.. ada lagi ramai.. tapi aku bukan kenal sangat diorang ni.. tapi tahu gak la diorang ni artis..

Pape pun aku tengok tak lama.. pukul 10 je kitorang terus chaw.. tak larat la.. esok mau kereja lagi..kan kan kan...

Ni ha gambar bukti...hehe...

Thursday, September 19, 2013

Haha... lamanya kena tinggal

Assalamualaikum...

Haha.. lama benor tak update kat blog ni.. al-maklum busy bebenor.. busy ke??? Aah.. busy body!!! Kuang..kuang..kuang...

Hari ni 24 sept 2013, aku rasa gatal tangan nak mencoret kat sini.. dekat 3 tahun gak blog ni kena tinggal.. ciannya.. :( Bukan setakat sesawang labah-labah.. pokok pun boleh jadi pokok balak..haha....

Pada yang sudi melawat blog ni sepanjang aku tak ada, terima kasih banyak-banyak.. kalau sempat nanti aku melawat blog korang ye...

Okla.. nanti aku coret-coret lagi kat sini.. in shaa Allah, lepas ni aku tak tinggalkan lelama..

*** misi meneroka hutan belantara kat blog aku!!!


Iklan penaja:
www.shelovevitamin.com
www.shelovestyle.blogspot.com
www.kidslovestyle.blogspot.com
www.spjlandscapeconstruction.com