Pages - Menu

Tuesday, December 15, 2015

DIY dapur mainan dari kotak

Assalamualaikum.

Nampaknya penyakit M sheila dah semakin sembuh. Rajin pulak beberapa hari ni nak update belog sheila ni. Alhamdulillah :)

Ha, korang pernah tak ternampak member2 share kat fb pasal kerja2 diy guna kotak? Mesti pernah kan. Sheila ni memang suka bebenor ber diy ni. Idea macam2. Tapi kadang2 tak berkesempatan nak merealisasikan.

Baru2 ni Sheila terRAJIN nak buat sesuatu untuk anak dara Sheila. Ternampak kotak kat opis, terus berangan nak buat dapur mainan untuk diorang.

Idea asal bukan main. Habis menggoogle. Save gambar dapur mainan yang maybe boleh jadik reference Sheila.





Hasilnya...


Ni step 1 kumpul kotak2 yang boleh mix & match jadik dapur mainan.


Step 2  Sheila dah siap potong bahagian bawah untuk buat oven. Lubangkan sebelah nak buat sinki dan dinding dapur tu plan nak buat rak dan tempat gantung. Yang sebelah tu nak buat peti ais. Hihi... tinggi cita2.


Step 3 Sheila cat warna putih. Dania sibuk nak kaler pink. Tapi kat rumah ada cat warna putih je. Tu pun minta worker kat opis, balance diorang cat opis. Hihi.. .

Dania dah excited nak main. So keluarkan jugak la bagi diorang main. Mula2 elok je main masak2, lama2 makin kreatif diorang.



Haha... jadik tempat main sorok2 diorang pulak sampai koyak pintu oven. Sabaw je la.

Plan memang nak cat atau cari kertas pink nak balut dapur tu. Tapi tak sempat lagi. Biarlah diorang main dulu. Nanti repair semula. Haha...

Kalau terlebih rajin, Sheila buatkan yang baru. Tapi rajin ke???

Monday, December 14, 2015

Resepi kek pisang kukus tanpa telur

Assalamualaikum.

Alhamdulillah...

Selangor menang bola sepak Piala Malaysia. Dan Sheila sebagai seorang rakyat Johor yang bekerja di Selangor, dan isteri kepada rakyat Selangor berpeluang merasai cuti peristiwa hari ni.

Yeah!!! Cuti!!! Itu yang korang suka kan.

Menang bola pun suka gak. Sebab dah 6 tahun menetap kat Selangor ni, terasa gak la tempias happy menang bola. En.abang? Dia memang happy giler la. Tak sia2 dia beli jersi Selangor Misi 33. Memang misi 33 tercapai kali ni. Next time kalau Selangor masuk final lagi, kena lah beli jersi Misi 34 pulak.

Dan cuti peristiwa yang Dato Seri Azmin bagi ni, Sheila tak men sia2 kan. Dengan jayanya Sheila mencuba buat kek pisang.

Resepi kek pisang kukus tanpa telur

Pisang ni mertua bagi minggu lepas. Ingatkan 2 sisir je, rupanya ada 1 lagi en.abang perap dalam plastik sebab belum masak lagi. Sheila baru perasaan sabtu lepas. Dah nak balik rumah mertua semula da. So pisang nya masuk peti sejuk je la.

Dok fikir menu nak medang, ingat nak buat cekodok. Tapi macam dah biasa buat. Tu yang menggoogle resepi apam pisang. Terjumpa lah resepi kek pisang kukus tanpa telur.

Resepi kek pisang kukus tanpa telur

Sheila memang cari resepi yang tak guna telur, sebab tak ada mixer nak pukul telur sampai kembang. Cari yang tanpa telur, senang je buatnya.

Bahan2 semua dah ada kat rumah kecuali minyak jagung. So sheila tukar dengan marjerin yang di cairkan.

Resepi kek pisang kukus tanpa telur

1/2 cawan pisang yang di lenyek dan di blend (anggaran 6-7 biji rasanya)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
Setengah cawan gula (ni sheila blend bagi jadi macam gula kastor)
Secubit garam
1/2 cawan minyak jagung (sheila tukar pada marjerin yang dicairkan

1. Campurkan bahan kering iaitu teping gandum, baking powder, soda bikarbonat, gula dan garam.

2. Masukkan pisang yang dah di blend. Gaul dan gaul.

3. Masukkan marjerin yang dah dicairkan. Gaul, gaul sampai sebati.

4. Masukkan dalam loyang atau bekas yang bersesuaian.

5. Bila air kukus dah didih, so boleh lah kukus anggaran masa dalam setengah jam.

Tadaaa... siap hidang.


Saturday, December 12, 2015

Komisyen dari Shopback

Assalamualaikum.

Haha... Lama sungguh Sheila bagi can labah2 bersawang kat sini. Kejap ada, kejap takde. Dah macam biskut pulak. Bila la perasaan rajin nak berbelog ni nak membuak-buak dan akhirnya melimpah ruah.

Ok. Ok. Staight to the point je la. Post Sheila kali ni nak share pasal reward yang baru je Sheila dapat baru2 ni. Huh.. teruja nak berkongsi dengan korang.

Reward ape la tu yek?

Hihi... reward tak banyak mana. Tapi Sheila nak share kat korang jugak. Supaya korang pun boleh dapat reward yg sama mcm Sheila.

Reward ni dari Shopback. First komisyen Sheila dapat dari Shopback. Best sangat2! Shopping shopping lepas tu dapat pulak komisyen.

Actually Sheila dah join dari bulan 10 rasanya. Tapi sebab nak pastikan kesahihannya, Sheila tunggu sampai dah merasa komisen dari Shopback, baru Sheila nak share kat sini.

Apa itu Shopback?



Shopback ni sama macam kita shopping online. Yang bestnya, kita akan dapat komisyen apabila kita buat sebarang pembelian melalui link Shopback. Jumlah komisyen bergantung kepada Online Shop.


Antara Online Shop yang ada dalam Shopback ialah Lazada, Zalora, Qoo10, Groupon, Agoda, Booking.com, dan beratus lagi Online Shop yang boleh korang explore. Huhu... Sesuai sangat untuk orang yang kaki online shopping macam Sheila. Haha!!!

Nak tayang bukti cashback dari Shopback. Walaupun tak banyak. Tapi berbaloi jugak.




Dah lah dapat jimat bila shopping online, tak keluar duit minyak. Lepas tu dapat pulak duit. Best tak? Best tak?

Mestilah BEST!!!

Kalau korang ni memang kaki shopping online macam Sheila ni, memang wajib sangat join Shopback ni. Korang boleh register dulu kat sini. Berbaloi wei...

Ok lah. Nak sambung shopping lagi. Hari ni kan sale 12.12. Rugi kalau tak shopping time ni. Haha...

Wednesday, November 18, 2015

Tips berjimat dengan SmartShopper

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak share 1 application kat phone.. Application yang pada saya sangat membantu.. Lebih-lebih lagi dalam urusan kewangan. Yelah sekarang ni harga barang dah semakin mahal, jadi kita kena bijak berbelanja. Nak suruh jangan berbelanja, tak boleh jugak. Sebab kebanyakan barang ni barang keperluan. Nak tak nak, kena beli jugak. So untuk memudahkan pengurusan dan penjimatan duit korang, Sheila cadangkan korang install application SMATSHOPPER dalam Smartphone korang yang canggih tu.

Application ni korang boleh install dari Playstore bagi pengguna Android macam Sheila. Maybe Iphone ada jugak kot application ni. Sheila tak pasti sebab tak guna Iphone. Korang boleh try search ye. Kalau ada, boleh share kat sini.

Application SmartShopper ni bagus tau. Korang boleh check harga barang terkini dan kat mana nak dapat barang dengan harga murah.

*SmartShopper*




Ada banyak pilihan produk yang korang boleh check harga.. Macam harga susu, pampers, kertas, minuman, barang-barang baby dan banyak lagi..



Tengok kat atas ni.. Harga susu di pasaran. Korang bolehlah bandingkan harga-harga susu ni tanpa perlu pergi ke kedai atau shopping complex. Boleh lah korang bandingkan harga dari web shopping online macam Lazada, 11streets, Qoo10, Soukai dan macam2 lagi la. Sekarangkan dah banyak web untuk kita shopping online. So senang la nak buat price comparison.



Yang lagi best, kita boleh juga share harga barang kat tempat kita.. Boleh lah orang lain tahu harga kat tempat kita juga.. Kalau lagi murah dan dekat, bolehlah diorang datang dan beli kat tempat yang kita share ni.. Kita sama-sama dapat berjimat.. Kan.. Kan...

Opss.. Lupa pulak.. Korang nampak tak icon speaker kat atas tu.. Kalau ada apa-apa promotion terkini dari mana-mana shopping complex seperti Tesco, Giant, Econsave ke, SmartShopper ni akan update kat situ.. So korang takkan terlepas maklumat-maklumat harga murah..

Okaylah.. Korang mesti install application ni tau.. Sangat berguna!


P/s: Ni gambar lama. Sheila copy dari blog Shaklee sheila kat shelovevitamin. Sekarang dah berwajah baru. Kalau kerajinan yang melampau, Sheila akan screenshot dan share pada korang ye.

Tuesday, November 17, 2015

Penyakit M ni bahaya!

Assalamualaikum.

Ish.. Lama jugak sheila tak post kat belogsheila ni. Bukan tu je blogwalking pun alahai... Lama gak rasanya sheila menyepi. Nak kata busy bebeno, tak jugak. Tak tahu lah penyakit apa tengah berjangkit kat sheila ni. Penyakit M kot. Penyakit M ni memang tak ada ubat. Pergi lah jumpa doktor ke farmasi ke, memang tak ada jual. Kalau ada, memang sheila nak beli.

Hari ni bila bukak belogsheila ni, amekaw... Comment berduyun (perasan ramai reader la tu..hehe). Kawan lama, kawan baru. Kena jengah blog2 diorang gak ni. Tak baik taw orang dah datang belogsheila ni, sheila tak datang blog orang. Kan kan kan....

Tu belum lagi tengok post yang sheila dok buat draft. Dah elok menaip kat phone, last2 tak post pun. Sebab tak complete. Gambar tak siap edit la. Ape2 la. Alasan je kan. Ee... Kalau dah malas tu, macam2 la alasan ko ye Sheila.

Dah. Cukup cukup!

Dah pukul 12.43am ni. Esok nak kerja. Ko bukan duduk Johor ok yang cuti sempena Hari Hol Johor. Ko cuma seorang rakyat Johor yang dah bermastautin ke Selangor. Walaupun bos ko orang Johor, ko tetap tak boleh cuti. So selamat berkerja esok ye...

Haaaa.... Sebelum tu, Sheila nak wish kat diri sendiri.

HAPPY BELATED BIRTHDAY untuk diri sendiri.

Ok BYE!

Tuesday, October 20, 2015

6 tindakan semasa jerebu

Assalamualaikum.

Sheila sekarang ada dalam kereta. Menunggu kawan jumpa kawan dia. Tengok keadaan kat luar ni dari dalam kereta ni semakin teruk jerebu. Rasanya minggu lepas tak ada lah seteruk ni.

Sepanjang perjalanan Sheila dari Sg. Buloh ke Selayang ke HKL dan sekarang di Amcorp Mall, nampak seperti jerebu yang kekuning-kuningan. Jarak penglihatan pun sangat2 terbatas.

Dan dapat info dari member Sheila di whatsapp yang sekarang ni jerebu dah tahap bahaya. Udara beracun.

Ini pesanan dari sorang student phd meteorology, tolong jangan terdedah kat luar sangat. Ipu dah sangat tinggi. Rata2 selangor dah cecah 200 ke atas. Pj, shah alam mungkin dah 250+. Hari ni dah start masuk asap kuning (might as well beracun). Bahaya untuk paru2. Media hebahkan bawah 200. Tak nak bagi panik .

Tak tahu la betul ke tak. Tapi memang permandangan yang Sheila lalu tadi memang kekuning-kuningan. Takutnya! Merbahaya! Lebih2 lagi untuk orang yang berada di luar. Macam Sheila :(

So, untuk perkongsian semua. Tips tindakan semasa jerebu.



Friday, October 16, 2015

Beli rak DIY dari Qoo10

Assalamualaikum...

Selamat berhari Sabtu. Apa aktiviti hari ni? Hmm... Sheila hari ni rasanya nak settlekan mengemas stor. Malam tadi baru kemas separuh jalan je. 2 orang anak dara saya sibuk nak tolong jugak.. kiki...

Sheila baru je beli diy rack dari Qoo10. Oklah.. harganya murah je. RM45 kot. Pastu Sheila guna voucher discount 30% tambah duit shipping RM8, guna lagi coupon discount untuk shipping dapat kurang lagi RM2.50. So total semua RM32++.

Order hari Selasa, semalam dah sampai. Yeah...

Memang dah lama mencari rak. Sebab nak susun hadiah2 kahwin ada yang belum bukak lagi, tambah lagi kotak2 kasut... Huh... Banyak beno barang dalam stor tu. Masuk Dania dalam tu, habis dia tolong 'kemas'.

Rupa asal dari seller Qoo10

Senang je nak pasang. 

Siap! Model malu nak pandang kamera.

Ok lah. Medina pun dah tidur ni. Boleh start mengemas.

Sunday, September 27, 2015

Apa jenis darah korang?

Assalamualaikum.

Sebelum terlepas, SALAM AIDILADHA!

Korang tahu tak jenis darah korang?
Sheila tahu ye. Darah jenis O. Bak kata Nabil Rajalawak, ni jenis darah untuk ketua kampung. Haha...

Kalau korang tak tahu jenis darah korang, adalah lebih baik korang pergi menderma darah. Nanti secara tak langsung korang akan tahu darah korang jenis apa. Sheila pun tahu jenis darah Sheila masa menderma darah zaman Matrik dulu. Sekarang dah lama tak menderma, sebab faktor berat yang dah tak mencukupi. Makin kurus sekarang. Yeah!!!


Apa jenis darah korang? Sila check! Match tak dengan personaliti korang.





Hihi... See! Betul kata Nabil Rajalawak, darah jenis o ni darah ketua kampung. Haha, bakal ketua kampung Sheila ni.

Thursday, September 17, 2015

4 tips langsing semudah ABC

Assalamualaikum.

Langsing semudah ABC?
Betul ke semudah ABC je nak langsing?

Ha, 4 tips langsing ni memang sesuai sangat untuk orang yang malas nak diet tapi nak langsing macam Maya Karin. Korang boleh cuba 4 tips langsing semudah ABC ni ye.

1. Kunyah makanan sebanyak 44 kali sebelum telan. Makanan hadam yang ditelan membantu melangsingkan tubuh kerana ia sudah di kisar halus di dalam mulut dan lebih lancar ditelan ke dalam perut.

2. Jangan tahan selera secara melampau! Contohnya, kalau anda mengidam sangat nak makan kek coklat ke aiskrim ke, silalah makan tanpa gusar ye. Yang penting pastikan pengambilannya berkadar. Jangan terus mengelak makanan tu, kerana sekali anda tak tahan, anda mungkin akan mengambilnya 10 kali ganda lebih banyak.

3. Duduklah secara bersila semasa makan. TAHU TAK KORANG! Makan di atas lantai adalah lebih baik daripada makan di atas kerusi kerana ia boleh memantau jumlah makanan yang masuk ke dalam perut. Dekatkan paha ke perut kerana ia menghalang perut daripada menerima makanan melebihi kadar yang sepatutnya.

4. Jilat jari anda sesudah makan. Habit ini bukan saja mengikut sunnah Nabi SAW tetapi ia sebenarnya sangat baik untuk penghadaman makanan yang di ambil. Enzim-enzim yang ada pada celah2 jari semasa anda menyuap makanan, berkesan aktif untuk mempercepatkan proses penghadaman dan membantu mengurangkan lemak yang ada pada badan.

Keberkesanan 4 tips langsing semudah ABC Sheila pun tak cuba lagi. Hihi... Tapi yang pasti i maintain langsing OK! Korang cubalah ye. :)

Kalau nak lagi mudah langsing, korang boleh add on Herb lax ke, Lecithin ke, Alfalfa ke, Omega Guard ke, atau pun Cinch. Semua supplemen tadi boleh diambil bersama dengan ESP ;)

Monday, September 7, 2015

8 klik saja beli topup di Qoo10

Assalamualaikum...

Senang kan bila semua boleh di hujung jari. Nak beli itu ini semua klik, klik, klik. Then tibggu je barang sampai depan mata kita.

Sheila ni memang kaki shopping online. Dari facebook, Lazada, 11street dan sekarang Qoo10 pulak. Haha... Semua online shopping Sheila nak cuba.

Kali ni Sheila nak share beli topup Celcom secara online di Qoo10.

Sheila memang selalunya beli topup secara online. Biasanya beli melalui Maybank2u, Cimbclicks atau RHBonline. Tapi kali ni Sheila beli topup melalui Qoo10. Senang sangat tau.

Sheila beli topup Celcom10. Harga biasa RM10.60. Sheila guna point dari Qoo10, dapat discount RM1.

Sehingget je??!!!

OK la tu. Dapat jugak harga murah kan. Korang pun boleh dapat harga murah macam tu. Beli je kat Qoo10. Register kat Qoo10, then shopping!




Senangkan! Topup Celcom, Maxis, Digi dan Umobile. Semua ada...

Sunday, September 6, 2015

Minum petang dengan Popiah Bling Bling

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu :)

Petang2 hujung minggu ni best kan kalau dapat berkumpul, duduk semeja, berborak ramai2 sambil pekena teh/kopi o panas. Huh... dapat pulak makan Popiah Bling Bling.

Aduh... sedapnya!

Resepi Popiah Bling Bling



Gambar yang korang tengok kat atas tu hasil air tangan kawan Sheila. Hihi... bukan Sheila yang buat ye. Kak Zana menjamu mata Sheila kat facebook hari tu. Saja Sheila share kat sini. Kalau bila2 nak buat boleh refer kat sini je.



* kesemua gambar Popiah Bling Bling ni dari Kak zana. Sheila dah mintak izin dia ye nak tepek kat sini.

Mini Birthday Giveaway by MiminAdam

Mini Birthday Giveaway by MiminAdam | seharian nak juga nak buat persediaan ni. Akhirnya! Mimin merasmikan Mini Birthday Giveaway byMiminAdam Bermula 1 September 2015 sehingga 30 September 2015. Penyertaan anda amat Mimin alu-alukan. Semoga berjaya !

Bismillahi.....


Mini Birthday Giveaway byMiminadam
WishBirthday Terbaik untuk Mimin:

Syarat-syarat penyertaan:

1. Terbuka kepada para blogger

2. Copy coding kat bawah sekali

3. Mencipta WishBirthday yang menarik untuk Mimin ~ Mimin:

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Mimin
Allah selamatkan kamu :)

3. Klik sini :


4. Follow blog :
MiminAdam, MeraHussain. ShahiraAlfi StudioSafuraraKhaty AimanAlongAna jinggasayidah NapisahNoor Akma, Nurbeuty, WawaWanibahejabellamaisarahGrafixCik enFarhainLittle WeirdoMimi RheemRoseAna, AishaIbrahim

5. Follow Instagram
MiminAdam, dalizgrafix, Shahira rahimaim94, Wawamaisarah_humairaeintan_nurfuzieLittle WeirdoMimi RheemS A BeautyNurBeautAnggunalfiramadhani, ahkakgojesaisya_zuhaili


Tarikh Tamat: 30 September 2015
Senarai Sponsor dan Hadiah

Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa

Assalamualaikum...

Sheila join #segmen lagi ;)


Best sangat sebab boleh pilih hadiah sendiri.

Jom lah join sama. Klik je kat banner comel atas tu ye.

Segmen : UPSR oh UPSR 2015

Assalamualaikum...

Jom join segmen dari Ayu.


SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2015 kepada semua pelajar Darjah 6 di seluruh Malaysia. Semoga adik2 semua dapat menjawab soalan dengan tenang.

Saturday, September 5, 2015

Terlajak dinding!

Assalamualaikum...

Adoiyai... tak tahu nak kata. Nak marah ada, nak gelak pun ada. Dania ooo dania. Kenapa lah awak ni seni sangat.



Dah macam tengah buat presentation pulak.

Tengok lah muka happy Dania dapat conteng dinding rumah dengan lipstik dherb terlajak laris. Menangis tengok lipstik tu dah habis rata T_T

'Abang, esok kita pergi beli lipstick baru ye'

Friday, September 4, 2015

Cerita projek landskap di Glenmarie Garden

Assalamualaikum...

Lepas je bersegmen dengan Ayu Insyirah, Sheila jengah2 blog Mek Zumbie, Babyshambles


Alkisahnya, tadi kat office saja je Sheila mengemas meja. Terasa banyak sangat stok recycle paper kat dalam laci. Kemas punya kemas terjumpa lah kerja2 lama. Hihi.. Tak ade la lama sangat. Kalau tak salah projek tahun 2012. Sekarang dah 2015. 3 tahun jugak.

Huh... projek yang tak akan Sheila lupa. Projek paling sadis setakat ni yang Sheila pernah handle. Sampai menangis2. Haha...

Actually ni projek landskap untuk developer Hicom. Nama projeknya Glenmarie Garden. Ada sesiapa yang pernah lalu tak?

Sheila ni sebagai kontraktor lanskap untuk projek tu. So segala bagai landskap dalam Glenmarie Garden tu, Sheila dan pekerja2 Sheila la yang buat. (Haha.. bangga le tuwww). 

Meh Sheila tayang sikit hasil kerja kami.

Opss... gambar belum save dlm hp lg. Nanti Sheila update ok!

Nak tengok lebih2 boleh je lalu2 kawasan Glenmarie Garden tu. Lalu je la. Nak beli, makcik tak mampu. 8 juta kot harganya. Mana lah nak korek kan... T_T

Segmen blogwalking Hari Kebangsaan 2015 bersama ayuinsyirah

Assalamualaikum...

Jom join Segmen blogwalking Hari Kebangsaan 2015 bersama Ayuinsyirah.


Wish me luck!

Tuesday, September 1, 2015

Ingatan Manis Di Bulan September

Assalamualaikum...

Baru nak mula post untuk September, tup tup mulut ni ternyanyi pulak 1 lagu Allahyarhamah Sharifah Aini. Mesti korang pun ingat dan tahu lagu ni kan.

Moh le nyanyi sama2 dengan Sheila :)

Ingatan Manis Di Bulan September 

Ku masih ingat
Perkenalan ku di bulan
September, September

Kau merenungku
Dan mengukir senyum mesra
Padaku, padaku

Perkenalanku kini semakin erat
Saling bertemu
Melepas rasa rindu

Dibelai-belai
Dikucup-kucup mesra
Rambutku, pipiku

Aku terlena
Terbuai dalam pelukan
Mesramu, mesramu
Hati riang gembira
Tiada terkira
Terasa dunia ini kita yang punya

Kau kan jadi teman hidupku
Sayangku selalu ku nantikan
Takkan hilang
Kenangan manis bagiku
Kau tunjukkan
Kasih sayangmu selalu

Ku gembira
Berdamping denganmu
September selalu kunantikan
Ku nanti-nanti
Selaluku nanti-nanti
September denganmu

Opsss... Promosi istimewa Shaklee bulan ni ialah ESP - Energizing Soya Protein. Beli 2 canister ESP korang layak mendapat diskaun 10%. Kalau nak lebih jimat lagi, boleh kongsi dengan kawan2 beli 6 canister ESP terus, boleh dapat percuma 1 canister.


Bukan itu saja, korang juga layak mendapat keahlian secara percuma dan juga cash bonus pada bulan depan. Suka tak? Mestilah suka!

Apa yang buat Sheila suka sangat ESP ni, ESP ni memang killer Shaklee product. Bila ada promosi macam ni, memang ramai la yang akan teruja dan tak lepaskan peluang grab banyak2 buat stok.


Khasiat ESP ni bukan saja untuk ibu hamil, tengah pantang atau menyusu, tapi untuk semua golongan wanita, lelaki, tua atau muda yang nak cantik/hensem, sihat dan bertenaga.

Korang yang baru nak mencuba ESP ni, bulan September ni memang sesuai sangat lah. Boleh je order dengan Sheila, email sheilamutalib@yahoo.com , whatsapp 0137704101. Atau boleh tinggalkan email atau no telefon korang  di ruang comment. Sheila akan cuba hubungi korang secepatnya dan membantu korang mendapatkan khasiat ESP ni.

Selamat berESP!

Monday, August 31, 2015

Tawaran HEBAT untuk pembelian ESP dan Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum...

KONSISTEN!

Ya... Walau apa pun yang kita buat kita memang perlu konsisten. Macam salah seorang pengguna tegar Shaklee ni. Dia telah konsisten mengamalkan ESP dan Vitamin C. Dan hasilnya memang superb!

*****




MY SHAKLEE EFFECT #2

Shaklee Effect kali ini saya ingin kongsikan kesan dan manfaat yang saya dapat setelah menggunakan ESP Shaklee dan Vitamin C Sustained Release. Sebenarnya saya sendiri tidak perasan sehinggalah satu hari saya menggali-gali gambar lama bersama anak pertama. Konon-konon ingin membuat ‪#‎throwback‬.

Tahun 2011 (Sebelum)Umur saya waktu ini 29 tahun. Mempunyai seorang anak. Muka saya nampak masih keanak-anakkan tetapi kulit wajah yang gelap dan kusam menjadikan ia kurang menarik. Nampak biasa-biasa sahaja kan! Saya gemar aktiviti outdoor. Jadi, muka saya mudah terbakar.


Tahun 2014 (Selepas)Umur saya kini 32 tahun. Mempunyai 3 orang anak. Kalau dilihat pada gambar tersebut, nampak perbezaan yang ketara. Muka saya nampak dah semakin matang tetapi kulit wajah nampak berbeza. Cerah, bersih dan tidak perlu memakai make up yang tebal. Jerawat tak usah cerita. Dah segan nak singgah! Sun Burn pun tiada.

Hihi...
Alhamdulillah. Inilah hasilnya setelah saya konsisten dengan ESP SHAKLEE dan VITAMIN C sejak tahun 2012. Selain untuk mendapatkan kesihatan yang baik, saya mendapat BONUS KULIT CANTIK!
*****

Kesimpulannya, kalau kita benar-benar nak merasa BONUS KULIT CANTIK seperti Tauke Kedai Vitamin Tanjung Karang ni, kita perlu konsisten. Konsisten mengambil ESP dan Vitamin C. 


SPECIAL UNTUK KORANG YANG BACA BELOGSHEILA!



Sheila bukak HARGA SPECIAL UNTUK SORANG SAJE ... Satu set kecantikan ESP dan Vitamin C. Kalau korang nak, boleh contact terus ke Sheila. By email sheilamutalib@yahoo.com. By whatsapp 0137704101. OK!


Sunday, August 30, 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com

Assalamualaikum...



Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.





Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :

  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.



nak join giveaway ini, sila klik pada banner..