Pages - Menu

Tuesday, December 15, 2015

DIY dapur mainan dari kotak

Assalamualaikum.

Nampaknya penyakit M sheila dah semakin sembuh. Rajin pulak beberapa hari ni nak update belog sheila ni. Alhamdulillah :)

Ha, korang pernah tak ternampak member2 share kat fb pasal kerja2 diy guna kotak? Mesti pernah kan. Sheila ni memang suka bebenor ber diy ni. Idea macam2. Tapi kadang2 tak berkesempatan nak merealisasikan.

Baru2 ni Sheila terRAJIN nak buat sesuatu untuk anak dara Sheila. Ternampak kotak kat opis, terus berangan nak buat dapur mainan untuk diorang.

Idea asal bukan main. Habis menggoogle. Save gambar dapur mainan yang maybe boleh jadik reference Sheila.





Hasilnya...


Ni step 1 kumpul kotak2 yang boleh mix & match jadik dapur mainan.


Step 2  Sheila dah siap potong bahagian bawah untuk buat oven. Lubangkan sebelah nak buat sinki dan dinding dapur tu plan nak buat rak dan tempat gantung. Yang sebelah tu nak buat peti ais. Hihi... tinggi cita2.


Step 3 Sheila cat warna putih. Dania sibuk nak kaler pink. Tapi kat rumah ada cat warna putih je. Tu pun minta worker kat opis, balance diorang cat opis. Hihi.. .

Dania dah excited nak main. So keluarkan jugak la bagi diorang main. Mula2 elok je main masak2, lama2 makin kreatif diorang.



Haha... jadik tempat main sorok2 diorang pulak sampai koyak pintu oven. Sabaw je la.

Plan memang nak cat atau cari kertas pink nak balut dapur tu. Tapi tak sempat lagi. Biarlah diorang main dulu. Nanti repair semula. Haha...

Kalau terlebih rajin, Sheila buatkan yang baru. Tapi rajin ke???

Monday, December 14, 2015

Resepi kek pisang kukus tanpa telur

Assalamualaikum.

Alhamdulillah...

Selangor menang bola sepak Piala Malaysia. Dan Sheila sebagai seorang rakyat Johor yang bekerja di Selangor, dan isteri kepada rakyat Selangor berpeluang merasai cuti peristiwa hari ni.

Yeah!!! Cuti!!! Itu yang korang suka kan.

Menang bola pun suka gak. Sebab dah 6 tahun menetap kat Selangor ni, terasa gak la tempias happy menang bola. En.abang? Dia memang happy giler la. Tak sia2 dia beli jersi Selangor Misi 33. Memang misi 33 tercapai kali ni. Next time kalau Selangor masuk final lagi, kena lah beli jersi Misi 34 pulak.

Dan cuti peristiwa yang Dato Seri Azmin bagi ni, Sheila tak men sia2 kan. Dengan jayanya Sheila mencuba buat kek pisang.

Resepi kek pisang kukus tanpa telur

Pisang ni mertua bagi minggu lepas. Ingatkan 2 sisir je, rupanya ada 1 lagi en.abang perap dalam plastik sebab belum masak lagi. Sheila baru perasaan sabtu lepas. Dah nak balik rumah mertua semula da. So pisang nya masuk peti sejuk je la.

Dok fikir menu nak medang, ingat nak buat cekodok. Tapi macam dah biasa buat. Tu yang menggoogle resepi apam pisang. Terjumpa lah resepi kek pisang kukus tanpa telur.

Resepi kek pisang kukus tanpa telur

Sheila memang cari resepi yang tak guna telur, sebab tak ada mixer nak pukul telur sampai kembang. Cari yang tanpa telur, senang je buatnya.

Bahan2 semua dah ada kat rumah kecuali minyak jagung. So sheila tukar dengan marjerin yang di cairkan.

Resepi kek pisang kukus tanpa telur

1/2 cawan pisang yang di lenyek dan di blend (anggaran 6-7 biji rasanya)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
Setengah cawan gula (ni sheila blend bagi jadi macam gula kastor)
Secubit garam
1/2 cawan minyak jagung (sheila tukar pada marjerin yang dicairkan

1. Campurkan bahan kering iaitu teping gandum, baking powder, soda bikarbonat, gula dan garam.

2. Masukkan pisang yang dah di blend. Gaul dan gaul.

3. Masukkan marjerin yang dah dicairkan. Gaul, gaul sampai sebati.

4. Masukkan dalam loyang atau bekas yang bersesuaian.

5. Bila air kukus dah didih, so boleh lah kukus anggaran masa dalam setengah jam.

Tadaaa... siap hidang.


Saturday, December 12, 2015

Komisyen dari Shopback

Assalamualaikum.

Haha... Lama sungguh Sheila bagi can labah2 bersawang kat sini. Kejap ada, kejap takde. Dah macam biskut pulak. Bila la perasaan rajin nak berbelog ni nak membuak-buak dan akhirnya melimpah ruah.

Ok. Ok. Staight to the point je la. Post Sheila kali ni nak share pasal reward yang baru je Sheila dapat baru2 ni. Huh.. teruja nak berkongsi dengan korang.

Reward ape la tu yek?

Hihi... reward tak banyak mana. Tapi Sheila nak share kat korang jugak. Supaya korang pun boleh dapat reward yg sama mcm Sheila.

Reward ni dari Shopback. First komisyen Sheila dapat dari Shopback. Best sangat2! Shopping shopping lepas tu dapat pulak komisyen.

Actually Sheila dah join dari bulan 10 rasanya. Tapi sebab nak pastikan kesahihannya, Sheila tunggu sampai dah merasa komisen dari Shopback, baru Sheila nak share kat sini.

Apa itu Shopback?



Shopback ni sama macam kita shopping online. Yang bestnya, kita akan dapat komisyen apabila kita buat sebarang pembelian melalui link Shopback. Jumlah komisyen bergantung kepada Online Shop.


Antara Online Shop yang ada dalam Shopback ialah Lazada, Zalora, Qoo10, Groupon, Agoda, Booking.com, dan beratus lagi Online Shop yang boleh korang explore. Huhu... Sesuai sangat untuk orang yang kaki online shopping macam Sheila. Haha!!!

Nak tayang bukti cashback dari Shopback. Walaupun tak banyak. Tapi berbaloi jugak.




Dah lah dapat jimat bila shopping online, tak keluar duit minyak. Lepas tu dapat pulak duit. Best tak? Best tak?

Mestilah BEST!!!

Kalau korang ni memang kaki shopping online macam Sheila ni, memang wajib sangat join Shopback ni. Korang boleh register dulu kat sini. Berbaloi wei...

Ok lah. Nak sambung shopping lagi. Hari ni kan sale 12.12. Rugi kalau tak shopping time ni. Haha...