Pages - Menu

Tuesday, June 30, 2015

Ohsem nya Jun 2015

Promo Shaklee datang lagi. Macam biasa setiap bulan, Shaklee mesti nak bagi SIHAT dan JIMAT.

Lagi special bulan Jun ni, Shaklee bagi EXTRA... Ha, EXTRA apa tu?

EXTRA CANTIK!!! Kan dah nak raya... Opsss... Puasa pun belum lagi ye. Hihi...


Anda nak cantik?


PROMOSI  RAYA OHSEM!

Khas untuk kulit cantik berseri glowing di pagi raya.

1. Vitamin C untuk kesihatan kulit dan melambatkan penuaan

2. Vitamin E untuk mengurangkan garis halus,kedut, parut dan jerawat.

Nak tahu lebih banyak lagi khasiat Vitamin C dan Vitamin E ni, korang boleh klik je kat point no 1 dan 2 yang kat atas tu ye.

Kalau nak terus order, meh le PM Sheila. Kite sharing-sharing cerita.

Korang nak cantik tak?


Wednesday, June 17, 2015

Marhaban ya Ramadhan

Assalammualaikum...

Sempena bulan yang mulia  ini Sheila mohon maaf kalau2 ada melakukan kesalahan dan kesilapan tertulis ke tercomment ayat2 yang tak sepatutnya sepanjang Sheila berblog ni. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas...




Salam ramadhan untuk semua :)

Sunday, June 14, 2015

Resepi Kuih Ketayap gebu

#kongsiresepi

Hari ni Sheila nak share 1 resepi kuih tradisional, namanya Kuih Ketayap. Kuih Ketayap ni bukan Sheila yang buat. Ex-offimates yang buat. Dia share kat facebook. Geram Sheila tengok. Gebu-gebu...

Sheila pulak share kat sini. Senang. Kalau bila2 terasa nak buat kuih Ketayap ni, Sheila godek je la kat belogsheila ni.

Bahan2 untuk membuat Kuih Ketayap yang gebu:
1cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
Segenggam kelapa parut ( tak letak pun tak pe or leh ganti ngan santan cuma kurang kan sukatan air kepada 1 cawan )
Telur sebiji
Daun pandan
1 sudu kecik garam
1 sudu besar minyak masak
Pewarna hijau

Cara nak buat Kuih Ketayap ni mudah je,
Blender semua bahan di atas kemudian tapis, lenser minyak sikit kemudian letak adunan buat macam lempeng tapi lebih nipis buat sampai habis.

Selamat mencuba!


Note: Cara buat inti kelapa tu, member tak share pulak. Sebabnya tu extra inti kelapa dari dia buat roti / bun. Nanti Sheila risik2 resepi kat dia lagi.

Wednesday, June 10, 2015

Jalan-jalan cari Sotong Goreng di Morib

Ish.. ish.. apa lah nak jadi dengan Sheila ni. Asyik draft je, tapi tak publish-publish gak..

Actually post ni Sheila dah draft dari bulan lepas. Tapi last-last tak post gak. Teruk betul perangai semenjak 2menjak ni...

Oklah. Korang bacalah terus ye apa yang Sheila membebel hari tu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Berkesempatan hari ni nak share cerita.

Ahad lepas hari tu, Sheila ada kenduri kat rumah makngah en.suami kat Andalas Klang. Alang2 dah terlajak ke Andalas ni, ok gak kalau lajakkan terus ke Morib. Kitorang pun dah lama tak mencuci mata kat sana.

Perjalanan Andalas ---->> Morib mengambil masa dalam sejam lebih gak. Bergantung kepada cara pemanduan pemandu korang dan juga keadaan lalulintas ye.

Sebenar-benarnya Sheila dah lama merancang nak pergi ke Morib ni. Semuanya gara-gara dah tergoda dengan gambar sotong goreng yang officemate tayang kat Sheila minggu lepas. Dapat juga Sheila merasa sendiri sotong goreng yang crunch ala-ala ayam Uncle Bob.

Sedap wei!!! Puas hati. Harga nya pun tak lah mahal sangat. Berbaloi lah datang Morib dapat pekena sotong goreng ni.

Ha, ni Sheila ada tepek kan gambar masa kat Morib. Jemput tengok ye :)

Banyak yang dah berubah kat Morib. Seronok!
Memulakan misi UTAMA ke Morib
Sotong goreng XXL berharga RM12 sepinggan dan air mangga gelas besar (yang ni tak ingat berapa harga)
Driver tercinta nak pekena tahu bakar. Layan kan je lah, kalau tak kena tinggal nanti...


Dah habis makan, kitorang pun bergerak balik. Huh... Puas hati!
Misi MORIB berjaya!

Next time kita pergi jalan-jalan Morib lagi ye :)

Sunday, May 31, 2015

Lebih JIMAT di bulan May 2015

Nak JIMAT!

Nak SIHAT!

Shaklee bagi 2-2. Jimat dapat! Sihat pun dapat!

Bulan May 2015 ni Shaklee beri penjimatan untuk pembelian 3 vitamin Shaklee. Dapat jimat dengan pembelian 7 botol Omega Guard atau Phytocol ST pada harga 6 botol sahaja. Dapat jimat dengan pembelian 4 botol Vitalea for Kids pada harga 3 botol sahaja.

Nak beli Shaklee? Contact Sheila 0137704101

Kalau tak cukup nak beli 7 botol, beli 2 botol Omega Guard atau Phytocol ST juga boleh dapat 10% DISCOUNT.

Jadi, terbuka untuk semua yang sudi membaca belogsheila ni, kalau nak beli Omega Guard atau Phytocol ST atau Vitalea for Kids, boleh hubungi Sheila ye.

Saturday, May 30, 2015

Daftar Shaklee dapat FREE Vitalea

Ada sesiapa yang belum mendaftar sebagai ahli Shaklee?

Haa... ni peluang untuk korang. Shaklee bagi lebih extra. Boleh dapat Vitalea percuma. Free of charge, ok! Caranya, senang je.


Korang daftar sebagai ahli pada bulan ni dengan pendaftaran RM 69, kemudian beli apa2 vitamin macam Zinc complex ke Herbal blend cream ke, korang dah layak mendapat Vitalea yang berharga RM88 ni secara percuma. FREE OF CHARGE OK!

Untungkan.

Actually program FREE Vitalea ni bersempena menmyambut 100tahun Vitalea. Waa... Dah lama kan usia Vitalea ni. Khasiatnya memang banyak. Korang boleh baca kat shelovevitamin. Banyak yang Sheila story kat situ.

So jom lah daftar. Sheila boleh bantu korang untuk dapatkan Vitalea ni FOC Free of charge. Sms, whatsapp 0137704101 atau email sheilamutalib@yahoo.com. Semua boleh...

Jom kita berSHAKLEE :)

Sunday, May 24, 2015

Resepi Buttermilk Chicken

Hujung-hujung minggu ni terasa nak share 1 resepi ni. Dah lama sebenarnya Sheila draft. Tapi tak publish gak. Hari baru berpeluang nak publish.

Actually resepi ni dari adik saya. Katanya dia masak special untuk suami tercinta. Suami dia ni suka makan ayam. Ayam, ayam, ayam... hari2 lauk ayam. Lauk ikan memang jarang2 le dia nak merasa. Sayang suami le katakan, ikutkan je la.

So, untuk bagi kelainan resepi ayam. Adik pun buat lah resepi special ni, Buttermilk Chicken.

Tengok gambar pun Sheila dah teruja. Tapi tak berkesempatan nak try buat. Sebab tak cukup bahan. So, Sheila share kat sini dulu. Kot kot bila2 nak buat, boleh refer kat sini.

#resepi : Buttermilk Chicken


Bahan-bahannya:

Ayam bahgian dada/isi
Tepung goreng ayam
Serbuk kunyit +garam+serbuk kari
Telur
Daun kari
Buttercup/majerin
Susu cair
Bawang putih
Cili sikit
Garam

Cara membuat Buttermilk Chicken:

1. Goreng ayam
Mula-mula perap ayam dengan serbuk kunyit +garam+serbuk kari tu dulu.
Pastu goreng ayam tu mcm goreng ayam kfc pakai tepung goreng ayam. Dan tepikan..

2. Buttermilk
Cairkan butter anggaran 2 sudu
Dah cair masukkan bawang tumis kan. pastu letak susu cair ikut kepekatan mana yang nak. Kacau2 pastu masukkan daun kari. Masak smpai pekat2..

Dah siap masak buttermilk campurkan dengan ayam tadi... Siap!

Sedap!!!