Pages - Menu

Saturday, October 29, 2016

Gali ilmu kat blog Adlil Rajiah @ Jiji

Assalamualaikum.

Hmm... berhari2 kat hospital ni tak taw nak apa. Tak kan nak tolong doktor ngan nurse kat sini pulak. Nanti tak pasal Sheila kena penyepak kang. Sibuk kerja orang lain. Haha...

So bila dah terlepak je atas katil ni, aktiviti lain selain tido ialah men-scroll henpon la. Dari Whatsapp ke Facebook, lepas tu Lazada, lepas tu Google... Bosan lagi kita selfie ngan baby pulak. Itu jela aktiviti Sheila hari2 kat hospital. Kalau suami datang boleh la bercinta sekejap. Kalau tak, bergosip la dengan mak2 yang lain. Dah nama pun pompuan, gosip tu tak boleh tinggal. Haha...

Antara benda yang Sheila scroll kat Google tentang homescholling. Tetiba rasa nak mendidik anak2 kat rumah pulak. Yela, menghitung cuti pantang nanti, nak jugak ada aktiviti menarik ngan anak2 nanti. Especially Nia. Dia dah nak mula pergi pra-sekolah tahun depan. Sheila da mh register kan dia kat PASTI dekat2 dengan rumah Sheila.

Dan Sheila terjumpa blog yang best, banyak info pasal homescholling dan parenting.

Blog Adlil Rajiah ~ antara blogger yang memang glemer dengan sharing info parenting.

Ok. Sekarang tengah buat reverse osmosis kat blog Rajiah @ Jiji. Nak gali ilmu2 parenting yang lepas2.

Friday, October 28, 2016

Cerita hero saya

Assalamualaikum.

Sambung cerita pasal hero saya...

Malam tu saya kat wad dan baby dalam inkubator. Tak dapat kitorang tidur sewad berkenal2an. Sedih kan... Tak apa lah, janji Sheila tau baby sihat..

22.10.16

Pagi2 lagi Sheila dah bersiap nak naik ke wad 6C, nak tengok baby. Tapi... Sheila dapat tengok kejap je. Tak dapat pegang pun. Sebab Sheila tengah sakit mata. Makin le menyedihkan. Sheila turun semula ke wad. Menunggu doktor meronda, harap2 Sheila boleh discharge la.

Sheila tak ada masalah, dan boleh discharge petang tu. Baby masih lagi kena wad.

23.10.16

Sheila berpantang di rumah mentua, berurut untuk kali pertama. Tak ke hospital hari tu, sebab Sheila still tak ada susu, tak dapat nak hantar ke baby. Sheila pun memang tak boleh pegang baby sebab mata still merah lagi. Risau nya dalam hati ni. Macam mana lah baby kat hospital kan...

24.10.16

Sheila ke hospital. Tengok baby. Alhamdulillah, dapat pegang dan susukan. Dari pukul 11 sampai pukul 4 petang berkepit je la dengan baby. Nurse beritau boleh dapat katil kalau nak wad dengan baby. Baby dah boleh kua dari inkubator. Dah cabut dah segala salur2 getah kat kaki baby. Lega bila tengok baby dah tak ada semua tu. Tapi Sheila kena balik hari tu. Nak settle kan urut lagi 1 kali. And esok boleh lah bersama2 baby wad di hospital.

25.10.16

Sheila datang lagi ke hospital, tengok baby. Berat baby turun 1.6 kg. Kesiannya... Sheila dah ready nak wad dengan baby. Barang2 semua dah bawa. So malam pertama dengan baby. Lega! Tapi menjerit hati ni nak balik. Nak bawa baby balik...

26.10.16

Pukul 5 pagi, siapkan baby. Lap badan, pusat. Susukan. Dan timbang. Naik 1.66 kg. Alahai! Naik sikit je. Takpelah. Janji naik. Kena tambahkan effort menyusu baby lagi...

Baby tak mau tido je. Wake up! Wake up!

28.10.16

Hari yang di tunggu2. Ada timbang hari ni. Lepas ke tak berat baby?

Tapi...

Sedih... 1.73 kg... Lagi 0.02 kg je lagi nak capai berat discharge. Bertuah betul timbang ni. Bagi la berat baby 1.76 kg. Boleh lah Sheila keluar dari hospital dengan senang hati.

Dan sekarang kena overtime nak bagi susu kat baby. Baby tak mau malas2 ye. Tak mau tido je. Nanti berat da ok, ade pulak kuning. Tak mau la ye nak. Semua kat rumah tu tak sabar nak jumpa hero sulung ni. Lagi2 kakak Nia.

So kita tunggu Isnin ni. Harap2 berat baby naik dan naik lagi... Amin...

Friday, October 21, 2016

Selamat datang hero Sheila!

Assalamualaikum.

Lama tak post kat sini. Ada je cerita nak share, cuma asik jadi draft je.. haha..

Tapi hari ni Sheila nak kongsi cerita. Bukan hanya untuk pembaca yang tersinggah kat belogsheila ni. Tapi untuk kenangan sheila sendiri...

Sekarang ni Sheila ni HTAR Klang. Alhamdulillah, Sheila dah selamat melahirkan baby lelaki semalam jam 6.03 petang. Secara normal tapi induce. Berat baby cuma 1.7 kg. Sheila terpaksa admit awal 36w6d sebab baby SGA (boleh baca kat sini) dan air ketuban kurang.

Flashback cerita semalam.

21.10.16 - Sheila ada appoiment dengan pakar untuk buat ultrasound. Ni ultrasound yang ke2. Sebelum ni pada 13.10.16.. Sheila memang ada masalah baby kecil atau SGA.. Nak kata risau, tak jugak. Sebab Medina dulu pun SGA, lahir berat 2.13kg.. Dhaniyah pun tak besar mana, 2.45kg je masa lahir.. Ibu Ayah nya comel, tu yang baka2 sume comel belaka..

Doc beritahu result ultrasound yang saiz baby still kecil 1.9kg je.. dan yang merisaukan air ketuban kurang.. sangat kurang doc kata. So Sheila kena terpaksa di admit segera dan induce untuk paksa bersalin.. YaAllah! Masa tu tak taw perasaan Sheila macam mana. Walaupun anak ke3, tapi nervous still ada. Minggu ke36. Rasa macam awal lagi. Barang nak ke hospital memang da siap. Tapi tak bawa lg. Haha.. kononnya lambat lagi. Refer kes Medina, minggu 38 baru kena admit.

Suami terpaksa balik hantar Dhaniyah dan Medina ke rumah mertua kat Meru dan ambil barang kat rumah. Nasib baik la dekat dengan mertua..

Lebih tragis, henpon Sheila tertinggal dalam kereta masa suami nak balik. Huh.. berkejaran Sheila nak call suami. Nasib baik ada sorang uncle india ni bagi pinjam henpon dia. Dapatlah call suami minta hantar telefon..

Masuk semula ke bilik ultrasound, tunggu nurse untuk bawa masuk ke wad.. siap daftar semua, pkl2 Sheila dah start CTG.. Doc beritahu induce hari ni jugak sebelum pukul 5. Harap2 suami dapat sampai sebelum tu.

3 petang

Doc check bawah. Tiada laluan. Dan terus masuk ubat induce. Kena baring selama sejam. Tak boleh bangun dan kencing.

4.15 petang

CTG semula. Huh.. Masa tu construction da makin kerap. Suami pun da sampai masa tu. Alhamdulillah, suami ada teman masa dah terasa sakit.. Balik semula ke katil. Makan nasi ayam sebab dari tgh hari tak makan lagi. Lapa tapi tak ada selera. Sakit da makin kerap. Makan pun tak habis. Suami beli coklat sneekers. Nak bagi bertenaga. Risau tak makan banyak tadi.

5 petang

Contruction makin kerap. Alhamdulillah, ubat induce ni memang cepat kesannya pada Sheila. Ada orang kadang sampai terpaksa masuk ubat 2 - 3 kali.. lebih kurang 5.15 camtu, Sheila dah terasa ada air keluar. Sheila agak tu air ketuban. Suami panggil nurse, terus kena ke katil CTG. Sepatutnya nak buat CTG lagi dan masukkan apa ntah untuk tambah air ketuban. Doc ingat just leaking. Tapi nurse minta cek jalan. Masa tu kepala dah terasa. Jalan dah bukak 8cm. Huh... terus arahan tolak ke labour room. Suami follow je. Tapi tak dapat masuk. HTAR Klang memang tak benarkan suami masuk kecuali ada kes tertentu.

Sheila di tolak ke labour room. Sampai di labour room Sheila dah bersedia nak bersalin. Check jalan, nurse suruh tahan dulu. Waa.. tak boleh tahan. Rasa nak push je. Nurse stand by alas semua, dan ready untuk push. Push! Push! Rasanya 2 x push. Dan Alhamdulillah baby selamat keluar. Dan lagi2 bersyukur, Sheila dapat baby boy. Memang tak sangka sangat. Sebab semua kata perut Sheila sama macam pregnant sebelum ni. Sheila pun tak alami rasa pregnant yang terlalu berbeza dari sebelum2 ni. Cuma terlebih penat, Sheila ingat tu faktor umur. Dah 3 series la kononnya.. haha.. Baby boy! Mesti suami happy sangat dah ada geng..

Nurse nak keluarkan uri. Check laluan. Nasib baik kali ni langsung tak ada koyak dan tak perlu jahit. Happy nya Sheila. Baby comel sangat 1.7kg..

Tapi sedih :(

Baby Sheila dikategorikan baby pramatang. So terpaksa masuk dalam inkubator. Sheila cuma dapat cium dan lepas tu dah tak tengok lagi... sedihnya!!!

Sambung next post~