Pages - Menu

Wednesday, November 18, 2015

Tips berjimat dengan SmartShopper

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak share 1 application kat phone.. Application yang pada saya sangat membantu.. Lebih-lebih lagi dalam urusan kewangan. Yelah sekarang ni harga barang dah semakin mahal, jadi kita kena bijak berbelanja. Nak suruh jangan berbelanja, tak boleh jugak. Sebab kebanyakan barang ni barang keperluan. Nak tak nak, kena beli jugak. So untuk memudahkan pengurusan dan penjimatan duit korang, Sheila cadangkan korang install application SMATSHOPPER dalam Smartphone korang yang canggih tu.

Application ni korang boleh install dari Playstore bagi pengguna Android macam Sheila. Maybe Iphone ada jugak kot application ni. Sheila tak pasti sebab tak guna Iphone. Korang boleh try search ye. Kalau ada, boleh share kat sini.

Application SmartShopper ni bagus tau. Korang boleh check harga barang terkini dan kat mana nak dapat barang dengan harga murah.

*SmartShopper*




Ada banyak pilihan produk yang korang boleh check harga.. Macam harga susu, pampers, kertas, minuman, barang-barang baby dan banyak lagi..



Tengok kat atas ni.. Harga susu di pasaran. Korang bolehlah bandingkan harga-harga susu ni tanpa perlu pergi ke kedai atau shopping complex. Boleh lah korang bandingkan harga dari web shopping online macam Lazada, 11streets, Qoo10, Soukai dan macam2 lagi la. Sekarangkan dah banyak web untuk kita shopping online. So senang la nak buat price comparison.



Yang lagi best, kita boleh juga share harga barang kat tempat kita.. Boleh lah orang lain tahu harga kat tempat kita juga.. Kalau lagi murah dan dekat, bolehlah diorang datang dan beli kat tempat yang kita share ni.. Kita sama-sama dapat berjimat.. Kan.. Kan...

Opss.. Lupa pulak.. Korang nampak tak icon speaker kat atas tu.. Kalau ada apa-apa promotion terkini dari mana-mana shopping complex seperti Tesco, Giant, Econsave ke, SmartShopper ni akan update kat situ.. So korang takkan terlepas maklumat-maklumat harga murah..

Okaylah.. Korang mesti install application ni tau.. Sangat berguna!


P/s: Ni gambar lama. Sheila copy dari blog Shaklee sheila kat shelovevitamin. Sekarang dah berwajah baru. Kalau kerajinan yang melampau, Sheila akan screenshot dan share pada korang ye.

Tuesday, November 17, 2015

Penyakit M ni bahaya!

Assalamualaikum.

Ish.. Lama jugak sheila tak post kat belogsheila ni. Bukan tu je blogwalking pun alahai... Lama gak rasanya sheila menyepi. Nak kata busy bebeno, tak jugak. Tak tahu lah penyakit apa tengah berjangkit kat sheila ni. Penyakit M kot. Penyakit M ni memang tak ada ubat. Pergi lah jumpa doktor ke farmasi ke, memang tak ada jual. Kalau ada, memang sheila nak beli.

Hari ni bila bukak belogsheila ni, amekaw... Comment berduyun (perasan ramai reader la tu..hehe). Kawan lama, kawan baru. Kena jengah blog2 diorang gak ni. Tak baik taw orang dah datang belogsheila ni, sheila tak datang blog orang. Kan kan kan....

Tu belum lagi tengok post yang sheila dok buat draft. Dah elok menaip kat phone, last2 tak post pun. Sebab tak complete. Gambar tak siap edit la. Ape2 la. Alasan je kan. Ee... Kalau dah malas tu, macam2 la alasan ko ye Sheila.

Dah. Cukup cukup!

Dah pukul 12.43am ni. Esok nak kerja. Ko bukan duduk Johor ok yang cuti sempena Hari Hol Johor. Ko cuma seorang rakyat Johor yang dah bermastautin ke Selangor. Walaupun bos ko orang Johor, ko tetap tak boleh cuti. So selamat berkerja esok ye...

Haaaa.... Sebelum tu, Sheila nak wish kat diri sendiri.

HAPPY BELATED BIRTHDAY untuk diri sendiri.

Ok BYE!