Pages - Menu

Wednesday, August 12, 2015

Bekerja sambil makan angin ke Cameron Highlands

Assalamualaikum...

Kerja! Kerja! Kerja!

Huh.. meninbun kerja sekarang. Assistant Sheila tengah warded, kena denggi. Kesian dia :(

Tapi dalam pada kelambakan kerja ni, sempat lagi Sheila pergi makan angin. Pergi Cameron Highlands je. Ini pun bukan makan angin sesaja. Dapat arahan dari boss suruh attend site meeting kat sana. Dengan hati yang terbuka Sheila pun terima arahan tu.

Haha... Seronok le dapat pergi Cameron Highlands.

Sebelum ni pun Sheila pernah pergi Cameron Highlands ni. Masa belajar kat UTM dulu ada field trip ke sana. Kena buat site inventory dan landscape proposal untuk Majlis Daerah Cameron Highlands. Pastu, pergi bercuti dengan family. Melawat projek landskap kat sana pun pernah sebelum ni. Tapi tu pergi dengan boss. Pergi pagi2 buta, petang dah sampai office dah.
Cuma kali ni boss malas nak bawak Sheila kot.. haha.. Sheila pulak rajin. Rajin la pergi Cameron Highlands sendiri.

Yeah!!! Cameron Highlands, kau tunggu aku datang...

Oleh kerana tengah sibuk, Sheila tak ada prepare pape pun. Booking hotel pun ram ada. Pergi redah je. Pergi weekdays kan, okei la. Tak ramai pelancong.

Ada sorang officemate Sheila ni memang selalu pergi makan angin kat Cameron Highlands. Dia suggest Sheila stay kat Hotel Titiwangsa atau Iris Hotel ok, pilih antara 2 hotel ni ye.
.
.
.
.
7 pagi 6hb Ogos 2015

Haha... Plan asal nak gerak pukul 6.30 pg. Lewat 30 minit. Dania dengan Medina tidur lagi. Angkut je diorang, sambung tidur dalam kereta. Pergi Cameron Highlands kali ni naik 4wd Isuzu Dmax (sponsered by office. Yeah!!!)

Perjalanan tak laju sangat. Sebab Dmax ni tak berapa nak pick-up. Tapi ok lah ditajakan. Hihi... Melalui Simpang Pulai, Sheila sampai kat site dalam pukul 11. Meeting belum mula lagi. Tapi masa tu tengah hujan renyai2. Sejuk gilerrr...

Meeting tak lama pun. Ada la setengah jam. Client baik hati, bagi Sheila settkekan part landskap dulu. Meredah hujan renyai2 untuk tengok site, bagi pesanan penaja pada pekerja2 dan chaw!

Ok. Keje settle untuk hari ni.

Masa untuk berlibur!

Nak stay kat Hotel Titiwangsa atau Iris?

En. Husband pilih Hotel Titiwangsa, sebab tepi jalan je. Senang nak keluar masuk. So terus je la masuk dalam.

Nak bilik yang katil queen. Available. Pergi hari weekdays, so tak ada masalah la kan. Harga cuma RM138 saja. Yang best kat Hotel Titiwangsa ni, dapat voucher untuk steamboat dinner dan breakfast. Jimat dah duit makan malam dan sarapan.



Alhamdulillah, boleh check in terus sebab bilik dah ready.

Yeah! Quite ok lah bilik ni. Berpadanan dengan harga. Check water heater, dah boleh mandikan 2 budak mushuk. Siap2 semua, nak pergi jalan2 cari makan. Lapar!

Bawah hotel ni ada kedai makan dan kedai roti. So Sheila makan tengah hari kat situ je. Senang. Tak payah nak pening2 cari kedai makan. Dah kenyang makan baru la boleh jalan2.

Ronda punya ronda, tak tahu nak pergi mana. Ingat nak pergi Ladang Teh Boh, sebab dulu pergi tak dapat masuk. Ladang BOH tutup hari Isnin. Tapi bila fikir jalan masuknya sempit, terus cancel nak pergi.

Hmm... tanya mr.google, ramai yang cerita pasal Mardi. Kita pergi sana je la.

Tiket RM3.00 untuk dewasa.

Apa yang best kat Mardi ni?

Hmmm... bagi Sheila yang dah selalu menghadap bunga2 ni, Mardi ni tak best sangat. Sebabnya Sheila tengok macam kurang maintenance. Taman tak friendly sebab tak boleh petik. Tak boleh la nak feeling2 petik strawberry sendiri. Rapi staffnya friendly.

Nanti Sheila update fengan gambar2 ye. Tak sempat edit lagi...

4 comments:

NuSaNa NoSa 91 said...

wahhhh~ boleh bercuti sekali walau bekerja kan.. 2 in 1.. nak strawberry satu pokok~ eheheheheee~ ^_^ :p

Wayne Harraz said...

salam singgah dari wayneharraz.com

Cuya said...

Assalamualaikum
Saya jual powerbank,oppo n3,iphone dan gadjet lain
jemput lawat blog saya

http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

ig nurnasuha96_
whatsapp +60196117811

Cuya said...

harga powerbank tak termasuk shipping
postage rm6 je :)

harga boleh runding....