Pages - Menu

Wednesday, February 17, 2016

Jom tukar ke Umobile

Assalamualaikum.

Waaa.. tajuk post macam dapat sponsor dari Umobile je.

Actually dah lama Sheila nak story pasal Umobile ni. Sheila dah beralih arah ke line Umobile. Lebih kurang 3 bulan. Dari asalnya Celcom tukar ke Digi, tukar semula ke Celcom dan sekarang ke Umobile. Nombor Sheila masih kekalkan nombor lama, sebab sayang kan nak tukar2 nombor lain. Nanti susah kawan-kawan lama nak contact. Lagi la sekarang ni dah kerja, tak ada lah nanti client tak dapat nak cari.

Selepas 3 bulan bertukar ke Umobile ni, Sheila rasa setakat ni sangat puas hati dengan servis yang Umobile bagi. Pakej line Umobile yang murah dan berbaloi. Ada banyak pakej tau. Paling murah pakej U28. Ni husband Sheila pakai. Sheila pakai pakej Hero atau P70. Pakej2 ni masing2 ada dapat sms atau minit panggilan percuma.

Yang ni Sheila dapat masa nak tukar ke Umobile. So sheila pilih pakej P70. Bolehlah bergayut lama2.




Nak tukar ke line Umobile ni pun tak susah. Korang just pergi ke mana-mana Pusat Servis Umobile dan beritahu nak tukar ke line Umobile. Mereka akan check dulu nama kita samada ada blacklist tak dengan mana-mana syarikat telco yang lain. Kalau ada blacklist mungkin tak dapat lah nak pakai line Umobile ni. Selepas dah isi borang, korang kena bayar deposit sebulan bergantung pakej apa yang korang pilih. Dan Umobile akan bagi 1 simkad baru. Simkad ni belum boleh guna lagi ye. Sebab Umbile nak kena settlekan pertukaran line asal ke Umobile. Biasanya paling cepat 3 hari bekerja.

Macam mana nak pastikan nombor kita dah tukar ke Umobile?

Ha, nanti bila Umobile dah sumbit ke syarikat telco asal kita, Umobile akan bagi sms dan telco yang lama pun akan bagi sms. Korang boleh lagi guna simkad lama sehinggalah line tak dapat. Bila dah tak dapat line tu maknanya dah tamatlah servis telco lama tu. Korang bolehlah masukkan simkad baru Umobile yang korang dapat hari tu. Dan gunalah line Umobile dengan penuh keseronokkan!!!...

Kalau korang tak sempat nak ke Pusat Servis Umobile, korang still boleh tukar ke Umobile tau. Boleh daftar di website Umobile. Ada step-step untuk daftar secara on9. Kalau tak salah, Umobile akan pos simkad baru ke kita. Atau kita boleh beli simkad baru Umobile di mana-mana kedai dan daftar secara on9 untuk kekalkan nombor lama.

Kalau korang rasa musykil atau was-was, korang boleh call Servis Centre Umobile atau email. InsyaAllah diorang akan reply.

Macam mana nak bayar bil Umobile?

Yang ni Sheila share lain kali ye. Tapi make sure korang tukarlah ke Umobile ni. Puas hati sangat!!!

Sheila bagi 5 bintang ***** !

Tuesday, February 16, 2016

Cara beli rumah pertama bagi sesiapa yang belum mempunyai rumah

Assalamualaikum.

Hari ni saja Sheila nak share ilmu hartanah kat korang yang menyinggah kat belogSheila ni. Ilmu ni hasil perkongsian member2 di facebook. Sheila sekarang lagi suka add friend atau follow orang yang suka share pasal ilmu hartanah ni. Suka baca semua perkongsian pengalaman mereka. Antaranya Shafie bustan, Hafiz ejen lelong dan Dr Fadli. Korang boleh la stalker facebook mereka ye. Sangat2 bagus!

Kalau tak salah ni perkongsian dari Dr Fadli. Seorang doktor yang sangat meminati bidang hartanah.

*****

Saya nak kongsi cara beli rumah pertama bagi sesiapa yang belum mempunyai rumah.


1. KEMASKINI KEWANGAN

SEMAK PROFAIL KEWANGAN - A MUST!
1. Senaraikan pendapatan (gaji, elaun, pendapatan sampingan)
2. Senaraikan komitmen / hutang (pembiayaan peribadi / kereta / kad kredit / koperasi / dan lain-lain)
3. Senaraikan pelaburan (ASB / emas / perak / unit trust / saham dan lain-lain)
4. Senaraikan simpanan (Bank / tabung / tabung haji / KWSP / dan lain-lain)
5. Senaraikan cukai / zakat
6. Sediakan bukti dokumentasi pendapatan / pelaburan / simpanan anda.

SEMAK CCRIS
1. Pergi Bank Negara atau cawangan Bank Negara atau AKPK
2. Bawa Kad Pengenalan
3. Bawa cap jari anda
4. Cetak CCRIS

JUMPA PEGAWAI BANK PEMBIAYAAN PERUMAHAN
1. Bawa semua profail kewangan anda.
2. Bawa CCRIS
3. "Walk-in" ke beberapa buah bank berbeza dan jumpa pegawai bank yang menguruskan pembiayaan perumahan
4. Beritahu mereka anda mahu membeli rumah tetapi perlu menyemak kelayakan pembiayaan terlebih dahulu
5. Jika jawapannya positif, mulakan langkah seterusnya. Tentukan berapa harga rumah yang boleh dibeli secara pembiayaan.
6. Jika jawapannya negatif, perbaiki profail kewangan anda. Tambah pendapatan, kurangkan komitmen dan perkasakan dokumentasi.
7. Jika anda tidak berpuas hati, pergi ke beberapa buah bank berbeza kerana setiap bank polisinya tidak sama.

2. PEMBURUAN HARTANAH

MEMBURU HARTANAH PERTAMA

1. LOKASI
• Cari yang dekat supaya boleh duduk sendiri.
• Jika yang dekat terlalu mahal, carilah yang jauh dan murah mengikut keupayaan pembiayaan anda kemudian sewakan dan anda teruskan menyewa hartanah yang dekat.

2. JENIS
• Jika banglo terlalu mahal, pilihlah semi-D.
• Jika masih mahal, pilihlah teres.
• Jika masih mahal, pilihlah kondo / apartmen.
• Jika masih mahal, pilih rumah pangsa / flat.
• Jika masih mahal, pilih rumah kos rendah mengikut syarat.
• Jika masih mahal, anda perlu berguru cara mencari rumah murah.
• Jika masih tak jumpa, nafsu anda terlalu besar untuk dapat yang sempurna segalanya

3. CARA BELI
• Beli dari pemaju (tetapi mahal dan risiko terbengkalai)
• Beli dari pasaran sekunder (subsale) - rumah secondhand. Tak ramai yang nak sebab rumah lama dan takde class. Itu contoh nafsu tinggi hingga sanggup menyewa sampai mati.
• Beli dari lelong - risiko tinggi tetapi kebanyakannya sangat murah. Kalau kasihan kepada pemilik lama, carilah yang tiada penghuni. Setiap hari beratus-ratus unit lelong disenaraikan untuk seluruh Malaysia. Masih kata rumah terlalu mahal?
• Nak percuma? Tunggulah anda dapat harta secara pewarisan. Itu pun kalau dapatlah!

4. BAJET
• Tentukan harga rumah yang ingin dimiliki mengikut hasil perjumpaan dengan pegawai bank di awal cerita tadi
• Masih ada rumah murah contohnya 10,000 (bukit beruntung), 60,000 (damansara damai), 70,000 (puchong) dan lain-lain. Usahakan mencari!
• Jika rumah murah itu anda rasakan jijik, beli dan sewakanlah. Sekurang-kurangnya anda dah ada satu rumah. Penyewa bayar unit anda, dan anda bayar unit yang sewa. Tapi anda tetap dah ada satu unit sendiri walaupun masih menyewa rumah orang lain sampai mati!

5. LEASEHOLD / FREEHOLD
• mana-mana pun boleh!

6. BUMI LOT / NON-BUMI LOT
• jika anda bumiputra, beli mana-mana pun boleh!

BELI SENDIRI @ AGEN

1. Kalau anda yakin anda mahir, silakan beli sendiri. Booking, S&P dan sebagainya. Jika mahirlah ya.

2. Jika anda tak mahir, cari melalui agen. Buru hartanah pertama melalui agen. Agen sedia membantu untuk "mix and match" dan beri nasihat kewangan. Namun pastikan agen yang anda cari itu berkaliber (saya bukan agen walaupun saya berkaliber .. ehem!) dan berdaftar.

SENARAI HARTANAH

1. SUBSALE :
• agen
• facebook group
• laman sesawang : mudah.my, iproperty dan lain-lain
• rondaan ke lokasi yang diingini dan tengok iklan di pagar rumah yang ingin dijual jika ada
• mulut ke mulut

2. LELONG
• agen
• facebook group
• laman sesawang pelelong : ngchaumau, propertyauctionhouse, ehsanauctioneer, eszamauctioneer dan lain-lain (saya pernah kongsikan dalam status sebelum ini)
• laman sesawang berbayar : lelongtips, auctiondata

3 UNIT DALAM PEMBINAAN
• agen
• facebook group
• laman sesawang : mudah.my dan lain-lain
• pasaraya

NILAI PASARAN

1. Semak nilai pasaran
• jurunilai hartanah
• walk-in jumpa pegawai bank bahagian pembiayaan perumahan dan minta mereka tanya panel penilai nilai pasaran unit yang anda minati

2. Ingat! Anda untung ketika membeli jika beli bawah nilai pasaran.

3. BELI HARTANAH PERTAMA

BELI UNIT PERTAMA ANDA

1. Pilih unit yang anda senarai pendek.

2. Solat istikharah supaya anda memilih sesuatu yang betul.

3. Jika subsale :
• bayar booking (di pejabat peguam atau agensi sahaja!)
• dalam klausa booking, pastikan anda letak terma deposit dikembalikan sepenuhnya jika pembiayaan tidak diluluskan pada margin 90% (atau apa-apa margin yang anda mahu)
• dapatkan resit booking
• bayar baki deposit 10%

4. Jika lelong :
• masuk bida dan bida pada had yang anda tentukan sahaja
• jika kalah, cuba lagi
• jika menang, teruskan langkah berikutnya (skrol facebook saya kerana saya pernah ajar sebelum ini)

5. Jika dalam pembinaan daripada pemaju
• bayar booking
• bayar baki 10% (jika perlu)

LANTIK PEGUAM

1. Untuk subsale dan lelong, anda berhak lantik peguam sendiri. Sekali lagi, lantik peguam berkaliber dan boleh dipercayai.

2. Lakukan tindaksusul setiap 1-2 minggu.

3. Peguam akan lakukan tindakan seterusnya yang diperlukan.

BAYARAN - SUBSALE

1. Deposit 10% daripada harga rumah (kalau dapat unit bawah nilai pasaran yang boleh markup harga S&P, maka deposit dapat dikurangkan)

2. Kos dokumentasi guaman 5% daripada harga rumah

3. Renovasi? Ala kadar sahaja sudahlah. Kos adalah bergantung kepada nafsu anda.


4. TIPS TAMBAHAN

1. Cari unit bawah nilai pasaran (biasanya lelong dan subsale sahaja)

2. Cuba cari unit dengan kos awal (entry cost) minima contohnya unit subsale markup loan, unit underconstruction zero entry cost dan sebagainya.

3. Cari unit yang harganya lebih rendah daripada kemampuan sebenar anda (jika anda mampu beli rumah 300k, belilah yang berharga 200k sahaja)

4. Maksimakan kedua-dua kuota 90% pembiayaan anda. Beli dua atau lebih unit serentak lebih bagus. (Contohnya anda layak pinjam 200k dan ada tunai deposit untuk beli unit 200k, belilah 2 unit 80-100k)

5. Jika rumah murah terlalu jauh, beli dan sewakan sahaja. Dan anda sewalah rumah lain. Selepas beberapa tahun, anda boleh jualkan rumah itu untuk anda beli rumah lain yang lebih dekat. (Saya dah perincikan dalam status sebelum ini)

6. Rajin usaha untuk cari unit "good deal". Selalunya peluang itu datang sekelip mata, maka capai ia secepat mungkin sebelum diambil orang. Kerapkan diri melihat laman sesawang pengiklanan rumah.

7. Takut dan tak yakin? Dapatkan bimbingan atau mentor. Saya belum layak jadi mentor ya.

8. Shortcut? Guna agen. Mereka akan tolong nasihat bahagian kewangan dan carikan spesikasi rumah yang anda pinta.

9. Langkah pertama yang betul-betul anda perlu buat selepas membaca tips ini ialah SEMAK PROFAIL KEWANGAN ANDA. Sengaja saya letakkan pada point nombor 9 supaya anda tak lupa.

10. Ilmu tanpa usaha hanya sia-sia. Saya tak bagi ikan. Saya hanya bagi joran; anda pilihlah umpan apa anda nak guna, lubuk mana anda nak pergi dan ikan apa anda nak kail. Selepas berjaya pancing, anda tentukanlah sama ada nak masak dan makan ikan itu atau jualkan kepada orang lain.

GOOD LUCK!

Sunday, February 7, 2016

Minum petang dengan Tahu Terbalik

Assalamualaikum.

Hari ni nak berkongsi menu baru. Baru 1st time Sheila dengar, tengok dan makan. Tapi tak tahu lah kalau korang dah pernah dengar, tengok dan rasa.

TAHU TERBALIK

Korang pernah dengar tak? Pernah makan? Sheila 1st time tau. Kngah bawa balik kampung. Adik ipar dia buat. Sheila just tolong goreng je.

Resepi ni Sheila dapat dari kngah. Sheila belum buat lagi. Tapi nak kongsi kat sini untuk rujukan Sheila bila2 nak buat nanti.

Bahan2 untuk membuat Tahu Terbalik
Tahu untuk buat mee rebus
Tahu biasa
Ayam rebus dan hancur2 kan
Daun sup
Bawang merah
Telur

Cara2 buat Tahu Terbalik
Gunting tahu yang untuk mee rebus tu dan terbalikkan
Tahu biasa di campur dengan bawang merah, ayam hancur, daun sup dan telur. Boleh stim kan semua campuran tadi.
Masukkan dalam tahu yang dah terbalik tadi.
Siap!
Boleh goreng terus atau bekukan untuk dijadikan frozen.


Siap di goreng. Rangup. Cicah dengan sambal kicap. Huh... Telan air liur Sheila teringat rasa nya. Memang sedap! Kena cuba buat sendiri ni.

P/s: Gambar tak ada. Ada ambil tapi tak jumpa pulak bila nak share kat sini.

Thursday, February 4, 2016

Adaptasi novel ke drama 'Cinta Si Wedding Planner'

Assalamualaikum.

Tak boleh tidur pulak mata malam ni. Gatal tekak nak minum kopi, padan la muka sheila tak boleh tidur sekarang. Haha!

Dah tak boleh tidur nak layan apa ek?

Cinta Si Wedding Planner

Haha... Drama tv3 yang tengah hot sekarang ni. Cinta Si Wedding Planner!

Novel ni bukan sheila punya. Officemate beli. So rezeki sheila la dapat pinjam. Huhu...

Sebenarnya dah lama gak Sheila tak study novel ni. Last study novel ni rasanya masa kat u. Maknanya kurang lebih 5 tahun jugak tak menghadap novel cintan cintun ni. Dok belek majalah Laman je selalu. Cari idea kononnya. Haha...

Sheila dah habis baca novel Cinta Si Wedding Planner ni. Baca lompong lompong sebab mood nak tidur tapi tak boleh tidur. Layan je lah novel ni sampai habis. Tapi nacam mana pun still rasa tak puas lagi. Nak kena tengok jugak dramanya sampai habis. Lain pulak feeling tengok Zara dengan Faris dalam tv.

Oleh kerana drama ni hanya adaptasi, so ada banyak jugak perbezaan jalan cerita antara novel dan drama. Tapi ok la. Sheila suka keseluruhan cerita ni.

Tak sabarnya nak tunggu ending. Lagi 2 minggu rasanya.

Monday, February 1, 2016

Selamat tahun baru 2016

Hihi... dah sebulan dah. Baru hari ni rajin nak update. Harap2 nya tak lapok lagi la.


Apa azam korang?

Tahun lepas punya azam dah capai ke?

Sheila???

Hmmm... ada lagi gak yang tak tercapai akal ku...

Tapi sheila harap sangat tahun ni sheila akan kembali rajin rajin dan makin rajin mengupdate belogsheila ni.


Tuesday, December 15, 2015

DIY dapur mainan dari kotak

Assalamualaikum.

Nampaknya penyakit M sheila dah semakin sembuh. Rajin pulak beberapa hari ni nak update belog sheila ni. Alhamdulillah :)

Ha, korang pernah tak ternampak member2 share kat fb pasal kerja2 diy guna kotak? Mesti pernah kan. Sheila ni memang suka bebenor ber diy ni. Idea macam2. Tapi kadang2 tak berkesempatan nak merealisasikan.

Baru2 ni Sheila terRAJIN nak buat sesuatu untuk anak dara Sheila. Ternampak kotak kat opis, terus berangan nak buat dapur mainan untuk diorang.

Idea asal bukan main. Habis menggoogle. Save gambar dapur mainan yang maybe boleh jadik reference Sheila.





Hasilnya...


Ni step 1 kumpul kotak2 yang boleh mix & match jadik dapur mainan.


Step 2  Sheila dah siap potong bahagian bawah untuk buat oven. Lubangkan sebelah nak buat sinki dan dinding dapur tu plan nak buat rak dan tempat gantung. Yang sebelah tu nak buat peti ais. Hihi... tinggi cita2.


Step 3 Sheila cat warna putih. Dania sibuk nak kaler pink. Tapi kat rumah ada cat warna putih je. Tu pun minta worker kat opis, balance diorang cat opis. Hihi.. .

Dania dah excited nak main. So keluarkan jugak la bagi diorang main. Mula2 elok je main masak2, lama2 makin kreatif diorang.



Haha... jadik tempat main sorok2 diorang pulak sampai koyak pintu oven. Sabaw je la.

Plan memang nak cat atau cari kertas pink nak balut dapur tu. Tapi tak sempat lagi. Biarlah diorang main dulu. Nanti repair semula. Haha...

Kalau terlebih rajin, Sheila buatkan yang baru. Tapi rajin ke???

Monday, December 14, 2015

Resepi kek pisang kukus tanpa telur

Assalamualaikum.

Alhamdulillah...

Selangor menang bola sepak Piala Malaysia. Dan Sheila sebagai seorang rakyat Johor yang bekerja di Selangor, dan isteri kepada rakyat Selangor berpeluang merasai cuti peristiwa hari ni.

Yeah!!! Cuti!!! Itu yang korang suka kan.

Menang bola pun suka gak. Sebab dah 6 tahun menetap kat Selangor ni, terasa gak la tempias happy menang bola. En.abang? Dia memang happy giler la. Tak sia2 dia beli jersi Selangor Misi 33. Memang misi 33 tercapai kali ni. Next time kalau Selangor masuk final lagi, kena lah beli jersi Misi 34 pulak.

Dan cuti peristiwa yang Dato Seri Azmin bagi ni, Sheila tak men sia2 kan. Dengan jayanya Sheila mencuba buat kek pisang.

Resepi kek pisang kukus tanpa telur

Pisang ni mertua bagi minggu lepas. Ingatkan 2 sisir je, rupanya ada 1 lagi en.abang perap dalam plastik sebab belum masak lagi. Sheila baru perasaan sabtu lepas. Dah nak balik rumah mertua semula da. So pisang nya masuk peti sejuk je la.

Dok fikir menu nak medang, ingat nak buat cekodok. Tapi macam dah biasa buat. Tu yang menggoogle resepi apam pisang. Terjumpa lah resepi kek pisang kukus tanpa telur.

Resepi kek pisang kukus tanpa telur

Sheila memang cari resepi yang tak guna telur, sebab tak ada mixer nak pukul telur sampai kembang. Cari yang tanpa telur, senang je buatnya.

Bahan2 semua dah ada kat rumah kecuali minyak jagung. So sheila tukar dengan marjerin yang di cairkan.

Resepi kek pisang kukus tanpa telur

1/2 cawan pisang yang di lenyek dan di blend (anggaran 6-7 biji rasanya)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
Setengah cawan gula (ni sheila blend bagi jadi macam gula kastor)
Secubit garam
1/2 cawan minyak jagung (sheila tukar pada marjerin yang dicairkan

1. Campurkan bahan kering iaitu teping gandum, baking powder, soda bikarbonat, gula dan garam.

2. Masukkan pisang yang dah di blend. Gaul dan gaul.

3. Masukkan marjerin yang dah dicairkan. Gaul, gaul sampai sebati.

4. Masukkan dalam loyang atau bekas yang bersesuaian.

5. Bila air kukus dah didih, so boleh lah kukus anggaran masa dalam setengah jam.

Tadaaa... siap hidang.