Pages - Menu

Wednesday, November 18, 2015

Tips berjimat dengan SmartShopper

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak share 1 application kat phone.. Application yang pada saya sangat membantu.. Lebih-lebih lagi dalam urusan kewangan. Yelah sekarang ni harga barang dah semakin mahal, jadi kita kena bijak berbelanja. Nak suruh jangan berbelanja, tak boleh jugak. Sebab kebanyakan barang ni barang keperluan. Nak tak nak, kena beli jugak. So untuk memudahkan pengurusan dan penjimatan duit korang, Sheila cadangkan korang install application SMATSHOPPER dalam Smartphone korang yang canggih tu.

Application ni korang boleh install dari Playstore bagi pengguna Android macam Sheila. Maybe Iphone ada jugak kot application ni. Sheila tak pasti sebab tak guna Iphone. Korang boleh try search ye. Kalau ada, boleh share kat sini.

Application SmartShopper ni bagus tau. Korang boleh check harga barang terkini dan kat mana nak dapat barang dengan harga murah.

*SmartShopper*




Ada banyak pilihan produk yang korang boleh check harga.. Macam harga susu, pampers, kertas, minuman, barang-barang baby dan banyak lagi..



Tengok kat atas ni.. Harga susu di pasaran. Korang bolehlah bandingkan harga-harga susu ni tanpa perlu pergi ke kedai atau shopping complex. Boleh lah korang bandingkan harga dari web shopping online macam Lazada, 11streets, Qoo10, Soukai dan macam2 lagi la. Sekarangkan dah banyak web untuk kita shopping online. So senang la nak buat price comparison.



Yang lagi best, kita boleh juga share harga barang kat tempat kita.. Boleh lah orang lain tahu harga kat tempat kita juga.. Kalau lagi murah dan dekat, bolehlah diorang datang dan beli kat tempat yang kita share ni.. Kita sama-sama dapat berjimat.. Kan.. Kan...

Opss.. Lupa pulak.. Korang nampak tak icon speaker kat atas tu.. Kalau ada apa-apa promotion terkini dari mana-mana shopping complex seperti Tesco, Giant, Econsave ke, SmartShopper ni akan update kat situ.. So korang takkan terlepas maklumat-maklumat harga murah..

Okaylah.. Korang mesti install application ni tau.. Sangat berguna!


P/s: Ni gambar lama. Sheila copy dari blog Shaklee sheila kat shelovevitamin. Sekarang dah berwajah baru. Kalau kerajinan yang melampau, Sheila akan screenshot dan share pada korang ye.

Tuesday, November 17, 2015

Penyakit M ni bahaya!

Assalamualaikum.

Ish.. Lama jugak sheila tak post kat belogsheila ni. Bukan tu je blogwalking pun alahai... Lama gak rasanya sheila menyepi. Nak kata busy bebeno, tak jugak. Tak tahu lah penyakit apa tengah berjangkit kat sheila ni. Penyakit M kot. Penyakit M ni memang tak ada ubat. Pergi lah jumpa doktor ke farmasi ke, memang tak ada jual. Kalau ada, memang sheila nak beli.

Hari ni bila bukak belogsheila ni, amekaw... Comment berduyun (perasan ramai reader la tu..hehe). Kawan lama, kawan baru. Kena jengah blog2 diorang gak ni. Tak baik taw orang dah datang belogsheila ni, sheila tak datang blog orang. Kan kan kan....

Tu belum lagi tengok post yang sheila dok buat draft. Dah elok menaip kat phone, last2 tak post pun. Sebab tak complete. Gambar tak siap edit la. Ape2 la. Alasan je kan. Ee... Kalau dah malas tu, macam2 la alasan ko ye Sheila.

Dah. Cukup cukup!

Dah pukul 12.43am ni. Esok nak kerja. Ko bukan duduk Johor ok yang cuti sempena Hari Hol Johor. Ko cuma seorang rakyat Johor yang dah bermastautin ke Selangor. Walaupun bos ko orang Johor, ko tetap tak boleh cuti. So selamat berkerja esok ye...

Haaaa.... Sebelum tu, Sheila nak wish kat diri sendiri.

HAPPY BELATED BIRTHDAY untuk diri sendiri.

Ok BYE!

Tuesday, October 20, 2015

6 tindakan semasa jerebu

Assalamualaikum.

Sheila sekarang ada dalam kereta. Menunggu kawan jumpa kawan dia. Tengok keadaan kat luar ni dari dalam kereta ni semakin teruk jerebu. Rasanya minggu lepas tak ada lah seteruk ni.

Sepanjang perjalanan Sheila dari Sg. Buloh ke Selayang ke HKL dan sekarang di Amcorp Mall, nampak seperti jerebu yang kekuning-kuningan. Jarak penglihatan pun sangat2 terbatas.

Dan dapat info dari member Sheila di whatsapp yang sekarang ni jerebu dah tahap bahaya. Udara beracun.

Ini pesanan dari sorang student phd meteorology, tolong jangan terdedah kat luar sangat. Ipu dah sangat tinggi. Rata2 selangor dah cecah 200 ke atas. Pj, shah alam mungkin dah 250+. Hari ni dah start masuk asap kuning (might as well beracun). Bahaya untuk paru2. Media hebahkan bawah 200. Tak nak bagi panik .

Tak tahu la betul ke tak. Tapi memang permandangan yang Sheila lalu tadi memang kekuning-kuningan. Takutnya! Merbahaya! Lebih2 lagi untuk orang yang berada di luar. Macam Sheila :(

So, untuk perkongsian semua. Tips tindakan semasa jerebu.



Friday, October 16, 2015

Beli rak DIY dari Qoo10

Assalamualaikum...

Selamat berhari Sabtu. Apa aktiviti hari ni? Hmm... Sheila hari ni rasanya nak settlekan mengemas stor. Malam tadi baru kemas separuh jalan je. 2 orang anak dara saya sibuk nak tolong jugak.. kiki...

Sheila baru je beli diy rack dari Qoo10. Oklah.. harganya murah je. RM45 kot. Pastu Sheila guna voucher discount 30% tambah duit shipping RM8, guna lagi coupon discount untuk shipping dapat kurang lagi RM2.50. So total semua RM32++.

Order hari Selasa, semalam dah sampai. Yeah...

Memang dah lama mencari rak. Sebab nak susun hadiah2 kahwin ada yang belum bukak lagi, tambah lagi kotak2 kasut... Huh... Banyak beno barang dalam stor tu. Masuk Dania dalam tu, habis dia tolong 'kemas'.

Rupa asal dari seller Qoo10

Senang je nak pasang. 

Siap! Model malu nak pandang kamera.

Ok lah. Medina pun dah tidur ni. Boleh start mengemas.

Sunday, September 27, 2015

Apa jenis darah korang?

Assalamualaikum.

Sebelum terlepas, SALAM AIDILADHA!

Korang tahu tak jenis darah korang?
Sheila tahu ye. Darah jenis O. Bak kata Nabil Rajalawak, ni jenis darah untuk ketua kampung. Haha...

Kalau korang tak tahu jenis darah korang, adalah lebih baik korang pergi menderma darah. Nanti secara tak langsung korang akan tahu darah korang jenis apa. Sheila pun tahu jenis darah Sheila masa menderma darah zaman Matrik dulu. Sekarang dah lama tak menderma, sebab faktor berat yang dah tak mencukupi. Makin kurus sekarang. Yeah!!!


Apa jenis darah korang? Sila check! Match tak dengan personaliti korang.





Hihi... See! Betul kata Nabil Rajalawak, darah jenis o ni darah ketua kampung. Haha, bakal ketua kampung Sheila ni.

Thursday, September 17, 2015

4 tips langsing semudah ABC

Assalamualaikum.

Langsing semudah ABC?
Betul ke semudah ABC je nak langsing?

Ha, 4 tips langsing ni memang sesuai sangat untuk orang yang malas nak diet tapi nak langsing macam Maya Karin. Korang boleh cuba 4 tips langsing semudah ABC ni ye.

1. Kunyah makanan sebanyak 44 kali sebelum telan. Makanan hadam yang ditelan membantu melangsingkan tubuh kerana ia sudah di kisar halus di dalam mulut dan lebih lancar ditelan ke dalam perut.

2. Jangan tahan selera secara melampau! Contohnya, kalau anda mengidam sangat nak makan kek coklat ke aiskrim ke, silalah makan tanpa gusar ye. Yang penting pastikan pengambilannya berkadar. Jangan terus mengelak makanan tu, kerana sekali anda tak tahan, anda mungkin akan mengambilnya 10 kali ganda lebih banyak.

3. Duduklah secara bersila semasa makan. TAHU TAK KORANG! Makan di atas lantai adalah lebih baik daripada makan di atas kerusi kerana ia boleh memantau jumlah makanan yang masuk ke dalam perut. Dekatkan paha ke perut kerana ia menghalang perut daripada menerima makanan melebihi kadar yang sepatutnya.

4. Jilat jari anda sesudah makan. Habit ini bukan saja mengikut sunnah Nabi SAW tetapi ia sebenarnya sangat baik untuk penghadaman makanan yang di ambil. Enzim-enzim yang ada pada celah2 jari semasa anda menyuap makanan, berkesan aktif untuk mempercepatkan proses penghadaman dan membantu mengurangkan lemak yang ada pada badan.

Keberkesanan 4 tips langsing semudah ABC Sheila pun tak cuba lagi. Hihi... Tapi yang pasti i maintain langsing OK! Korang cubalah ye. :)

Kalau nak lagi mudah langsing, korang boleh add on Herb lax ke, Lecithin ke, Alfalfa ke, Omega Guard ke, atau pun Cinch. Semua supplemen tadi boleh diambil bersama dengan ESP ;)

Monday, September 7, 2015

8 klik saja beli topup di Qoo10

Assalamualaikum...

Senang kan bila semua boleh di hujung jari. Nak beli itu ini semua klik, klik, klik. Then tibggu je barang sampai depan mata kita.

Sheila ni memang kaki shopping online. Dari facebook, Lazada, 11street dan sekarang Qoo10 pulak. Haha... Semua online shopping Sheila nak cuba.

Kali ni Sheila nak share beli topup Celcom secara online di Qoo10.

Sheila memang selalunya beli topup secara online. Biasanya beli melalui Maybank2u, Cimbclicks atau RHBonline. Tapi kali ni Sheila beli topup melalui Qoo10. Senang sangat tau.

Sheila beli topup Celcom10. Harga biasa RM10.60. Sheila guna point dari Qoo10, dapat discount RM1.

Sehingget je??!!!

OK la tu. Dapat jugak harga murah kan. Korang pun boleh dapat harga murah macam tu. Beli je kat Qoo10. Register kat Qoo10, then shopping!




Senangkan! Topup Celcom, Maxis, Digi dan Umobile. Semua ada...