Monday, April 13, 2020
Malaysia PKP kerana Covid19
Bersiaran lagi... banyak yang Sheila nak share sebenarnya.. cuma kadang ketermalasan timbul, tu yang ketersangkutan nak bebel kat sini...
Sekarang ni 1 Malaysia sedang PKP - Perintah Kawalan Pergerakan.. Dah Fasa ke 3.. Baru Sheila nak update kat sini.. Semua ni berpunca dari Virus Corona @ Covid19... Jahat sangat virus ni.. bukan 1 Malaysia yang terkena.. Tapi 1 dunia.. Kes meningkat setiap hari... Jumlah kematian pun meningkat (sedihnya)
Nak tahu status terkini Covid19, korang boleh tengok di page Kementerian Kesihatan Malaysia KKM... atau pun follow telegram Majlis Keselamatan Negara MKN - https://t.me/MKNRasmi dan KKM - https://t.me/sihatmilikbersama...
Huhhh... selama hidup 34 tahun, ni lah kali pertama merasa PKP.. lebih kurang macam isytihar Darurat.. Semua orang tak boleh keluar sesuka hati.. Hanya boleh keluar beli barang keperluan, tu pun hanya seorang... Janganlah degil ye kawan-kawan... Stay at home!!!
Virus penyakit ni bukan kita boleh nampak macam batu... Batu kalau nak kena muka kita nampak, boleh nak elak.. Virus ni micro... Kecik sangat nak tengok dengan mata manusia... Jadi seeloknya kita ikut je arahan kerajaan..
STAY AT HOME!!! STAY AT HOME!!! STAY AT HOME!!!
Jangan degil tau..
Sheila share info terkini setakat malam tadi 13/4/2020...
Walaupun jumlah semakin meningkat, tapi alhamdulillah di Malaysia masih dalam kawalan,,,
Kita semua kena kuat.. Kena hapuskan Covid19 ni dari bumi Malaysia.. Kalau boleh 1 dunia bebas dari Covid19.. Baru kita boleh kembali hidup yang dulu...
Ok la.. Setakat ni dulu... Sheila ni nak share resepi sebenarnya... Dah PKP ni duduk rumah je kan, memang masak jela manjang... Pagi, tengah hari, petang, malam... Kadang tengah malam pun ada.. Haha.. ni tambahan berat badan ni kiki...
Nanti kerajinan, Sheila membebel lagi ye...
Bye...
Assalamualaikum...
Tuesday, February 25, 2020
Shopping Shopping dapat DUIT
Masa register tu jangan lupa masukkan email Sheila (sheilamutalib@yahoo.com) dalam bahagian referer. Nanti korang boleh dapat bonus RM5. Kalau tak ada referer, korang takkan dapat bonus tu. Rugi taw.. dapat RM5 free macam tu je..
So, apalagi. Moh le register Shopback cepat. Cepat register, cepatlah korang dapat merasa komisyen..
ok la..Tata.. Bye... Assalamualaikum...
Wednesday, September 18, 2019
Jual Beli Hartanah by SheilaProp
Kerajinan macam makin terserlah...
Tak caya???
Meh korang cuci mata kat JualBeliHartanahbySheilaProp...
Kan Sheila sekarang tengah bergiat aktif dalam bidang yang baru Sheila ceburi...
Alhamdulillah.. Sheila suka dengan bidang ni.. masih baru dan banyak benda baru yang Sheila belajar.. Sebelum ni Sheila pernah beli rumah untuk diri sendiri.. Masa tu belum banyak ilmu lagi pasal property. Google serba sedikit proses beli rumah dan beranikan diri untuk beli rumah.
Ni Sheila nak beritahu ni...
Lepas dah jadi seorang Real Estate Negotiator / Perunding Hartanah ni, Sheila rasa lah.. ni pendapat Sheila la ye..
Bila korang ada plan nak beli rumah, korang mesti ada ilmu.. boleh google, beli buku hartanah, pergi expo2 perumahan.. kena buat research serba sikit.. opsss.... sebelum tu nak tahu jugak, beli untuk duduk atau disewakan. ini point penting sebab dari situ, korang boleh cari property yang sesuai dengan keperluan korang...
Dan korang boleh minta pendapat pada orang yang macam Sheila ni, Real Estate Negotiator / Perunding Hartanah.. Kitorang boleh suggest property yang sesuai untuk keperluan korang. Insya Allah kitorang cuba bantu...
Ok lah.. Sheila nak sambung masukkan listing kat Jual Beli Hartanah by SheilaProp...
Kalau korang ada nak cari property boleh tengok kat situ ye... kalau nak tanya detail lagi, boleh comment kat sini atau whatsapp kat no Sheila ye..
Yang belum follow tu, jemput LIKE Jual Beli Hartanah...
Assalamualaikum...
Sunday, August 4, 2019
Real estate negotiator
😆😆😆
Hampir 2 tahun ye post yang sebelum ni... busy bebenor hakak ni...
Niat memang ada. Tapi cara yang tak ada... nasib baik la masih ingat lagi password gmail...
Apa perkembangan?
Sheila tak ada yang kembang pun.. maintain je kecik macam dulu..
Ni nak story... apa yang buat Sheila sign in semula kat blogger ni...
Sheila br je selamat attend course as real estate negotiator.. Alhamdulillah... 2 hari bercourse. Dapat ilmu baru.. Dapat kawan baru.. Seronok..
InsyaAllah Sheila nak try my best update setiap listing Sheila untuk share kat korang.. Maybe tak lah daily, tapi apa yang ada Sheila akan share.. Selain untuk korang, senang Sheila nak check semula nanti...
Yang nak follow rapat boleh LIKE pages Sheila - Jual Beli Hartanah...
Ok.. ada rezeki ada peluang Sheila update lagi...
Assalamualaikum...
Tuesday, October 10, 2017
Selepas setahun...
haha.. 10.10.2017... hampir setahun menyepi.. tup tup hari ni menaip post kat belogsheila...
Hero Sheila pun dah nak dekat setahun. 21.10.2017 ni genap lah hero saya setahun...
Saya dah beritahu ke nama hero saya siapa? Nama dia Mohamad Fathan Mikael bin Mohamad Farhan. Boleh panggil Mikael, Fat-han atau lagi manja Mika... Tu nama glamour macam dalam drama Tuan Anas Mikael.. Kadang-kadang ada juga yang confius, Fa-than ke Fat-han... Kalau ikut sebutan ayahnya, Fat-han...
Tak apa lah... Sebut la macam mana pun. Janji maksudnya elok-elok belaka.
Gambar tak dapat nak upload sekarang. Sebab tulis post ni kat komputer office. Nanti lain masa saya post ye. Sekali gambar Mak Pak Kakak-kakak dia sekali.. Hehehe...
Ok lah.. Stop sini dulu. InsyaAllah akan cuba merajinkan diri semula ni.
Saturday, October 29, 2016
Gali ilmu kat blog Adlil Rajiah @ Jiji
Assalamualaikum.
Hmm... berhari2 kat hospital ni tak taw nak apa. Tak kan nak tolong doktor ngan nurse kat sini pulak. Nanti tak pasal Sheila kena penyepak kang. Sibuk kerja orang lain. Haha...
So bila dah terlepak je atas katil ni, aktiviti lain selain tido ialah men-scroll henpon la. Dari Whatsapp ke Facebook, lepas tu Lazada, lepas tu Google... Bosan lagi kita selfie ngan baby pulak. Itu jela aktiviti Sheila hari2 kat hospital. Kalau suami datang boleh la bercinta sekejap. Kalau tak, bergosip la dengan mak2 yang lain. Dah nama pun pompuan, gosip tu tak boleh tinggal. Haha...
Antara benda yang Sheila scroll kat Google tentang homescholling. Tetiba rasa nak mendidik anak2 kat rumah pulak. Yela, menghitung cuti pantang nanti, nak jugak ada aktiviti menarik ngan anak2 nanti. Especially Nia. Dia dah nak mula pergi pra-sekolah tahun depan. Sheila da mh register kan dia kat PASTI dekat2 dengan rumah Sheila.
Dan Sheila terjumpa blog yang best, banyak info pasal homescholling dan parenting.
Blog Adlil Rajiah ~ antara blogger yang memang glemer dengan sharing info parenting.
Ok. Sekarang tengah buat reverse osmosis kat blog Rajiah @ Jiji. Nak gali ilmu2 parenting yang lepas2.
Friday, October 28, 2016
Cerita hero saya
Assalamualaikum.
Sambung cerita pasal hero saya...
Malam tu saya kat wad dan baby dalam inkubator. Tak dapat kitorang tidur sewad berkenal2an. Sedih kan... Tak apa lah, janji Sheila tau baby sihat..
22.10.16
Pagi2 lagi Sheila dah bersiap nak naik ke wad 6C, nak tengok baby. Tapi... Sheila dapat tengok kejap je. Tak dapat pegang pun. Sebab Sheila tengah sakit mata. Makin le menyedihkan. Sheila turun semula ke wad. Menunggu doktor meronda, harap2 Sheila boleh discharge la.
Sheila tak ada masalah, dan boleh discharge petang tu. Baby masih lagi kena wad.
23.10.16
Sheila berpantang di rumah mentua, berurut untuk kali pertama. Tak ke hospital hari tu, sebab Sheila still tak ada susu, tak dapat nak hantar ke baby. Sheila pun memang tak boleh pegang baby sebab mata still merah lagi. Risau nya dalam hati ni. Macam mana lah baby kat hospital kan...
24.10.16
Sheila ke hospital. Tengok baby. Alhamdulillah, dapat pegang dan susukan. Dari pukul 11 sampai pukul 4 petang berkepit je la dengan baby. Nurse beritau boleh dapat katil kalau nak wad dengan baby. Baby dah boleh kua dari inkubator. Dah cabut dah segala salur2 getah kat kaki baby. Lega bila tengok baby dah tak ada semua tu. Tapi Sheila kena balik hari tu. Nak settle kan urut lagi 1 kali. And esok boleh lah bersama2 baby wad di hospital.
25.10.16
Sheila datang lagi ke hospital, tengok baby. Berat baby turun 1.6 kg. Kesiannya... Sheila dah ready nak wad dengan baby. Barang2 semua dah bawa. So malam pertama dengan baby. Lega! Tapi menjerit hati ni nak balik. Nak bawa baby balik...
26.10.16
Pukul 5 pagi, siapkan baby. Lap badan, pusat. Susukan. Dan timbang. Naik 1.66 kg. Alahai! Naik sikit je. Takpelah. Janji naik. Kena tambahkan effort menyusu baby lagi...
Baby tak mau tido je. Wake up! Wake up!
28.10.16
Hari yang di tunggu2. Ada timbang hari ni. Lepas ke tak berat baby?
Tapi...
Sedih... 1.73 kg... Lagi 0.02 kg je lagi nak capai berat discharge. Bertuah betul timbang ni. Bagi la berat baby 1.76 kg. Boleh lah Sheila keluar dari hospital dengan senang hati.
Dan sekarang kena overtime nak bagi susu kat baby. Baby tak mau malas2 ye. Tak mau tido je. Nanti berat da ok, ade pulak kuning. Tak mau la ye nak. Semua kat rumah tu tak sabar nak jumpa hero sulung ni. Lagi2 kakak Nia.
So kita tunggu Isnin ni. Harap2 berat baby naik dan naik lagi... Amin...




